Displaying items by tag: PKPIM

Al-Qur’an diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang kebaikannya menyamai ‘seribu bulan’. Mengikut perbahasan ulama, istilah ‘seribu bulan’ itu bermaksud ‘banyak’, bukan terbatas hanya pada ‘seribu’. Ini menggunakan kaedah. Al-Qur’an membawa mesej transformatif () yang mengkagumkan. Ia dapat mentransformasi suatu masyarakat jahiliah menjadi masyarakat terbaik - Khayra Ummah.

Model masyarakat khayra ummah adalah teladan para Sahabah Rasulullah s.a.w. yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam bukunya ma’lim fi al toriq (Petunjuk di Sepanjang Jalan) sebagai al jil ul quraniy il fariid (Generasi al Qur’an yang Unik). Keunggulan generasi Sahabah r.a., sehingga ada ulama mengatakan jika tiada Al-Quran sebagai mukjizat, kewujudan para Sahabah itu sendiri adalah suatu ‘mukjizat’ membuktikan kerasulan Rasulullah s.a.w. ().

Maqasid Penurunan Al-Quran Ini adalah asas kepada Maqasid al Shari’ah. Tiada Maqasid al Shari’ah jika tiada Maqasid Al-Qur’an. Ini pernah diulas oleh banyak pemikir termasuk Al-Ghazali (Jawaher Al-Quran), Rashid Redha (Al-Wahyu Muhammadi), Tahir Ibn ‘Ashur (Tafsir At-Tahreer wat Tanweer), dan Yusuf al Qaradhawi.

Ulama merumuskan bahawa Maqasid al Qur’an bermaksud: “Matlamat-matlamat penurunan bagi mengaktualisasi maslahah manusia atau kebajikan manusia” atau “Islahul Insan”. Manusia perlu diislah kerana mereka adalah pentadbir alam. Al Qur'an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin. Manusia yang terislah akan berbakti kepada keseluruhan manusia tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit.

Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kepada manusia seluruhnya disamping mengabdi kepada Allah. Maqasid penciptaan manusia adalah beribadat kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia. Misi manusia yang terislah: Beribadah kepada Allah, Islah kepada Makhluk () Surah Ali-Imran ayat 110 menyatakan secara jelas bahawa umat Islam adalah umat terbaik untuk berbakti kepada manusia seluruhnya.

Istilah ‘Khayra Ummah’ seperti ditafsirkan oleh ulama, adalah bermaksud “Sebaik-baik manusia untuk manusia” (). Ini sesuai dengan mesej dan tema Islam sebagai “Rahmat Sekalian Alam”. Ini bermakna manusia perlu merasa selamat berada di kalangan masyarakat Islam. Inilah watak manusia yang telah diislah oleh al-Qur'an.

Maka adalah tidak wajar bagi umat Islam memonopoli atau membolot kebaikan hanya untuk diri mereka sahaja. Misi khayra ummah yang tulen adalah misi kemanusiaan sejagat. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama. Al marhum Sheikh Taha Jabir Ulwani (rh) mengatakan: Khayra Ummah adalah mereka yang ditampilkan, “dikeluarkan (daripada manusia) untuk mengeluarkan (daripada keburukan, kesesatan, kegelapan) kepada benderang cahaya”. Misi Islah daripada al Qur’an ada beberapa tema:

o Islah Aqidah: Perkara ini yang paling penting dan utama kerana ia akan membentuk pemikiran Tauhidik dan merdeka. Dhikr yang paling awla ialah – la ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah - memiliki implikasi besar, pembebasan manusia, hamba kepada Allah bukan kepada apapun selainNya)

o Islah Akhlak Sejarah Tujuan pengkisahan sejarah adalah periwayatan misi para rasul - mengingatkan tentang hari-hari Allah. Sejarah adalah wahana untuk Islah yang sebenar. Maka, untuk berubah, manusia perlu belajar daripada sejarah. Al-Quran memaparkan pelbagai kisah sebagai sejarah yang perlu dipelajari. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia apabila manusia mengambil pengajaran atau ibrah daripada sejarah. Antaranya:

o Kisah Dzulqarnayn melaksana strategi memberdaya kaum manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan kaum berkenaan dengan berkata “Bantulah aku dgn kekuatanmu’’, membawa maksud “Kamu tidak lemah, kamu kuat”.

o Kisah Musa a.s. yang melakukan Islah Siyasi dan memberdaya kaum Bani Israel. Penceritaan Nabi Musa dan Bani Isra’il - membina jiwa merdeka Bani Isra’il dengan di bawa mereka keluar bebas daripada penindasan di Mesir.

o Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis: Nabi Sulaiman a.s. mendengar pandangan Burung Hud-Hud, walaupun baginda adalah raja dan pemimpin yang agung. Burung Hud-Hud yang kecil berani memberikan pendapat, walaupun dia hanyalah seekor burung belatuk. Oleh itu rakyat kecil janganlah diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara. Ratu Balqis, walaupun seorang wanita, mampu mentadbir dengan baik dan mengamalkan syura bermesyuarat berunding dengan pembesar-pembesarnya, terserlah hikmah di dalam pentadbiran Ratu Balqis. Oleh itu, jangan memperkecil keupayaan seorang wanita untuk memimpin dengan bijaksana sepertimana kisah Ratu Balqis. Kesimpulannya - Jika sejarah gagal difahami, maka kita tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. “How can you know where you are going, if you don’t know where you have been”.

..

8 November 2015, Bayan Baru, Pulau Pinang:- Rangkaian Wadah-ABIM-PKPIM bersama kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al Islam Rahmatun Lil Alamin, di Hotel Olive Tree, Bayan Baru, Pulau Pinang. Konvensyen ini merupakan sebahagian daripada "Grand Design" Dakwah yang sedang digerakkan WAP seiring dengan gelombang baru Kebangkitan Islam.

Konvensyen ini telah dihadiri 500 pengunjung serta telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Malik Kassim. Terdahulu pada hari Jumaat, 6 Disember 2015, Timbalan Presiden ABIM, Al-Fadhil Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Konvensyen ini dimulai dengan ucapan daripada YB Malik Kassim.  

Ucaptama konvensyen telah disampaikan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, yang memugar persepsi segar ke arah memahami konsep Al-Islam Rahmatun Lil Alamin.

[Berita] Dunia Menderita Tanpa Gagasan Rahmatan Lil Alamin:- Dato Dr Siddiq Fadzil.8 November 2015, Pulau Pinang:-...

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 9 November 2015

Ucaptama tersebut disusuli dengan pembentangan oleh barisan panelis muda seperti ahli akademik muda seperti Prof Madya Dr Syed Khairuddin Al-Junied, Dr Mohd Sukki Othman, serta Dr Suhailah Abdullah di samping Presiden ABIM sendiri, Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, dan Amidi Abd Manan (Pengerusi Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan).

Konvensyen ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persoalan yang secara uniknya mengundang respon serta pandangan yang tuntas daripada para panelis. Konvensyen ini dipenghujungnya telah mengetengahkan 7 pelan tindakan ke arah merealisasikan gagasan Al-Islam Rahmatun Lil Alamin.

 

KONVENSYEN AL-ISLAM RAHMATUN LIL ALAMIN KEMUKA 7 PELAN TINDAKANBayan Baru | 8 November 2015 bersamaan 26 Muharram...

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Wednesday, 11 November 2015

Isu pelanggaran kebebasan akademik telah lama menjadi barah dalam Negara. Menerusi pengenalan akta-akta oleh kerajaan telah mencengkam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menafikan autonomi dan kebebasan akademik yang meliputi pensyarah, mahasiswa serta pentadbir dan kakitangan Universiti sendiri. Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.

Umat Islam dikejutkan dengan penawanan dua bandar besar di Iraq iaitu Tikrit dan Mosul beberapa minggu yang lalu oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Islamic State of Iraq and Levant (ISIS). Berita ini menambah kekacauan yang berlaku di Timur Tengah setelah Mesir terus diperintah oleh diktator selepas rampasan kuasa dan Syria masih terus bergolak dengam Rejim Basyar Al-Assad terus mengebom rakyat tidak bersalah. Peristiwa penawanan ini berlaku dalam keadaan yang sangat mencurigakan di mana dalam masa sehari sahaja kumpulan ISIS ini dapat menawan sebuah bandar besar. Manakala dilaporkan tentera Iraq cepat sahaja sudah berundur daripada melakukan tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air.