Sinar Ramadhan 1438H
Pelajar Seri Al-Ummah Chemor Dididik Amalkan Solat Sunat Dhuha

Alhamdulillah, antara amalan yang diterapkan di Seri Al Ummah Chemor, Perak ialah mendirikan solat dhuha. Semoga ia menjadi amalan harian buat anak-anak kita semua. Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

Read 400 times
Rate this item
(0 votes)

RSK Jadi Rumah Angkat ABIM Perak Featured

Jan 10, 2019
Hit: 422
Written by
RSK Jadi Rumah Angkat ABIM Perak

9hb Januari 2019 (Rabu) : Alhamdulillah, sekitar majlis perasmian Rumah Singgah Kita (RSK) sebagai rumah angkat ABIM Perak. Semoga dengan sedikit usaha dan tenaga ini memberi manfaat buat para ibu dan anak-anak di RSK. Akan datang, RSK akan diserikan lagi dengan pengisian ilmu oleh exco ABIM dan HELWA ABIM Perak pada setiap minggu. Semoga usaha ini memberi ruang buat penghuni RSK lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan mendalami agama. Hanya ALLAH SWT saja yang mampu membalas jasa Puan Ekin dari Puteri Perak.

Read 422 times
Rate this item
(0 votes)
Mangsa Tsunami Banten Terkejut Lihat Sukarelawan Malaysia

Oleh : Zanariah Nor Zin

Mangsa tsunami Banten di Kecamatan Sumur menyambut kehadiran sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama krew Bernama News Channel (BNC) dengan perasaan gembira bercampur linangan air mata.

Mangsa tsunami, Dasep, 31 tahun menyapa mesra wartawan BNC, Zanariah Nor Zin sewaktu rombongan berhenti di salah satu kedai tepi jalan untuk mengisi data internet.

“Allahuakbar kak, saya tidak sangka sukarelawan dari Malaysia sanggup ke sini menziarahi kami. Kampung kami jauh kak.. pedalaman. Terima kasih sanggup kerah tenaga datang ke sini” 

Read 400 times
Rate this item
(0 votes)
[Video} Ke Arah Reformasi Sistem Pilihanraya Dan Pengukuhan Demokrasi

Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan Malaysia menampilkan

Ahli Panel:

1. Prof Ramlan Subakti, Ketua Tim Seleksi, Komisi Pemilihan Umum & Badan Pengawas Pemilu (BAWASLU)

2. Ms. Titi Anggraini, Pengarah Eksekutif, Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi (Perludem)

3. Tian Chua, Naib Presiden KEADILAN

Moderator: Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM

Read 430 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Wilayah Persekutuan Bakal Buka One Stop Centre Untuk Pengajian Al-Qur'an

3hb Januari 2019: Alhamdulillah, telah berlangsung semalam majlis serahan premis wakaf - Pusat Mengaji Al-Quran Haji Sulaiman kepada ABIM Wilayah Persekutuan. Turut diadakan, bacaan Yaasin dan doa selamat sempena majlis tersebut. Premis diwakafkan untuk dijadikan pusat mengaji dan pusat khidmat komuniti (one stop centre) di Apartment Seri Penara, Bandar Seri Permaisuri.

Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Maimon yang merupakan isteri kepada Allahyarham Tuan Haji Sulaiman. Menurut anak kepada Tuan Haji Sulaiman, ayahnya merupakan seorang guru yang mengaji di Johor, yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, terutama dalam pengajian Al-Quran.

Read 390 times
Rate this item
(0 votes)
Daie Muda MPI-IOAC Kelantan Gigih Mendalami Al-Qur'an

6hb Januari 2019: Alhamdulillah, dengan adanya pelajar seramai 19 orang yg baru tiba yang terdiri daripada pelajar Orang Asli dari Terengganu, serta Saudara Baru dari Sabah, Kemboja dan Thailand, Madrasah Pengajian Islam (MPI) Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC) Kelantan telah memulakan aktiviti pengajian sesi pagi. Aktiviti dimulakan dengan mengadakan sesi Tasmi’ Iqra' dan Al-Quran bagi mengisi masa, sementara menunggu pelajar-pelajar yang lain sampai untuk memulakan kelas. Kelas ini dikendalikan oleh Guru Muda (GM) MPI.

Read 364 times
Rate this item
(0 votes)
Kita Sejiran: Keprihatinan Tak Mengenal Warna Kulit

6hb Januari 2019: Alhamdulillah, Islamic Outreach ABIM Centre (IOA) Kelantan telah menerima kunjungan daripada jiran dari kaum Cina yang baik hati, yang menyumbang pakaian terpakai yang masih elok. Bersemangat untuk memberi dengan bersungguh-sungguh, mengangkat barang dari keretanya. Walaupun berlainan bangsa dan agama, namun sifat-sifat keprihatinan sungguh tebal dalam diri. Dermawan...

Read 347 times
Rate this item
(0 votes)
[Video] Malaysia Baharu Mencari Makna Di Balik Kata

Berdasarkan Teks Asal Hijrah Ke Malaysia Baharu: Mencari Makna Di Balik Kata Oleh:Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Malaysia Baharu bukan sekadar ungkapan biasa. Istilah Malaysia Baharu mempunyai konotasi makna yang amat mendalam beserta agenda penting yang wajib dilaksanakan. Barangkali tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan anjakan penghijrahan ke era Malaysia Baharu daripada yang dinukilkan sendiri oleh Tokoh Ma’al Hijrah 1440H, Dato’ Dr Siddiq Fadzil:

“Di balik kata Malaysia Baharu tersirat makna segunung harapan terangkatnya martabat insan, tegaknya keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjamin keselamatan. Segala harapan tersebut hanya akan Malaysia Baharu: ‘Mengangkat Aspirasi Rakyat, Memartabatkan Amanah Umat’  dapat direalisasikan dengan menegakkan moral bangsa berasaskan nilai-nilai agama dan budaya. Malaysia Baharu harus benar-benar suatu departure, suatu anjakan mendasar dari era sebelumnya, era yang tercedera dengan rasuah, penyalahgunaan kuasam pelanggaran hak asasi manusia dan keruntuhan nilainilai moral.”

Dalam syarahan pentingnya terhadap makna dan esensi Malaysia Baharu (Siddiq, 2018), idealog gerakan Islam tersebut telah turut melontarkan agenda-agenda besar transformatif-reformatif berikut untuk dilaksanakan:

  • Transformasi kemanusiaan dan kebudayaan (human and cultural transformation)                                                                                              
  • Penegakan Moral Politik yang bermatlamat membina semula moraliti bangsa dan komited terhadap misi pendaulatan nilai kebenaran dan kejujuran.                                                                                                                                                                                                            
  • Merealisasikan pentadbiran maslahi, iaitu pelayanan pemerintahan terhadap rakyat menerusi dasar-dasar yang sejalan dengan maslahah.                                                                                                                                                                                                            
  • Penegakan Moral Ekonomi yang berasaskan perjuangan menangani segala faktor penyebab utama di sebalik kemiskinan dengan membuka kesempatan untuk kaum dhu’afa’ merubah nasib.                                                                                                                                 
  • Islam dalam era ini harus berfungsi sepenuhnya sebagai agama rahmat ke arah pembebasan daripada segala belenggu, termasuk belenggu penjajahan ekonomi.                                                                                                                                                                                
  • Malaysia Baharu bererti era baru bagi demokrasi dengan memperhebat proses demokratisasi yang beresensikan partisipasi dan emansipasi.                                                                                                                                                                                                                 
  • Malaysia baru yang berkeadilan sosial dengan agenda pendemokrasian ekonomi berasaskan pemerataan keadilan (distributive justice).

 Tonton video syarahan di bawah:-

 

 

Read 628 times
Rate this item
(0 votes)
Taski ABIM: Perintis Kegemilangan Tamadun Khayra Ummah.

Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM)

Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak Rasulullah? Beliau menjawab: “Akhlaknya adalah al-Quran.” (HR. Muslim)

Hadith ini memberikan kita gambaran betapa kita semua perlu meningkatkan iltizam, untuk berakhlak dengan akhlak al-Quran, sesuai dengan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. Ketika permulaan dakwah Islam, Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak hanya membina sisi tauhid, tetapi juga membina sendi dan tiang akhlak mulia. Lemahnya aspek amalan akhlak merupakan antara sebab utama yang diakui melebarkan jurang moral di antara keindahan ajaran Islam dan kebobrokan peribadi para penganutnya.

Atas iltizam, keinsafan serta kesedaran yang jelas berkenaan kepentingan soal akhlak di samping pembudayaan ilmu dalam masyarakat, Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) telah ditubuhkan di Kedah pada tahun 1978, oleh para pimpinan serta aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kedah.

Sesungguhnya, sifat-sifat mahmudah menjadi batu asas kepada terbentuknya sebuah masyarakat yang bertamadun. Menginsafi bahawa masyarakat perlu diperkasakan untuk membudayakan sifat-sifat mahmudah tersebut, Kurikulum TASKI telah dilancarkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Pusat, menjelang tahun 1982 di Kuala Lumpur. Hakikatnya, TASKI ABIM memfokuskan kepada pembangunan tingkat perkembangan murid-murid (child development), keperluan (needs) dan minat semula jadi (fitrah), berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas TASKI, timbul pula idea sedari tahun 1983 untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI), di samping Kelas Tahfiz Pengajian al-Quran (TAHFIZ ABIM). Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang asalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI) pula beroperasi sejak 1989, dan merupakan kolej Islam swasta terawal ditubuhkan di Malaysia.

Jauh sebelum pengasasan TASKI, ABIM telah merintis pengasasan sekolah swasta bernuansa Islam, Yayasan Anda Akademik (YAA) yang dipelopori pada 1971. Sekolah yang diwujudkan berpusat di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini, kemudiannya menjadi model kepada banyak sekolah swasta lain di seluruh negara, yang memberi peluang kepada para pelajar miskin atau luar bandar yang mendapat keputusan tidak cemerlang ketika di bangku sekolah. Hasilnya, ramai lulusan YAA dan sekolah swasta ABIM yang lain, yang cenderung kepada Islam, dan berjaya dengan cemerlang di kampus universiti yang mereka sertai.

Read 805 times
Rate this item
(1 Vote)
Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam al-Ghazali menerusi Karya Nasihat al-Muluk"

Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam al-Ghazali menerusi Karya Nasihat al-Muluk" di Konvensyen Imam Ghazali, anjuran ABIM Negeri Sabah sempena 35 tahun ABIM Sabah.

Read 491 times
Rate this item
(0 votes)
Page 6 of 90