×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 291
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 277
Sinar Ramadhan 1438H
KSSB untuk Pasangan En Shafi dan Pn Shafirah (Subashini & Saravanan)

Kuala Lumpur, 17 Julai 2014: ABIM meneruskan bakti menyampaikan sumbangan masyarakat. Berikut adalah catatan SUA ABIM dalam misi sumbangan terkini. "Berkesempatan menghulurkan sumbangan Ramadhan Abim Pusat kepada pasangan muallaf yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan kes "Subashini v Saravanan 2007". Alhamdulillah kes tersebut telah selesai sebaik si isteri iaitu Subashini (kini Pn. Shafirah) mendapat hidayah untuk mengikut jejak langkah suami (En. Shafi) memeluk Islam. Kini pasangan tersebut bersama anak-anak meneruskan kehidupan sebagai Muslim dengan penuh kebahagiaan." - Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM Pusat.

Read 759 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Menerangkan Ramadhan & Islam Kepada Agama Lain Melalui FGIS

Putrajaya, 16 Julai 2014: Berbeza agama bukan halangan kongsi nikmat Ramadan Isu melibatkan agama Islam dan juga komuniti bukan Islam, terutama penganut agama Kristian sebelum ini menjadi isu hangat dalam negara dan dilihat daripada perspektif negatif, apatah lagi apabila membabitkan isu rampasan Bible dan penggunaan kalimah Allah.

Read 707 times
Rate this item
(0 votes)
Menggapai Malam (Lailatul) Qadr: Hasri Harun

BILA datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna. Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat.

Read 1127 times
Rate this item
(0 votes)
Berbeza Agama Bukan Halangan Kongsi Nikmat Ramadan: The Malaysian Insider

 Berbeza agama bukan halangan kongsi nikmat Ramadan Isu melibatkan agama Islam dan juga komuniti bukan Islam, terutama penganut agama Kristian sebelum ini menjadi isu hangat dalam negara dan dilihat daripada perspektif negatif, apatah lagi apabila membabitkan isu rampasan Bible dan penggunaan kalimah Allah. Namun, sekumpulan individu daripada Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) melihatnya menerusi sudut berbeza, daripada mencari perbezaan dan bertelagah, mereka mencari alasan untuk bersatu sempena Ramadan kali ini.

Berkumpul buat kali kedua di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, selepas program memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sebelum ini, mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) demi memahami Islam dan mencari nilai murni Islam sempena Ramadan. Majlis Berbuka Puasa Muhibbah itu turut dihadiri imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin; Datuk J Jegathesan mewakili komuniti Sai Baba; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee; wakil dari Council of Churches Malaysia (CCM); Ven Saranankara dari Sentul Buddhist Vihara; wakil Subang Jaya Buddhist Vihara, dan Hindu Sanggam Council.

Read 2633 times
Rate this item
(0 votes)

Muktamar WADAH Pulau Pinang, selesai berlangsung

Jul 16, 2014
Hit: 1535
Written by
Muktamar WADAH Pulau Pinang, selesai berlangsung

Ramadan membawa kita keluar daripada kebiasaan kepada rehlah bermakna - meninggalkan materialisme yang berserabut dan dunia yang fana.  Kita beruzlah - mengasingkan diri tetapi secara ma'nawiy - ‘uzlah ma'nawiyyah tanpa meninggalkan kehidupan ini atau lari daripada dunia serta tanggungjawab semasa.  Kehidupan harian berjalan tetapi keenakan dan keinginan nafsu itu dikawal dan diurus secara sedar dan sengaja. Tempat selera nafsu syahwat digantikan oleh kelazatan iman - lazzah al-iman. Dengan itu disiplin diri menjadi normal dan dianggap sebati - suatu kebiasaan. Ada semacam pusuan arus - surge, pemugaran semula keikhlasan, kesabaran, kasih sayang, belas kasihan dan keazaman. Puasa dan Ramadan membentuk malakah - bakat atau tabiat hati - habits of the heart  -  qualities of the soul - ṣifāt al nafs.

Read 1535 times
Rate this item
(0 votes)
Sambutan Hangat Forum Mengangkat Martabat Akademia & Kebebasan Akademik

Kajang, 15 Julai 2014: Forum Mengngkat Martabat Akademia dan Kebebasan Akademik telah dianjurkan oleh ABIM, PKPIM, AKK, KDH dan APDK. Forum ini menampilkan 3 orang panel dan satu ucapan pengantar oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang memulakan program tersebut. Panel lain ialah Dato Saifuddin Abdullah CEO Global Moderate Movement (GMM), Prof Dr. Shaharil Md. Zain , Presiden ASASI dan Fahmi Zainol, Presiden PMUM.

Read 647 times
Rate this item
(0 votes)
Tazkirah Perdana oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, satu catatan renungan

Sg. Ramal, 15 Julai 2014: TAZKIRAH PERDANA oleh: Dato' Dr Siddiq Fadzil di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang. Sebahagian daripada Majlis Iftar Jama'iy WADAH, ABIM, PKPIM dan Agensi-agensi CATATAN: Malam turunnya Al-Qur'an adalah lebih baik daripada seribu bulan. Namun, ia sebenarnya "seribu" menunjukkan banyak tanpa batas, universal! Sejarah akan punya erti apabila ianya diisi dengan hukum hakam Islam.

Read 1385 times
Rate this item
(0 votes)

Iftar Jamaei & Tazkirah Perdana 1435

Jul 16, 2014
Hit: 642
Written by
Iftar Jamaei & Tazkirah Perdana 1435

SG. RAMAL, 15 Julai 2014: WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi anjur Iftar Jamaei & Tazkirah Perdana 1435. Alhamdulillah program ini medapat sambutan meriah dikalangan ahli ABIM yang hadir dari pelbagai peringkat dan turut disertai oleh Agensi-agensi.  

Read 642 times
Rate this item
(0 votes)

Forum Belia Cinta Ramadhan 1435H Featured

Jul 14, 2014
Hit: 810
Written by
Forum Belia Cinta Ramadhan 1435H

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2013: ABIM anjurkan Forum Belia Cinta Ramadhan 1435H dengan tema perbincangan "Generasi Belia Cinta Al -Quran" Program ini dimoderatorkan oleh : Saudara Fazril Salleh Timbalan Presiden PKPIM. Para Panelis IM Hassan Adli Juara Imam Muda Musim Ke 2 Saudara Jufitri Joha Naib Presiden ABIM.

Read 810 times
Rate this item
(0 votes)
KEPITAR dan ABIM Terengganu Hulurkan Bantuan KSSB

12 Julai 2014, Hulu Terengganu: ABIM Terengganu dan KEPITAR (Badan Gabungan PKPIM di Terengganu) telah menjalankan projek KSSB bagi membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sana.

Read 787 times
Rate this item
(0 votes)
Page 78 of 90