×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 277
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 283
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 273
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 279
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 278
Sinar Ramadhan 1438H
Allahyarham Ahmad Ammar Terima Dua Anugerah Maulidurrasul 1435H

Allahyarham Ahmad Ammar, 20, anak muda istimewa yang mana jasadnya diberi pengiktirafan tertinggi kerajaan Turki apabila disemadikan di tanah perkuburan sahabat Rasulullah, Eyub Sultan menerima Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim di sini, pagi ini. Anugerah itu diterima oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman mewakili Allahyarham. Sempena sambutan yang sama juga di peringkat negeri Selangor, Puan Nur Azlina telah menerima anugerah bagi pihak Allahyarham Ahmad Ammar, di mana beliau menerima anugerah Saidina Ali.

Read 578 times
Rate this item
(1 Vote)
Abim prihatin masalah toleransi agama di Sri Lanka

Masjid juga tidak terlepas menjadi sasaran. Insiden ini dikutuk hebat oleh komuniti Islam di Sri Lanka dan seluruh dunia kerana kerajaan Sri Lanka membiarkan kumpulan Bodu Bala Sena ini menganjurkan protes yang akhirnya memburuk menjadi pergaduhan antara agama.

Beberapa pemimpin Islam dalam kerajaan seperti Rauf Hakeem, menteri kehakiman mengancam untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap pencetus kekecohan.

Read 724 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Kutuk Serangan Terhadap Umat Islam di Sri Lanka

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serangan terhadap umat Islam di Sri Lanka. Serangan yang berlaku di pekan bahagian barat daya Sri Lanka seperti Alutgama dan Beruwala melibatkan kumpulan ekstrem kanan Buddha bernama Bodu Bala Sena menyebabkan 3 orang terbunuh dan 78 orang tercedera.

Beberapa buah rumah dan kedai juga terbakar akibat serangan yang berlaku pada hari ahad lepas. Masjid juga tidak terlepas dari menjadi sasaran. Insiden ini dikutuk hebat oleh komuniti Islam di Sri Lanka dan seluruh dunia kerana kerajaan Sri Lanka membiarkan kumpulan Bodu Bala Sena ini menganjurkan protes yang akhirnya memburuk menjadi pergaduhan antara agama. 

Read 800 times
Rate this item
(0 votes)
Global Peace Mission Buka Pusat Aktiviti Belia di Gombak

27 Jun 2012 - Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan rasminya telah membuka Pusat Aktiviti Belia (PAB) pada hari ini. PAB ini  mensasarkan remaja dan belia yang berumur di antara 10-25 tahun terutama bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat manfaat.

Antara kemudahan yang disediakan di PAB ini adalah perpustakaan mini, kemudahan akses kepada internet dan siaran televisyen tempatan & antarabangsa, bilik musafir dan juga dewan yang boleh memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa. Selain daripada kemudahan yang disediakan, PAB ini juga berperanan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti remaja & belia seperti permainan dalaman seperti Chess, Carrom, Sahibba dan lain-lain.

Read 667 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM-IKRAM-HALUAN Gesa Kerajaan Usir Segera Duta Syria dari Malaysia

22 Jun 2012 - Kemelut politik Syria yang telah berlarutan semenjak 15 Mac 2011 ini menjadi konflik bersenjata yang menelan ramai korban di samping menyebabkan ramai rakyat Syria menjadi pelarian di negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan termasuk Internal Displaced People (IDP) di dalam Syria sendiri. Kofi Annan, utusan damai PBB ke Syria pula menyifatkan situasi terkini di Syria adalah amat genting dan hampir memasuki fasa perang saudara yang memerlukan tindakan segera daripada masyarakat dunia.

Terkini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usul bagi membincangkan konflik Syria dan mengutuk keganasan yag berlaku di Parlimen atas alasan hubungan diplomatik sedangkan nyawa rakyat Syria yang tidak berdosa terus melayang.

Read 709 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Besut Pesat Bentuk Generasi Hasanah

Jun 23, 2012
Hit: 499
Written by
ABIM Besut Pesat Bentuk Generasi Hasanah

22-23 Jun 2012:-  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Besut, Terengganu telah mengadakan Kem Motivasi Keibubapaan sempena Muktamar ABIM Daerah Besut Ke-37 baru-baru ini. Kedua-dua program tersebut diadakan di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu Darul Iman. Muktamar didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua ABIM Daerah Besut, Ustaz Zaiman Mansor dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Di Pertua ABIM Terengganu, Saudara Zukiefree Ibrahim.

Walaupun dipelopori dengan barisan kepimpinan muda serta kesibukan mengembangkan kerjaya, ia tidak menghalang samasekli ABIM Daerah Besut dari menaungi penduduk-penduduk daerah Besut dengan aktivisme dakwahnya terutama sekali menerusi  Skuad Elit ABIM Besut.

Read 499 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM anjur Siri Wacana Bersama Umat di Kuala Langat

22 Jun 2012:- Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menganjurkan beberapa siri “Wacana ABIM Bersama Umat”. Terdapat empat siri wacana kesemuanya, tatkala ABIM Kuala Langat telah berjaya menganjurkan tiga daripadanya.

Siri wacana ini dipimpin oleh mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Syukur, ketiga-tiga siri wacana ini mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Daerah Kuala Langat.

Read 572 times
Rate this item
(0 votes)
Kembalilah Kepada Allah & Rasul Untuk Kecapi Cinta Hakiki

23 Jun 2012 - Kembalilah kepada Allah & Rasul untuk mencapai Cinta Hakiki. Begitulah penegasan yang dikemukakan Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq semasa mengisi Seminar Tertunaikan Cintamu? Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah pada 23 Jun yang lalu. Seminar tersebut dianjurkan secara bersama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit, Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

Read 483 times
Rate this item
(0 votes)
GPM Lancar Kempen Bantuan Ramadhan Untuk Syria dan Rohingya

Global Peace Mission (GPM) Malaysia melahirkan kegusaran dan keprihatinan terhadap konflik kemanusiaan yang telah dan sedang berlaku di serata dunia. Konflik kemanusiaan yang berlaku di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Somalia, Kenya, Nigeria, Kashmir, Iraq,  Syria dan terbaru di Myanmar (Rohingya), cukup meresahkan aktivis-aktivis kemanusiaan. Dunia kini seolah-olah telah kehilangan nilai penting sebuah kehidupan dan gagal untuk memaknai nilai keamanan sejagat.

Read 710 times
Rate this item
(0 votes)

Syria: The Inside Story

May 28, 2012
Hit: 478
Written by

SHAH ALAM 28 Mei 2012:– Gabungan Selamatkan Syria dengan kerjasama ABIM, IKRAM, HALUAN dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang membincangkan tajuk "Syria : The Inside Story". Kuliah telah disampaikan oleh Sheikh Dr. Khaled Hendawi dan Sheikh Dr. Amir Abu Salamah dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar (IKRAM). Kuliah telah bermula sekitar jam 7.50 malam dan lebih daripada 1000 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti program yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan ini.

Read 478 times
Rate this item
(0 votes)
Page 81 of 87