Sinar Ramadhan 1438H

Karnival Pendidikan ABIM 2014 Featured

Sep 29, 2014
Hit: 772
Written by
Karnival Pendidikan ABIM 2014

26 September 2014:- ABIM menerusi agensi-agensi pendidikannya telah menganjurkan Karnival Pendidikan ABIM 2014. Program ini dianjurkan julung-julung kalinya untuk mengetengahkan institusi-institusi pendidikan ABIM seperti TASKI, SERI Dan SEMI ABIM kepada masyarakat terutama sekali di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. Kebanyakan institusi pendidikan ABIM berpusat di sekitar kawasan ini.

Presiden ABIM, Amidi Abd Manan ketika ucapan perasmiannya mengatakan "ABIM menggerakkan pendidikannya bersama dengan umat. ABIM komited menawarkan kemudahan pendidikan yang berpatutan (dari segi kos yuran pengajian) untuk umat. Kita tidak mahu ada kelompok masyarakat yang tertinggal dari mendapatkan pendidikan Islam. Pendidikan adalah satu kefarduan kepada gerakan dakwah. Ini adalah kerana proses pendidikan merupakan perkara yang wajib dilalui oleh umat Islam. Pendidikan seharusnya menekankan nilai melebihi ko-kurikulum. Konsep kemenjadian amat penting dalam pendidikan. Konsep kemenjadian bermaksud mengajar sampai jadi. Kemenjadian penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan. ABIM juga komited ke arah menekankan pengukuhan jatidiri bangsa Malaysia di kalangan 20,000 orang pelajarnya yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan ABIM di seluruh negara."

 
Read 772 times
Rate this item
(0 votes)
Malam Simfoni Serlahkan Bakat Pelajar SERI SEMI ABIM

26 September 2014, Bandar Baru Bangi:- Sekolah Rendah Islam ABIM (SERI) dan Sekolah Menengah Islam ABIM (SEMI) telah menganjurkan Malam Simfoni sempena penganjuran Karnival Pendidikan ABIM 2014. Malam Simfoni ini mengetengahkan bakat para pelajar SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam Kajang Dalam Pelbagai Cabang Seni Islami. Antara persembahan yang menarik perhatian pengunjung di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi ialah persembahan Pantomin (Solidariti Untuk Palestine) Dari Para Pelajar SERI & SEMI Sungai Ramal Dalam, Kajang.

 
Read 805 times
Rate this item
(0 votes)

Gelojak Remaja Dan Kesucian Jihad Featured

Sep 29, 2014
Hit: 1170
Written by
Gelojak Remaja Dan Kesucian Jihad

Menurut Erikson(1951,1963) remaja sering mengalami konflik sosial dalam dirinya. Para remaja mula bertanya,”Siapakah saya?”, “Apakah tujuan hidupku ini?”, “Ke manakah arah hidupku ini?”,(Mahmood Nazar Mohamed,2010) dan pelbagai soalan lagi seumpamanya. Remaja akan terus berfikir mencari jawapan kepada pertanyaan tersebut. Remaja juga berupaya menyesuaikan dirinya dengan pelbagai situasi yang dialami.

Read 1170 times
Rate this item
(0 votes)

Political Islam and Post-Islamism Era Featured

Sep 25, 2014
Hit: 2192
Written by
Political Islam and Post-Islamism Era

The debate on the term of Islamic state will constantly reappear in the political discourse in country that Islamic Party exists. It used to be a phenomenon during the post colonialism era when the Egyptian Islamic scholars (Muslim Brotherhood) were driven to bring back the institution of Islamic Caliphate. In 2009, I happened to write an essay entitled “Searching New Substance of Islamic Movement of the First Post Islamic Rise” in which I set out to discuss the articulation of remarkable social trends, political perspectives, and religious thought in Malaysia following the extension of Islamism era in 1960s-1970s from Muslim Brotherhood.

Read 2192 times
Rate this item
(2 votes)

Bengkel Jenazah HELWA ABIM Pahang Featured

Sep 24, 2014
Hit: 828
Written by
Bengkel Jenazah HELWA ABIM Pahang

20 September 2014:- Alhamdulillah, HELWA ABIM Pahang telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah anjuran HELWA Abim Pahang. Sepanjang bengkel tersebut, hadirin telah diingatkan dengan hakikat bahawa matinya anak adam,terhapus segalanya kecuali 3 perkara;  a) ilmu yang bermanfaat b) sedekah jariah c) doa anak yang soleh. Di samping pengurusan jenazah selepas kematian, peserta turut dikongsikan adab menziarahi orang sakit; yakni tidak boleh berlama-lama, datang bukan pada waktu rehat (contoh waktu petang). "

Antara nota ringkas yang turut dikongsi sepanjang bengkel pengurusan jenazah ini;- 4 perkara WAJIB dilaksanakan kpd jenazah ; mandi, kafan, solat, kebumi * keperluan jenazah; -5 lapis kain utk muslimat ; ( 10-13meter) 2 kain utk bungkus 1 baju 1 telekung 1 kain kemban - kapas - kapur barus -air mawar - kayu cendana. "Ustazah pesan, sudah belajar, praktikkan. lebih bagus bila kita sediakan kain kafan utk diri sendiri untuk persediaan," jelas Afifah Mat Asin, salah seorang peserta yang menghadiri program tersebut.

Read 828 times
Rate this item
(1 Vote)

ABIM Anjur Keluarga Mawaddah Wa Rahmah Featured

Sep 24, 2014
Hit: 560
Written by
ABIM Anjur Keluarga Mawaddah Wa Rahmah

21 September 2014:- Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama ABIM Negeri Sembilan telah menganjurkan program Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR). Ini  adalah program  pertama selepas ‪#‎muktamarABIM43‬. Pengisian program ini telah dipenuhi oleh Puan Maria Kamel (Exco Pembangunan Sosial), merupakan rangkaian program KAMAR yang digerakkan Agenda Sosial ABIM ke arah mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini. 

Read 560 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Terima Kunjungan Hormat Kementerian Indonesia Featured

Sep 23, 2014
Hit: 598
Written by
ABIM Terima Kunjungan Hormat Kementerian Indonesia

23 September 2014, Kajang. Meraikan Delegasi Kementerian Indonesia yang ingin mengetahui lebih dekat tentang ABIM dan sumbangannya terhadap pembangunan belia. Mereka berkata ketokohan dan idea Pak Natsir dan Hamka dihargai dan digunapakai oleh masyarakat Malaysia dan Abim.Justeru kami kata mereka harus menggali semula khazanah khazanah berharga ini.

Read 598 times
Rate this item
(0 votes)
Mari Hadami Ucapan Dasar Presiden ABIM: Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian Mencorakkan Khittah Masa Depan

Ucapan Dasar Presiden ABIM 2014 dibentangkan di Muktamar Sanawi ABIM ke-43 di DBP Sabah pada 13 September 2014.

Read 1829 times
Rate this item
(0 votes)
Resolusi Seminar Islam Rahmatan lil 'Alamin Dalam Konteks Masyarakat Pluralistik

RESOLUSI : Seminar Islam Rahmatan Lil ‘Alamin pada tarikh 20hb September 2014 bersamaan 25 Zulkaedah 1435 (Sabtu), anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan Nadwah Ilmuwan (Nadwah).

Menghayati hakikat al-Islam yang mengandungi mesej bersifat rahmatan li al-‘alamin, sebagaimana tergambar di dalam Surah Al-A’raf: 156, “Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada alam seisinya”, yang membawa pengertian juga iaitu teras syari’at Islam adalah rahmah, kasih sayang Tuhan yang inklusif meliputi seluruh warga alam, rahmah sebagai kata kunci yang merumuskan segala objektif syari’at (maqasid al-shari’ah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan) kemanusian.

Read 2828 times
Rate this item
(0 votes)
MUKTAMAR NASIONAL (MUKNAS) WADAH 2014 & SEMINAR

20 September 2014, ILSAS, Bangi-WADAH telah melangsungkan Muktamar Nasional WADAH 2014 ke-8 di ILSAS Bangi. Bersempena MUKNAS tersebut WADAH juga menganjurkan Seminar Islam Rahmatan lil'Alamin Dalam Konteks Masyarakat Pluralistik. Dato' Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan Ucap Utama dan Ucapan Dasar MUKNAS pada pembukaan Seminar tersebut. Ucap utama beliau bertajuk " Islam dan Masyarakat Majmuk: Cabaran Aktualisasi Rahmat Sejagat (Rahmatan lil 'Alamin).

Read 47115 times
Rate this item
(0 votes)
Page 73 of 90