Displaying items by tag: Nafikan Dividen FELDA

Merujuk kepada laporan berkaitan tindakan felda menafikan hak segelintir peneroka menerima dividen adalah amat dikesali.Menafikan hak golongan peneroka tersebut hanya kerana tindakan mereka menyaman FELDA adalah tindakan yang zalim dan tidak munasabah. Sekiranya benar seperti dilaporkan oleh beberapa portal berita,tindakan sedemikan adalah tindakan yang bodoh dan jijik. ABIM menyokong segala tindakan berlandaskan undang-undang bagi mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi.Seharusnya felda menghayati prinsip wasatiyyah seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri yang bercirikan kesederhanaan dan menjauhi sebarang bentuk tindakan yang melampau,termasuk penganiayaan. Begitu juga dengan prakarsa 'hifz ul-mal' iaini penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah yang secara jelas tidak membatalkan hak untuk para peneroka untuk mereka menerima dividen atas sebab tindakan mereka menyaman FELDA. ABIM menggesa agar satu penjelasan dibuat oleh felda bagi merungkai kekeliruan yang mungkin timbul berpunca dari situasi ini.ABIM percaya kemarahan golongan peneroka terhadap felda dapat diredakan dengan penjelasan yang rasional dan munasabah. Amidi bin Abdul Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)