Sinar Ramadhan 1438H
Uyghur : Badan Hak Asasi Manusia Digesa Nyatakan Bantahan Pada China

SHAH ALAM - Badan-badan hak asasi manusia di Malaysia dan antarabangsa digesa menyatakan bantahan kepada kerajaan China ekoran penindasan etnik Uighur di negara itu. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, ini penting kerana hanya dengan cara itu penindasan terhadap etnik berkenaan dapat dihentikan.

"Etnik Uighur memerlukan sokongan dan tekanan dari masyarakat antarabangsa terhadap China untuk menghentikan penindasan yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang tindakan Abim membantu penindasan terhadap etnik berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi berkata, Abim sedia bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia untuk menggerakkan kempen membela nasib etnik itu ke seluruh negara. "Kita akan bertindak menyuarakan keperihatinan rakyat Malaysia kepada China," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia kini giat menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membuka mata masyarakat dunia agar sama-sama berjuang untuk masyarakat Uighur.

Sumber:- Akhbar Sinar Harian 

Read 229 times
Rate this item
(0 votes)
Kesihatan Mental :- Tingkatkan Kesedaran & Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat

HELWA ABIM memandang serius status kesihatan mental terutama membabitkan golongan muda dan berisiko tinggi. Laporan Survey Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 menjelaskan bahawa kesihatan mental bukanlah isu wanita malah ia telah menjadi isu lelaki dan golongan remaja seawal Tingkatan 1.

Dari laporan tersebut, data yang signifikan menunjukkan:

1. Kemurungan adalah lebih kerap dalam kalangan lelaki

2. Stres dan kegelisahan adalah lebih kerap dalam kalangan wanita.

3. Pelajar Tingkatan Satu lebih kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan dan stres.

4. Responden yang mempunyai ibu bapa yang berpisah lebih kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan, dan stres.

5. Responden yang kesunyian, merokok, meminum arak, menghisap ganja, aktif dalam hubungan seksual, dibuli dan pernah didera secara fizikal paling kerap menghadapi kemurungan, kegelisahan, dan stres.

Statistik ini menunjukkan gaya hidup dan tahap kesihatan yang semakin membimbangkan dan HELWA ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia agar lebih prihatin dan membentuk sistem sokongan sosial yang lebih baik di rumah, sekolah dan persekitaran. Dengan ini HELWA ABIM mencadangkan agar:

1. Kempen dan program pendidikan kesedaran dalam kalangan remaja dan belia di Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap kemurungan, kegelisahan, dan stres perlu ditingkatkan.

2. Simptom kesunyian, merokok, meminum arak, menghisap ganja, aktiviti seks bebas, buli dan penderaan fizikal, mental dan emosi dalam kalangan remaja dan belia perlu diperhatikan jelas oleh ibu bapa, guru dan masyarakat serta dicari solusi dan sokongan sewajarnya.

3. Tindakan pantas perlu dilakukan oleh semua pihak berwajib berkaitan isu kesihatan mental memandangkan banyak kes buli dan penderaan yang akhirnya melibatkan kematian dan bunuh diri.

Nor Azura binti Kamarudin Sohami Naib Presiden ABIM (HELWA)

Read 220 times
Rate this item
(0 votes)
Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan

Saudara Faisal menelurusi persoalan Islah, reformis Islam berlandaskan prinsip akar fiqh al-islah. Beliau berjaya meluruskan kekeliruan pemikiran yang berkecamuk lantaran bercambahnya ittijahat (aliran) dan pemakaian istilah dari konsep secara longgar yang menyimpang dari pengertian asal.

Maqasid al-Shar’iah diuar-uarkan oleh semua pihak termasuk penguasa untuk mempertahan helah politik masing-masing. Jawapannya bukanlah dengan mempopular slogan yang turut dicanang oleh juak-juak termasuk kalangan agamawan. Sebaliknya yang dituntut adalah wacana segar berlandaskan hujah sepertimana yang dilakarkan pengarang.

Selain mengupas konsep dan menggagaskan pembaharuan naratif seperti muwatinun, yakni muafakat dalam masyarakat plural, yang dahulunya dipopularkan melalui konsep li ta’arafu , pengarang turut mengimbau aliran pemikiran reformis Islam semasa, dan antara yang saya kira menarik dalam konteks masyarakat Malaysia adalah dengan mengaitkan persoalan konsep dengan kontroversi pelaksanaan hukum, konsep negara Islam dan kalimah Allah.

Lontaran ide pengarang muda dilontarkan secara akademis dan menunjukkan kepekaan terhadap permasalahan negara dan rakyat. Ini memenuhi pengertian konsep penyertaan dengan kefahaman dan kepekaan – “personal democracy” - yang ketara berbeda dari politik adu domba untuk mengaut khazanah negara dan meneruskan penindasan.

Salam Reformasi

ANWAR IBRAHIM

Sungai Buloh 31 Mac 2018

*Dipetik daripada kata pengantar Anwar Ibrahim dalam Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan: Pemikiran Reformis Masa Hadapan karya Sdr Muhammad Faisal Abdul Aziz

Read 177 times
Rate this item
(0 votes)

Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan Featured

Jan 23, 2019
Hit: 116
Written by
Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan

Tulisan ini adalah kata pengantar buku “Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan” Anak muda adalah sebahagian daripada gelombang perubahan yang mencorak ketamadunan manusia.

Gelombang perubahan tersebut dirujuk sebagai Nahdah yang berakar daripada bahasa Arab yang bermaksud bangkit (Lisanul Arab). An-nahdah pula adalah bermaksud bangkit dari kekaburan atau kegelapan.

Nahdah merupakan satu proses dari reformasi - islahi untuk membangkitkan kesedaran dan potensi umat dari tahap sedia ada ke satu tahap yang lebih baik, tinggi dan sempurna sesuai dengan martabatnya, sepertimana yang pernah digambarkan oleh Almarhum Ismail Raji al Faruqi’.

Read 116 times
Rate this item
(0 votes)
Mendukung Integriti Dan Kebebasan Badan Kehakiman

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH memandang berat isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan peguam persendirian menari sepentas pada majlis makan malam Opening of Legal Year 2019 (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Tertib Tatakelakuan Hakim, badan kehakiman mesti mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman. Di antaranya:- Seorang hakim tidak boleh-

a.membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya;

b.menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya atau orang lain;

dan

c.memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya.

Selain itu juga,

Read 176 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis Lelaki Dan Wanita Perlu Berganding Bahu Dalam Dakwah

17hb Disember 2018 (Isnin) : Alhamdulillah, Presiden, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan ABIM telah mengadakan pertemuan bersama Dr. Zainab Al-Alwani di Hotel Movenpick, KLIA, Sepang. Dr. Zainab menekankan keperluan kerjasama erat antara aktivis dalam kalangan lelaki dan wanita, bagi menghadapi cabaran dakwah masa kini, yang mencapah dan penuh dengan tribulasi.

Beliau juga menekankan keperluan menjaga hubungan sesama suami isteri, ibu bapa, serta keluarga bagi membentuk ekosistem yang harmoni, sebagai cerminan kepada masyarakat yang bertamadun. Terdahulu, pada 14hb Disember 2018 (Jumaat), Dr. Zainab telah muncul dalam Program Wacana Intelek "Maqasid Quraniyya on Ethics of Disagreement: Challenges and Way Forward for Malaysia" anjuran ABIM, dengan kerjasama PKPIM dan UIAM Gombak di Dewan Senat, UIAM Gombak.

Read 228 times
Rate this item
(0 votes)
Potlove Medium Dakwah Secara Santai & Informative ABIM

13 Januari 2019 Ahad : Potlove Aktiviti bulanan Helwa Abim Perak ,Bulatan Amanjaya . .

Alhamdulillah, Helwa Abim Perak berjaya melaksanakan aktiviti bulanan yang diberi nama Potlove di Bulatan Amanjaya, Meru pagi tadi. . . Program Potlove ini merupakan satu usaha untuk mendepani dan mendekati masyarakat dengan cara sembang santai. . .

Program ini membawa tema Rehat Rohani, Sihat Jasmani seiring dengan pengisiannya yang dimulakan dengan senaman pagi, sembang santai dan makan-makan. . .

Petikan video:- Allah Sukakan Keindahan

Pengguna Bulatan Amanjaya yang turut serta memberi pendapat dan berkongsi pandangan bersama Helwa juga sangat berbesar hati dan menantikan kedatangan kami buat kali yang seterusnya. . .

Suka untuk saya petik kata-kata sahabat Street Dakwah saya, bukan semua yg berkesempatan untuk datang ke masjid mendengar pesanan-pesanan Allah yang penuh hikmah. . .

Maka oleh sebab itu, kami berasa terpanggil untuk turun menyantuni masyarakat, menyampaikan apa yang diajar di masjid-masjid dengan cara yang lebih santai dan terbuka. . .

Semoga kita sama-sama menghargai ruang dan peluang yang disediakan ini untuk berlumba-lumba mengejar ilmu, merebut pahala berada di dalam majlis ilmu yang dikelilingi para malaikat. . .

"Sejahterakan Perak Dengan Dakwah" . . Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Perak

Read 191 times
Rate this item
(0 votes)
Pelajar Seri Al-Ummah Chemor Dididik Amalkan Solat Sunat Dhuha

Alhamdulillah, antara amalan yang diterapkan di Seri Al Ummah Chemor, Perak ialah mendirikan solat dhuha. Semoga ia menjadi amalan harian buat anak-anak kita semua. Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

Read 229 times
Rate this item
(0 votes)

RSK Jadi Rumah Angkat ABIM Perak Featured

Jan 10, 2019
Hit: 243
Written by
RSK Jadi Rumah Angkat ABIM Perak

9hb Januari 2019 (Rabu) : Alhamdulillah, sekitar majlis perasmian Rumah Singgah Kita (RSK) sebagai rumah angkat ABIM Perak. Semoga dengan sedikit usaha dan tenaga ini memberi manfaat buat para ibu dan anak-anak di RSK. Akan datang, RSK akan diserikan lagi dengan pengisian ilmu oleh exco ABIM dan HELWA ABIM Perak pada setiap minggu. Semoga usaha ini memberi ruang buat penghuni RSK lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan mendalami agama. Hanya ALLAH SWT saja yang mampu membalas jasa Puan Ekin dari Puteri Perak.

Read 243 times
Rate this item
(0 votes)
Mangsa Tsunami Banten Terkejut Lihat Sukarelawan Malaysia

Oleh : Zanariah Nor Zin

Mangsa tsunami Banten di Kecamatan Sumur menyambut kehadiran sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama krew Bernama News Channel (BNC) dengan perasaan gembira bercampur linangan air mata.

Mangsa tsunami, Dasep, 31 tahun menyapa mesra wartawan BNC, Zanariah Nor Zin sewaktu rombongan berhenti di salah satu kedai tepi jalan untuk mengisi data internet.

“Allahuakbar kak, saya tidak sangka sukarelawan dari Malaysia sanggup ke sini menziarahi kami. Kampung kami jauh kak.. pedalaman. Terima kasih sanggup kerah tenaga datang ke sini” 

Read 195 times
Rate this item
(0 votes)
Page 4 of 89