Displaying items by tag: Hayati Semangat Pengorbanan Mampu Capai Puncak Keimanan

Oleh: Hasri Harun (Naib Presiden ABIM)

Eidul-Adha menjadi saksi kepada beberapa ibadah istimewa yang dikhususkan di dalam bulan yang mulia ini. Di antara ibadah yang istimewa ini adalah ibadah korban. Ibadah yang melambangkan pengorbanan umat manusia bagi Tuhan Maha Pencipta. Pada Eidul-Adha ini juga, umat Islam seluruh dunia berhimpun di tanah suci untuk menegakkan rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji.