Displaying items by tag: UMCEDEL

 Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh yang menafikan penglibatan pihak Kementerian Pendidikan dalam pemecatan jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM). Profesor Dato' Dr. Mohamad Redzuan Othman dan mengaitkannya dengan penglibatan PR adalah amat dikesali. Ia disiarkan menerusi BERNAMA pada 7 Julai 2014. 

Isu pelanggaran kebebasan akademik telah lama menjadi barah dalam Negara. Menerusi pengenalan akta-akta oleh kerajaan telah mencengkam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menafikan autonomi dan kebebasan akademik yang meliputi pensyarah, mahasiswa serta pentadbir dan kakitangan Universiti sendiri. Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.