Sinar Ramadhan 1438H

Era Pasca Normal (Al-Fikru’l mustaqbaliy), atau pemikiran yang berorientasi ke masa hadapan sememangnya menjadi ciri dan watak bangsa berdaya maju yang ingin mencipta keunggulan di masa depannya. Dekad kedua Abad-21 menyaksikan banyak tulisan-tulisan yang bersifat futuristik dan antisipatif.

Suhail Inayatullah (2018) misalnya telahpun membincangkan 10 tren utama rantau Asia lewat karyanya ASIA 2038: Ten Disruptions That Change Everything (Metafuture). Namun seperti yang diperingatkan oleh Ziauddin Sardar (2016), sebarang kajian ke arah masa hadapan yang lebih baik mestilah bermula dari analisis yang tepat terhadap realiti dunia kontemporari, bermula dengan apa yang beliau istilahkan sebagai extended present, diikuti oleh familiar futures dan diakhiri dengan unthought futures. Hal yang demikian, wacana Malaysia Baharu harus bermula dari extended present yang melingkari realiti semasa. 

Secara umumnya, naratif dunia moden seperti yang diwacanakan oleh para pengkaji menyatakan bahawa dunia sedang meniti babak akhir era moderniti yang seringkali diistilahkan sebagai pasca kebenaran (post-truth), pasca normal, pasca sekularisme atau pasca moderniti. Dalam wacana pemikiran Islam sendiri, terma pasca Islamisme sebagai anjakan daripada aliran Islamisme atau politikal Islam telah diperdebatkan dengan rancaknya. Tesis End of History (1992) oleh Francis Fukuyama yang mengandaikan bahawa faham liberal demokrasi acuan Barat sebagai titik akhir kepada evolusi sosiobudaya manusiawi dan bentuk akhir kerajaan telah dikritik sebegitu hebat melihat kepada perkembagan mutakhir evolusi global menjelang tibanya dekad ketiga abad-21.

Read 386 times
Rate this item
(0 votes)

Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid Featured

Dec 28, 2018
Hit: 413
Written by
Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid

Alhamdulillah, pada 18-20hb Disember 2018, bertemakan “Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid”, Persidangan Antarabangsa berkenaan Pelancongan Masjid 2018 (International Conference on Masjid Tourism 2018) telah berlangsung dengan jayanya di Bangi. Program ini dianjur dan disokong oleh Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Islamic Tourism Centre (ITC).

Program ini melibatkan 150 orang peserta antarabangsa dari 13 buah negara seperti Jepun, Hong Kong, Sri Lanka, Taiwan, Maldives, Brunei, Bahrain, Afrika Selatan, Turki, Australia, India, Pakistan, Indonesia dan Thailand. Antara lain, persidangan ini bertujuan mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepen-tingan serta manfaat pelancongan masjid.

Read 413 times
Rate this item
(0 votes)

Konvensyen Agama Islam For All Meriah Featured

Dec 28, 2018
Hit: 461
Written by
Konvensyen Agama Islam For All Meriah

Alhamdulillah, pada 24 dan 25hb Disember 2018, bertempat di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra, ABIM Kedah telah terlibat dalam penganjuran Konvensyen Agama Islam For All (KAIFA) 2018. Dalam Forum "Kenapa Saya Menganut Islam?", Timbalan YDP ABIM Kedah, Ustaz Hazwan Haniff tampil selaku moderator bersama dua orang panelis hebat, Sdr. Azley Stanley dan Sdr. Khaw Lek Ming. Forum tersebut boleh ditonton di sini:

Antara aktiviti lain dalam Konvensyen ini adalah: Pemeriksaan kesihatan percuma; Pemeriksaan Gigi; Menderma Darah; Street Soccer; Pertandingan Ping pong; Gunting Rambut Percuma; Bengkel Memperbaiki Motosikal; Pameran oleh Kolej Komuniti; Kelas Bahasa Jepun; Bantuan Back To School; Kenduri KAIFA; Forum KAIFA dan Mosque Tour (Ziarah Rumah Orang Bukan Islam). ABIM Kedah turut mengendalikan Kelas Bahasa Jepun untuk sesi pada sebelah pagi. Pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dapat sertai bersama.

Pelajaran yang diajar iaitu sebutan hari, sebutan angka dan beberapa bahasa perbualan-komunikasi dalam bahasa Jepun. Antara pameran yang diadakan adalah promosi Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Ipoh) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ir. Haji Amiruddin Hamzah turut hadir dalam program ini. Program ini amat baik dan perlu diteruskan. Pelbagai kaedah dan cara yg boleh digunakan dalam berdakwah dan menyebarkan kebaikan. Tahniah dan Syabas, Jawatankuasa Masjid Syarifah Fatimah di atas penganjuran.

Read 461 times
Rate this item
(0 votes)
[Video] Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia

"Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" oleh:- Dr. Zainab Al Wani Ahli Lembaga Pengarah Karamah Institute Muslim Women Lawyers for Human Rights, Washington DC, Amerika Syarikat.

Read 355 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Ketengah Dermaga & Tunas Dermaga Bangun Pengetahuan Reproduktif Remaja & Kanak-Kanak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini yang memandang serius berkenaan tiga (3) kes salah laku seksual melibatkan remaja yang dilaporkan di media massa kebelakangan ini. Berleluasanya salah laku seksual terhadap kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan fabrik keutuhan masyarakat secara keseluruhan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, ABIM telah berpartisipasi sama membangun pengetahuan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui program pendidikan DERMAGA - Diriku Permata Berharga untuk membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif kepada kelompok sasaran.

*DERMAGA telah dijalankan di seluruh negara melalui pendekatan berperingkat kepada golongan sasaran dengan kerjasama erat pelbagai agensi tempatan*.

Read 547 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Pandang Serius Kenyataan Sekolah Aliran Kebangsaan Telah Berubah Menjadi Sekolah Agama

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat liputan media yang melaporkan kenyataan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyatakan menyatakan bahawa sekolah aliran kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

ABIM juga memandang berat kenyataan susulan yang dilaporkan mengatakan murid sekolah hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain, yang menyebabkan lepasan pelajar tidak menguasai mata pelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan.

Merujuk kepada liputan serta laporan tersebut; ABIM ingin menegaskan tiga fakta asas seperti berikut:

a). Mata pelajaran Pendidikan Islam (PI) (bagi murid beragama Islam) dan Pendidikan Moral (bagi murid bukan beragama Islam) adalah salah satu mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua murid selain mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

b). Masa yang digunakan untuk PI hanyalah 96 jam setahun daripada 752 jam keseluruhan mata pelajaran, iaitu kurang daripada 13% setahun.

c. Murid sekolah kebangsaan (SK) menggunakan 160 jam setahun untuk mempelajari Bahasa Inggeris (BI), iaitu 22% daripada keseluruhan mata pelajaran, manakala murid sekolah jenis kebangsaan (SJK) menggunakan 80 jam setahun, iaitu 11% daripada keseluruhan mata pelajaran.

ABIM tidak menafikan keperluan kajian semula kurikulum yang mana perlu mengambil kira perubahan di peringkat global seperti penguasaan kemahiran tertentu dalam menghadapi Revolusi Perindustrian keempat.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan telah bertukar menjadi “sekolah agama” hanya akan mencetuskan kekeliruan yang boleh menutup ruang kepada sebarang solusi di atas sebarang persoalan berkaitan yang diketengahkan.

Tambahan dalam keadaan yang menyaksikan permintaan untuk memasuki aliran pendidikan bersepadu seperti yang ditawarkan MRSM dan SMKA Ulul Albab, SBPI, SAM (Negeri), dan lain-lain tawaran pendidikan bersepadu saban tahun yang semakin meningkat.

ABIM berpandangan untuk memenuhi keperluan ekonomi serta pasaran kerja yang dinamik, kita memperkukuhkan pendekatan pedagogi merentas kurikulum yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang dinilai tinggi dalam sektor pekerjaan, seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal, kemahiran berkolaboratif, kemahiran penyelesaian masalah secara kompleks, kemahiran mengurus emosi, kemahiran bersosial dan sepertinya.

Pembinaan watak dan kemahiran ini menuntut kepada hikmah dan penerapan nilai-nilai yang selari dengan pendidikan Islam yang sifatnya universal. Untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam di negara ini, ABIM ingin merujuk kepada pandangan YBhg Dato Prof Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, yang mencadangkan agar Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama, seperti penyepaduan Fiqh Wataniah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama, dan sepertinya. Asas kajian semula kurikulum dan dasar pendidikan secara keseluruhan perlu melihat kepentingan dalam pendidikan membentuk watak bangsa Malaysia.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 484 times
Rate this item
(0 votes)

Video: Pengenalan Kepada Tadabbur Al-Qur'an Featured

Dec 13, 2018
Hit: 420
Written by
Video: Pengenalan Kepada Tadabbur Al-Qur'an

Kuliah bersiri ini berdasarkan kepada kitab Tadabbur al-Quran. Video ini adalah siri pertama tentang pengenalan Tadabbur al-Quran, dan Perintah-perintah Al-Quran berkenaannya.

Read 420 times
Rate this item
(0 votes)

Kita Ke Kebun Dedah Kanak-Kanak Dengan Alam Featured

Dec 13, 2018
Hit: 378
Written by
Kita Ke Kebun Dedah Kanak-Kanak Dengan Alam

Perkongsian kakak sukarelawan yang membantu kami pada hari sabtu yang lepas di Dusun Padi. Program LEARNING GARAGE Disember 2018 , Hari pertama, KITA KE KEBUN. Bukan setakat adik-adik peserta yang mendapat pengalaman baru, abang dan kakak Sukarelawan pun sama. Pengalaman sembelih ayam, siang ikan dan lain-lain

Read 378 times
Rate this item
(0 votes)
Sukarelawan Masa Hadapan Memimpin Umat, Mengemudi Perubahan

Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 (International Volunteers Day) pada tanggal 5 Disember 2018, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengetengahkan tema Sukarelawan membina Komuniti Berdaya tahan", (Volunteers build Resilient Communities).

Tema tersebut antara lain diketengahkan untuk mengiktiraf peranan sukarelawan di seluruh dunia dalam membangunkan masyarakat serta komuniti yang yang kuat serta berdaya tahan untuk bencana alam, tekanan ekonomi dan kejutan politik (political).

Tema hari sukarelawan antarabangsa pada kali ini menyedarkan kita betapa sukarelawan secara individu serta mana-mana badan pertubuhan perlu mempunyai dimensi futuristik ke arah memberdayakan masyarakat.

Para sukarelawan serta pertubuhan dan badan sukarelawan mempunyai peranan yang sangat untuk mengemudi masyarakat mendepani pelbagai arus perubahan sejagat seperti ledakan revolusi industri ke-4, meningkatnya kemiskinan akibat daripada pembangunan serta perkembangan ekonomi yang tidak mampan serta kemerosotan integriti politik sejagat di sampingnya meruncing pelbagai konflik serta krisis kemanusiaan sejagat.

Read 510 times
Rate this item
(0 votes)
Seminar Islam Rahmatan Lil 'Alamin Di Johor

1hb Disember 2018 (Sabtu) : Alhamdulillah, Seminar Islam Rahmatan Lil' Alamin telah berlangsung dengan jayanya. Program yang penuh bermanfaat ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan telah diadakan di Dewan Tunku Kursiah, Sekolah Rendah Islam ABIM Johor Bahru, No 10, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor. Perasmian disempurnakan oleh YB Tn Hj Aminolhuda Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Pembentangan Kertas kerja 1 bertajuk "Islam Rahmat Buat Sekalian Alam" disampaikan oleh Prof Madya Dr Ajmain Safar, Pengerusi Pertubuhan IKRAM Negeri Johor. Sementelah, Pembentangan Kertas kerja 2 bertajuk "Fiqh Ta'ayush (Fiqh Co-Existence) dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia" dibentangkan oleh Ustaz Hasri Harun, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), yang juga mantan Naib Presiden ABIM Pusat.

Read 693 times
Rate this item
(0 votes)
Page 7 of 90