
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada setiap lapisan rakyat Malaysia yang prihatin di atas sumbangan menjayakan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) sempena Ramadan 1441H (tahun 2020) yang lalu.
KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan.
Ada Orang, Umurnya Pendek, Tapi Dakwahnya Panjang:- Dr. Norlaily Mohd Saiden.

“Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, Ogos 2018.
Dengan rasa penuh dukacita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memaklumkan bahawa Dr. Norlaily Mohd Saiden, isteri kepada mantan Naib Presiden ABIM, Ustaz Hasri Harun (UIAM-IKRHS 2000) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9:15 pagi pada 25 Jun 2020 di kediaman beliau di Taman Melati, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Lulusan B.Sc. (UPM), M.Sc. (UPM), dan Ph.D. (Sheffield, United Kingdom) ini mempunyai kepakaran dalam bidang ‘Magnetics Materials’.
Allahyarhamah adalah seorang yang aktif dengan gerakan masyarakat madani meskipun dihambat dengan kesibukan sewaktu menjadi pelajar dan pensyarah.
Antaranya, beliau pernah terlibat sebagai Ahli KBM UPM (1996-1997); Exco Biro Latihan dan Pembangunan PKPIM; Ketua HELWA MISG-ABIM United Kingdom (2009-2010); Ketua HELWA ABIM Bangi (2012-2016); dan AJK Salwa Pusat 2016-2020.
Allahyarhamah sangat disenangi ramai dengan sikapnya yang suka membantu orang lain, selain sering menghulurkan zakat serta infaq kepada Malaysian Life Line for Syria (MLLFS), PKPIM dan ABIM.

RISALAH
TERBITAN DALAM-TALIAN
Siaran 29 Jun 2020 (Isnin)
https://risalah.my
Fokus Minggu Ini:
1️⃣ Editorial: GENERASI MUDA DAN KEBERANIAN JIWA oleh Mohammad Fazril Mohd Saleh
2️⃣ Analisis: MELAKAR SENARIO MASA HADAPAN DUNIA ISLAM PASCA COVID-19 oleh Dr Zulkifli Hasan
https://risalah.my/…/melakar-senario-masa-hadapan-dunia-is…/
3️⃣ Analisis: KEMELUT KEWANGAN ASIA 1997: SATU RENUNGAN oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
4️⃣ Fikrah: JANJI ALLAH KEPADA KAUM MUKMININ: KEMENANGAN BERSYARAT oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
5️⃣ Fikrah: FIQH KEBERSAMAAN DALAM TIMBANGAN FIQH AL-MIZAN oleh Mohamad Raimi Ab. Rahim
Layari https://risalah.my.
"Risalah" merupakan majalah terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang memaparkan wacana pemikiran dan fikrah gerakan Islam, analisis isu semasa dalam dan luar negara, perbincangan hal ehwal dunia Islam, pelaporan kegiatan gerakan Islam Malaysia, dan perbahasan hal-hal seputar intelektualisme, tarbiyah, aktivisme dan dakwah.
Kini, "Risalah" muncul dalam edisi dalam-talian https://risalah.my.
*Mesej ini terbuka untuk sebaran awam
Sidang Redaksi RISALAH
editorial[at]risalah.my

Di akhir surah al-Dhuha, Allah berpesan, "Adapun berkenaan nikmat Tuhanmu, maka ceritakanlah."
Bagaimana indahnya Islam; dalam mengiktiraf asam garam kehidupan, ia mengajarkan umat manusia untuk fokus kepada sisi-sisi baik kehidupan, dan melatih umat Islam untuk menceritakan dan berkongsi kebaikan-kebaikan ukhrawi dan duniawi, nikmat Allah ta'ala kepada kita.
Ia amat bertepatan dengan amalan Salafussoleh. Dikisahkan, Al-Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyaynah berbual di malam hari, menghitung dan menyebutkan nikmat-nikmat Allah ta'ala sesama mereka.
Hikmahnya jelas di musim PKP ini. Di mana, keluhan-keluhan tersebar meluas dalam media sosial, betapa perlunya kita untuk kembali kepada ajaran asal Islam ini - menyebarkan berita-berita baik dan positif - nikmat nikmat Allah, yang sekecil manapun, kepada kita.
Menyebarkan negative vibes, keluhan dan kesedihan dalam muslimin, tidak bertepatan dengan ajaran Islam. Lihatlah bagaimana Nabi Ya'kub bercerita tentang kehilangan dua anaknya, Yusuf & Bunyamin,
"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.." (Yusuf, 86). Secara mafhum mukhalafahnya, ayat itu difahami, Nabi Ya'kub tidak mengadukan kesusahan dan dukacitanya kepada selain Allah. Demikian akhlak para anbiya yang wajar dicontohi oleh muslimin.
Secara psikologinya, selalu bercerita dan mendengar benda-benda negatif ini, akan mendedahkan seseorang itu kepada penyakit mental dan kemurungan (depression), dan rasa rendah diri (inferiority complex) yang melampau-lampau.
Begitu juga, sebaliknya, selalu bercerita dan mendengar benda-benda positif, akan menjadikan kita lebih positif dan insyaAllah terpelihara daripada penyakit mental dan depression ini.
Dengan menyebutkan kebaikan-kebaikan diri sendiri, mengiktirafnya (self embrace), sepertimana dianjurkan oleh Allah di akhir surah Dhuha ini, menjadikan seseorang lebih yakin diri, memperbaiki dirinya, dan seterusnya akan memanfaatkan dirinya dan potensinya untuk masa depan yang lebih cerah.
Disediakan oleh unit hebahan dan arkib ABIM Negeri Sabah.
Pinda segera hukuman berat untuk pemandu mabuk: ABIM

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan agar segera meminda undang-undang supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk.
ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh.
Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak terhad, namun penyerahan sumbangan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hasil sumbangan anda semua, masih perlu diteruskan. Apatah lagi mesej permohonan sering diterima dari hari ke hari.
Para aktivis dan petugas lapangan ABIM Pusat, ABIM Negeri dan ABIM Daerah di seluruh negara bertungkus-lumus ke banyak lokasi; memanjangkan amanah sumbangan anda semua.
Dari ceruk pedalaman, kawasan perkampungan sehinggalah ke kawasan golongan miskin bandar, kami tetap berikhtiar menghulurkan bantuan, mesti terdapat pelbagai kekangan serta keterbatasan.
Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada para pejuang #BarisanHadapan (jururawat dan doktor khususnya) – seperti gaun bedah (surgical gowns), topeng muka, sarung tangan pakai buang (disposable gloves), makanan percuma termasuk buah-buahan disampaikan.
Pasukan petugas lapangan ABIM, Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyampaikan sumbangan #AidForTheNeedy - makanan keperluan asasi termasuk barang mainan kanak-kanak. Dan tentunya anak-anak itulah yang paling gembira.
Mahu berpartisipasi dalam penyampaian sumbangan?
---
Tuan / Puan boleh membantu kami untuk beroperasi, berjuang dan terus berkembang dengan menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116

Pihak ABIM Pusat telah menerima sebanyak 1,400 pasang gaun bedah untuk diedarkan kepada kakitangan di hospital awam dan klinik yang memerlukan. Kesemua 1,400 gaun bedah itu akan diedarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Klinik Kesihatan Rembau (Negeri Sembilan) serta klinik kesihatan di sekitar Lembah Klang.
Selain gaun bedah, antara yang diserahkan adalah penutup mulut dan hidung, set sarung tangan pakai buang, pembersih tangan, makanan kering, buah-buahan dan air minuman.
Selain itu, ABIM bersama Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan portal GoJob.my turut menggerakkan Projek #Food4Frontliners, bagi mengagihkan tajaan makanan percuma kepada para petugas barisan hadapan syif malam di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, ABIM bersama Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), GPM dan PoWR telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Khas untuk sebagai usaha untuk meringankan beban golongan wartawan lapangan yang terkesan.
Di seluruh negara, ABIM-ABIM Negeri bersama Badan Gabungan Negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menjalinkan kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pelbagai Badan Masyarakat Madani (CSO), bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
---
SUMBANGANA BOLEH DISALURKAN UNTUK MENERUSKAN GERAK KERJA INI DI AKAUN BERIKUT:
BANK ISLAM: 14023010032527 (ABIM)
ATAU
MAYBANK: 564221610116