Displaying items by tag: Amal Ramadhan ABIM

Alhamdulillah, bersama keberkatan Ramadhan serta kemuliaan bulan penuh maghfirah ini, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim tampil dalam Program KSSB - Kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) atau Persatuan Institusi- Institusi Perbankan Islam Malaysia.

Bertempat di Masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sdr. Raimi merakamkan penghargaan kepada bank-bank terkemuka yang terlibat -- BMMB, HLISB, OCBC,

AGRO dan AFFIN ISLAMIC. . Presiden AIBIM, Yang Berbahagia Dato' Mohd Redza Shah Abd Wahid turut hadir bersama wakil bank-bank yang dinyatakan. . Sesungguhnya, ini adalah kegembiraan bukan sahaja buat para Asnaf yang menerima agihan KSSB, tetapi juga kegembiraan buat erti kemanusiaan yang sebenar. .