Displaying items by tag: ABIM

Pembentangan Buku "Kebangunan Islam Antara Tentangan dan Ekstrimisme" Karya Sheikh Dr. Yusof Al-Qaradawi Dikupas oleh Tn Hj Mohamad Raimi Abd Rahim Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

2hb November 2016 (Rabu): Alhamdulillah, hari ini Exco Penerangan, Saudara Adli Zakuan Zairakithnaini telah mewakili ABIM dalam Persidangan Tanpa Diskriminasi Kebangsaan Kali Ke-6 (National Conference on Non-Discrimination). Dalam persidangan yang dianjurkan di Hotel Pullman, Bangsar ini, Saudara Adli mengupas topik “Innovation towards Unity.” Persidangan kali ini mengangkat tema “Extremism and Racism are Mutually Reinforcing a Need for Innovation towards Unity”.

 

 

Ketika Seminar Dakwah Pemuda Islam Asia Pasifik 1975, ABIM menerusi Presidennya ketika itu, Saudara Anwar Ibrahim (Dato’ Seri) telah menegaskan bahawa Islam adalah formula kepada penyelesaian masalah etnik di Malaysia. Dalam Muktamar ABIM ke-8 pada 14hb Julai 1979, ABIM mengangkat tema “Islam Penyelesaian kepada Masalah Masyarakat Majmuk.” Sementelah, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden ABIM dalam Muktamar ke-45 ABIM, Saudara Raimi menyatakan dengan jelas bahawa: “…keyakinan ABIM sejak dahulu, bahawa yang memiliki formula menangani persoalan kemajmukan dan pluraliti adalah Islam, bukan cauvinisme, bukan nasionalisme sempit, dan pastinya bukan ‘samseng-isme’. Agenda pembinaan Bangsa Malaysia yang didasari oleh semangat persaudaraan tanahair dan ukhuwwah insaniyyah sekaligus bebas dari chauvinisme, rasisme, kecurigaaan dan kecemburuan sosial memang sulit dan berliku. Namun kita tidak punya pilihan selain mengambil jalan kepeloporan yang sememangnya menjadi watak dan jati diri gerakan ini. Jika bukan kita, siapa lagi?” Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah! Sebarkan! ------------------------------------------ Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretar…/daftar-keahlian-online.html Dan, kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232 ---------------------------------- #AkuAhliABIM #AyuhDakwah #45TahunABIM #SebarkanSalam #SebarkanSenyuman #IslamItuDamai #EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan .

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 4