Sinar Ramadhan 1438H
Unity Convoy Ambulances For Syria Perlukan Sumbangan 10 Ambulan

Sidang media Kempen Unity Convoy Ambulances for Syria. Gabungan NGO-NGO Malaysia, Indonesia dan Australia akan bergabung bersama NGO-NGO antarabangsa di United Kingdom bagi menghantar 100 buah ambulans ke Syria.

 

Read 149 times
Rate this item
(0 votes)
Polemik RUU 355 & Wacana Generasi Kedua Politikal Islam

Oleh:- Dr Zulkifli Hasan

Realiti dan Polemik RUU355 seakan mengiyakan dan mengesahkan betapa perlunya mengangkat gagasan wacana Generasi Kedua Politikal Islam. Berbeza dengan realiti generasi pertama politikal Islam di awal era kebangkitan Islam, aliran pemikiran politikal Islam kontemporari dengan realiti baru perlu mengalami satu titik perubahan dengan penuh berHIKMAH.

Immanuel Kant ada menyebut bahawa ‘Science is organised knowledge and wisdom is organised life’. Ini bermakna pengetahuan bahkan keikhlasan serta semangat membara sahaja tidak mencukupi untuk kebangkitan. Apa yang lebih penting adalah ‘wisdom’ atau hikmah yang akan menjadi penentu masa depan dan halatuju kebangkitan Islam.

Inilah yang mesti dijadikan panduan kepada Generasi Kedua Politikal Islam dalam merencanakan perjuangan. Islam adalah agama rahmah alamiah kepada seantero alam. Kualiti kesejagatan yang ada pada Islam ini yang menjadi asas kepada ciri ‘inclusiveness’ di mana Islam meraikan keunikan kelainan budaya, perbezaan tradisi, kepelbagaian bahasa dan ketinggian tamadun.

Nilai kesejagatan dalam Islam ini menjadikan ia relevan dan bersesuaian dengan kehidupan manusia pada setiap masa tempat dan kelainan bangsa serta budaya. Islam mengiktiraf kepelbagaian menerusi ciri kesejagatan ini di mana nilai-nilai dan prinsip-prinsip syariat mengangkat keadilan sebagai neraca utama dalam pentadbiran dan kehidupan.

Generasi Kedua Politikal Islam mesti menggunakan pendekatan al-Rahmah (kasih sayang) dan al-Rifq (lemah lembut) menurut teks dan konteks. Pendekatan kasih sayang dan lemah lembut ini menuntut semua untuk tidak berlaku syadid al-qaswah atau kekerasan. Al-rahmah dan al-rifq inilah yang menjadi amalan dan sunnah Rasulullah saw yang telah membuka hati ramai manusia untuk memeluk Islam.

Cacian, makian, carutan, kejian, kebusukan bicara dan pembohongan atas nama Tuhan adalah sesuatu yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak boleh dijustifikasikan dengan apa cara sekalipun. Generasi awal kebangkitan Islam telah memberikan sumbangan mereka kepada umat.

Namun, idea dan kerangka pendekatan generasi pertama kebangkitan Islam ini semakin hari dilihat tidak lagi bersesuaian dengan realiti yang ada pada dunia hari ini dan memerlukan semakan dan muhasabah. Ini dibuktikan dengan tragedi kegagalan dan penggagalan gerakan Islam di dunia Islam sehinggakan Islam itu sendiri dilihat bermasalah.

Fenomena ini telah mencetuskan satu gagasan idea dan wacana baru yang dipelopori oleh generasi baru kebangkitan Islam. Pemikiran dan pendekatan generasi baru ini perlu lebih bersifat terbuka, realistik dan mengambil pendekatan yang bersifat universal meraikan kepelbagaian. Bagi memastikan gerakan Islam terus relevan, ‘wisdom’ atau hikmah yang akan menjadi penentu kepada sejauh mana relevannya dinamika wacana baru gerakan Islam oleh generasi kedua kebangkitan Islam.

Read 120 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Anjur Forum “Perubahan Pimpinan FAM: Isu Dan Cabaran Masa Depan”

29hb Mac 2017 (Rabu): Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 menyaksikan perubahan pucuk pimpinan badan induk bola sepak negara tersebut. Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan satu forum bagi membincangkan isu dan cabaran masa depan liga serta pasukan kebangsaan Malaysia. Pembentang dalam program ini adalah Sdr. Axello Tacts (Semuanya Bola); Sdr. Mohd Syazwan Bajuri (Retro Bola Sepak); dan Sdr. Alfadli Awaludin (Aktivis Bola Sepak). Moderator pula ialah Sdr. Zairudin Hashim Che Din (Exco ABIM Pusat). Dianjurkan di Dewan Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak, para pembentang memasang harapan yang sama; agar barisan kepimpinan baru FAM di bawah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dapat membawa perubahan sebenar dalam bola sepak Malaysia. Selain menyentuh mengenai gejala rasuah atau mengatur perlawanan yang masih berleluasa dalam kancah bola sepak Malaysia. Para pembentang turut menegaskan bahawa Liga Malaysia serta pasukan kebangsaan perlu diuruskan dengan penuh integriti dan profesional; selain mempunyai program pembangunan tunas yang berkesan. Soal kebajikan dan kontrak pemain juga disentuh, di mana para pembentang mengesyorkan agar ‘salary cap’ (pembatasan jumlah gaji pemain) dibuat, selain tangga gaji diletakkan berdasarkan prestasi semasa para pemain. Selain itu, para panelis sepakat bahawa soal statistik, arkib dan dokumentasi dalam bola sepak Malaysia adalah sangat signifikan jika bola sepak Malaysia mahu maju setara dengan kuasa bola sepak yang lain. Turut hadir dalam program bersejarah ini adalah Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim dan Setiausaha Agung, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Read 211 times
Rate this item
(1 Vote)
Syariah Adalah Melakukan Perkara Yang Baik Dengan Cara Yang Betul

30hb Mac 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz​ tampil bersiaran dalam program Agenda AWANI dengan topik “Memahami Rang Undang-Undang 355” bersama Dr. Pamela Yong (MCA Sabah) dan Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar. Sdr. Faisal menyatakan dengan jelas, “Syariah itu bukan hanya melakukan perkara yang baik, tetapi melakukan perkara yang baik dengan cara yang betul; kerana undang-undang itu impak dan kesan pasti akan memberi kesan kepada masyarakat secara menyeluruh.” Rakaman tersebut boleh ditonton di sini:

Beliau turut menghadiahkan naskah terbitan ABIM dan Ilham Books, ‘Hududisme: Antara Retorik Dan Realiti’ hasil suntingan Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Exco ABIM Pusat. Sejelasnya, fenomena Hududisme yang tidak diseimbangi dengan pendekatan wasatiyah akhirnya mampu mencetuskan kembali gejala takfiri iaitu kafir-mengkafir, perpecahan umat dan perbalahan yang merugikan. Walaupun tidak dinafikan bahawa hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Syariat, tetapi ia perlu diusahakan secara bijaksana dengan mengambil pendekatan yang lebih berhikmah; mengambil kira semua faktor dalam konteks perundangan, politik, ekonomi dan sosio-budaya masyarakat. - .

Read 128 times
Rate this item
(0 votes)
Pembentangan RUU 355: ABIM Tuntut Penjelasan Penuh Kerajaan

Angkatan BeIia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bertarikh 29 Mac 2017 (semalam) bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355) di Parlimen berikutan dari keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

 

Keputusan ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri sendiri yang memberi jaminan bahawa pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355 akan diambil alih pihak kerajaan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri juga dalam kenyataan bertarikh 17 Mac 2017 telah berjanji bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pindaan RUU tersebut untuk dibentangkan di Dewan Rakyat atas komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menterjemahkan hasrat tersebut.

Selain itu, ia juga selari dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini bertarikh 24 November 2016 yang menyatakan kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini setelah urusan berkenaan tatacara dan peraturan Dewan Rakyat selesai. A

BIM mendesak pihak kerajaan untuk tampil dengan penuh tanggungjawab memberi penjelasan sepenuhnya kepada umat Islam berhubung pendirian sebenar dan jaminan yang telah diberikan berhubung isu RUU 355 ini. Penjelasan ini amat penting untuk membersihkan imej kerajaan hari ini yang dilihat dengan sengaja memperguna sentimen agama bagi tujuan kepentingan politik semata-mata.

Bagi ABIM, polemik RUU yang berlaku hari ini amat menyedihkan apabila usaha memartabat Mahkamah Syariah yang menjadi tanggungjawab kita bersama telah tercemar dengan sindrom ketakutan ramai pihak akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab yang menunggang sentimen ini untuk manfaat sokongan politik.

ABIM ingin menegaskan bahawa, ABIM sentiasa berlapang dada bersama dengan mana-mana pihak untuk memartabat kedudukan Mahkamah Syariah, namun ia harus bertunjangkan niat yang ikhlas dan murni serta diiringi semangat perbincangan dan musyawarah dengan semua pihak demi kepentingan masa depan Islam.

Prosedur serta road map yang jelas dari peringkat awal hingga ke pelaksanaan juga harus dirangka sebaik-baiknya bagi mengelakkan implikasi buruk di kemudian hari.

Maka, ABIM mengulangi tuntutan untuk kerajaan tampil memberi penjelasan yang menyeluruh kepada umat Islam sekiranya kerajaan benar-benar bertanggungjawab mahu memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM

Read 541 times
Rate this item
(0 votes)
Keseimbangan & Kelestarian Alam Sekitar Perlu Dipelihara :- "Tanggo"

13hb Februari 2017 (Isnin): Program Iltizam Staff & Agensi ABIM hari ini menampilkan Saudara Md Yusaimi Md Yusof (lebih dikenali dengan panggilan "Tango"); aktivis Grup Alam Sekitar ABIM (GRASS Malaysia). Berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Gombak, beliau mengupas buku "The Challenge for Africa".

Saudara Yusaimi Yusof menyentuh berkenaan keseimbangan ekologi serta kepentingan memelihara kelestarian hutan, di samping memelihata sumber asli. Kepentingan pertanian organik juga disentuh, di mana hari ini banyak hidupan flora dan fauna terkesan dengan bahan kimia yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian.

Beliau turut menyeru agar pertanian tidak hanya melihat kepentingan industri atau monocultre farming semata-mata, sebaliknya turut melihat fitrah atau keperluan masyarakat. Tidak salah untuk menanam kelapa sawit dan getah, tetapi pertanian membabitkan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperluaskan, bagi mengelak pembaziran dari segi kos import dan sebagainya. Saudara Yusaimy juga mengupas soal bagaimana negara-negara Afrika kaya dengan sumber asli, tetapi mundur dari segi pembangunan, selain berdepan krisis dan konflik.

Beliau juga menyebut berkenaan 'hunting-related tourism' atau aktiviti perburuan atas nama industri pelancongan, yang dilakukan di Afrika. Jatidiri bangsa dan soal budaya perlu diperkukuhkan menurut beliau, di samping masyarakat perlu memahami lebih mendalam soal intipati agama, ilmu pengetahuan dan dakwah dengan turun ke lapangan.

Sementelah, Nelson Mandela telah berjuang keras melawan politik apartheid. Beliau menggunakan sukan untuk mempersatukan Afrika Selatan ketika Piala Dunia Ragbi pada 1995. Sebagai rekod, Grup Alam Sekitar ABIM atau GRASS Malaysia telah ditubuhkan sebagai bukti kesungguhan ABIM dalam mendidik generasi muda dan masyarakat untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar di Malaysia dan pada peringkat global, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.

GRASS menganjurkan latihan dan aktiviti yang selaras dengan kehidupan kelestarian alam (sustainable living). Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Read 145 times
Rate this item
(0 votes)
Peserta Young ABIM Camp Rasai Pengalaman Hidup Di Desa

Alhamdulillah, Young ABIM Camp (YAC) kembali, dengan konsep santai. Bertemakan ‘Ibrah Seorang Pengembala’, para peserta dibawa ke kampung, untuk merasai suasana permai desa, sambil menghayati pesanan dari penganjur. Bertempat di Kem Laman Cikgu 21, Tanjung Karang, Selangor, program ini berlangsung dari 19-21 Mac 2017.

Read 140 times
Rate this item
(0 votes)

MAIPK-KBI Bangunkan Usahawan Dari Golongan Asnaf Featured

Mar 23, 2017
Hit: 123
Written by
MAIPK-KBI Bangunkan Usahawan Dari Golongan Asnaf

IPOH, 16 Februari 2017: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan perbelanjaan mencecah RM3 juta bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amiruddin Muhamed berkata, peruntukan itu lebih tinggi berbanding RM2.9 juta tahun lalu dan RM1.9 juta pada tahun 2015.

Katanya, melalui peruntukan itu pelbagai program dirancang seperti Program Mentor Mentee dan Business Enterprenuer Asnaf MAIPk (BEAM) bagi mengeluarkan golongan berkenaan daripada kemiskinan. "Program sehingga kini berjaya melahirkan 10 usahawan yang mempunyai produk dan jenama sendiri, selain mencapai pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

"Pada masa hadapan, MAIPk merancang untuk mengembangkan lagi program ini (Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf) kepada kelompok asnaf yang pelbagai dan lebih khusus," katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Belia Islam (KBI), Azman Mohd Salleh di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Berkenaan majlis hari ini, Amiruddin berkata, seramai 37 peserta menerima sijil anugerah Program Mentor Mentee selepas berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dengan dipantau MAIPk dan KBI. Sementara itu, peserta program, Nur Aishah Md Noor, 47, berkata program itu memberi manfaat besar kepadanya apabila berjaya meningkatkan taraf kehidupan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000.

"Saya sebelum ini hampir berputus asa apabila dilanda masalah dan kehilangan perniagaan. Syukur, program ini memberi sinar baharu dalam kehidupan saya dan suam apabila hasil perniagaan baharu jualan soya kami meningkat sehingga kini meraih pendapatan RM4,000 sebulan," katanya

Selanjutnya di : Berita Harian

Read 123 times
Rate this item
(0 votes)
Hudud: 'Maqsud', Kontekstualisasi, Tabiat manusiawi

Dalam politik tanah air, polemik pelaksanaan hudud masih berkumandang selagi mana wacana berkenaan undang-undang tersebut terus didominasi atas nama agama yang terlalu literal dan dieksklusifkan kepada golongan yang berfikiran simplistik semata-mata.

Sebagai orang yang beriman, tiada siapa menafikan hudud sebagai salah satu undang-undang kepercayaan agama dan sudah pasti tiada persoalan yang timbul dalam kita mengimani undang-undang dan peraturan yang diwahyukan.

Bagaimanapun, kerana namanya undang-undang, sudah pasti akan timbul pelbagai persoalan bila pelaksanaannya ada hubung kait dengan manusia yang berada dalam sistem bermasyarakat semasa. Rumusan kepercayaan secara tepat Persoalan besar dari segala persoalan adalah bagaimana kita merumuskan undang-undang kepercayaan itu dengan tepat?

Sudah pasti rumusan tersebut harus bersandarkan kepada maqsud serta tujuan sesuatu hukum, keutamaan, konteks realiti dan tabiat manusiawi yang melatari zaman.

Kita percaya mana-mana undang-undang dan peraturan dunia sifatnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dengan perwatakan “civic-minded’ dalam jangka panjang. Namun, realitinya tidak semua peraturan itu dapat mencapai tujuan asal bila mana pembuat dasar atau sesuatu peraturan itu hanya mengambil sisi jangka pendek.

Mungkin contoh mudah yang boleh diambil adalah lampu isyarat. Apabila berlaku kerosakan lampu isyarat, sudah pasti akan berlaku kesesakan kerana kegagalan undang-undang lampu isyarat itu untuk melahirkan individu yang hidup berperaturan dengan memberi laluan terlebih dahulu secara sistematik kepada pihak lain atas kesedaran “civic minded”.

Faktornya kerana pengguna jalan raya tidak didedahkan kesedaran akan tujuan yang lebih besar di sebalik wujudnya lampu isyarat tersebut.

Senario sama berlaku kepada golongan pelatih paderi yang menjalani seminari. Ketua Biskop Kuala Lumpur Most Reverend Julian Leow pernah menceritakan pengalaman dengan saya kelemahan “sistem loceng” untuk mendisiplinkan pelatih paderi dalam seminari.

Mereka dilatih untuk bangun seawal jam 4.30 pagi dengan loceng, menghadiri kelas dengan loceng, dan segalanya dengan loceng tetapi selepas tamat seminari, mereka gagal untuk bangun awal pagi dan mendisiplinkan diri kerana tiada loceng. Maka, pihak gereja telah mengubah peraturan tanpa lagi menggunakan loceng sebaliknya disiplin setiap bakal paderi itu bergantung kepada diri sendiri.

Read 73 times
Rate this item
(0 votes)
Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!

16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan kejayaan gerakan bantah TPPA untuk kepentingan rakyat. Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena semakan kehakiman ke atas perlaksanaan TPPA di Mahkamah Persekutuan. Peguam Tuan Haji Hanif Khatri mewakili pihak ABIM-TERAS-UNGGAS telah memutuskan untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak dan dua defendan kerana menilai TPPA tidak akan terlaksana akibat daripada keputusan Amerika Syarikat, menarik diri dari turut sama dalam perjanjian tersebut. 

Read 141 times
Rate this item
(0 votes)
Page 5 of 71