Sinar Ramadhan 1438H
Berdamping Dengan Al-Qur'an; Hayati Keindahan Al-Qur'an:- Ustaz Mohd Naim Mohd Noor

16 Februari 2019, Putatan - Alhamdulillah. Abim Sabah dengan kerjasama ABIM Putatan dan SMK Putatan telah berjaya mengadakan Program Bicara Ilmu yang bertajuk “Menghayati Keindahan Al Quran” disampikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Pengarah Akademi Latihan Kepimpinan Yayasan Takmir (mantan Tim. Presiden ABIM Pusat), kepada pelajar Asrama SMK Putatan bertempat di Surau SMK Putatan, Sabah. Antara intipati dalam bucara ipmu ini adalah mengajak para pelajar untuk sentiasa berdamping dengan Al Quran dan memahami makna dan kisah-kisah terindah yang Allah sampaikan kepada manusia melalui ayat-ayat Al Quran. “Membina Belia Bertaqwa”

Read 73 times
Rate this item
(0 votes)

Membina Karakter Anak Hebat Featured

Feb 25, 2019
Hit: 74
Written by editor-media
Membina Karakter Anak Hebat

Mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang paling berat yang dipikul oleh seseorang. Anak adalah kurniaan dan amanah Allah SWT kepada kedua orang tuanya. Adalah satu tanggungjawab yang berat sekiranya kita hanya dipertanggugnjawabkan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini lebih memberatkan ke atas ibu bapa muslim kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya supaya untuk mendidik anak nereka menjadi mukmin yang berperanan dalam Islami dan selamat dari api neraka. Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, terjemahannya: “Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

Read 74 times
Rate this item
(0 votes)

AYG Buka Barbershop Tawar Khidmat Gunting Rambut Featured

Feb 25, 2019
Hit: 78
Written by editor-media
AYG Buka Barbershop Tawar Khidmat Gunting Rambut

AYG Barbershop beroperasi pada setiap hari Khamis hingga Selasa mulai jam 1.00 petang hinggal 11.00 malam bersama Barber Ammar Razio di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi ( Berhadapan Masjid Al-Umm).

Read 78 times
Rate this item
(0 votes)
Pembinaan Watak Anak Hebat : Menelusuri Ibrah Al Quran Dalam Kisah Luqman Al Hakim.

16 Februari 2018, Kota Kinabalu - Alhamdulillah. Slot 1 yang bertajuk Pembinaan Watak Anak Hebat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timb. Pengarah Akademi Latihan Kepimpinan Pendidikan Yayasan Takmir dan mantan Timbalan Presiden ABIM. Pengisian slot 1 menekankan tentang bagaimana membentuk watak seorang anak melalui peranan bapa, dan persekitarannya dengan menelusuri Ibrah Al Quran dalam kisah Luqman Al Hakim.

Read 101 times
Rate this item
(0 votes)

TMJ Turun Padang Sertai Program Bersih Sungai Di Johor Bahru. Featured

Feb 18, 2019
Hit: 126
Written by editor-media
TMJ Turun Padang Sertai Program Bersih Sungai Di Johor Bahru.

10hb Februari 2019: Alhamdulillah, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat menghadiri Program Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) daerah Johor Bahru yang diadakan di Kampung Sungai Melayu Tebrau, Bakar Batu, Johor Bahru. Dalam program anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) ini, baginda turut bersama-sama para belia serta sukarelawan melakukan kerja gotong-royong membersihkan sungai di kawasan tersebut.

Program tersebut secara tidak langsung mengajak serta mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar dan tidak membuang sampah sarap sewenang-wenangnya sekaligus memupuk kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan. Turut diadakan, dialog mengenai idea masa depan belia dan negara antara TMJ dan para belia, diketuai oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), yang juga mantan Naib Presiden ABIM.

Kata DYAM TMJ : "Planning or ideas without implementation is merely hallucination". Projek Komuniti Cinta Sungai wajar diteruskan dan penjagaan sungai harus dibudayakan. Tahniah Majlis Belia Negeri Johor dan terima kasih atas jemputan.

Read 126 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Perlu Terus Berperanan Sebagai Badan Masyarakat Madani (CSO) Featured

Feb 18, 2019
Hit: 120
Written by editor-media
ABIM Perlu Terus Berperanan Sebagai Badan Masyarakat Madani (CSO)

17hb Februari 2019 (Ahad) : Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi. Ab Rahim bersama Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah hadir membuat perkongsian dalam "Wacana Gerakan: Peranan Jemaah dalam Era Malaysia Baharu". Sdr. Raimi menekankan peranan ABIM yang tetap konsisten menjadi Badan Masyarakat Madani (CSO) yang aktif dan konsisten selaku penyemak serta pengimbang kepada pihak pemerintah, sedari dulu. Pendirian ini dibawa bersama hasrat besar ABIM untuk mensejahterakan Malaysia dengan dakwah, bersama Kebangkitan Islam Jilid Kedua. Program yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh ini mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh lapisan masyarakat, khususnya para Aktivis WADAH-ABIM-KPIP Perak.

Read 120 times
Rate this item
(0 votes)
"Kolokium Kepemimpinan Belia Anjuran ABIM Dapat Sambutan Menggalakkan"

BINCANG: Sesi perbincangan antara moderator dan para peserta pada program Kolokium Kepemimpinan Belia di Kuching, semalam

Kuching: Kolokium Kepemimpinan Belia anjuran ABIM dapat sambutan menggalakkan Utusan Borneo (Sarawak)15 Feb 2019.

Program Kolokium Kepemimpinan Belia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di sini mendapat sambutan menggalakkan. Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Muhammad Hazim Azhari berkata, ia berjaya menarik kehadiran seramai 120 anak-anak muda daripada pelbagai persatuan di negeri ini.

Persatuan yang mengambil bahagian dalam program itu katanya, adalah Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS), Persatuan Belia Kebajikan Sarawak, ABIM Negeri Sarawak serta pelajar dari institusi pengajian tinggi tempatan.

“Tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang pent- ingnya usaha untuk menyertakan mereka dalam aspek pembangunan negara,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut. Menurutnya, antara perkara lain yang turut diketengahkan dalam program itu termasuklah kepentingan 4K iaitu Keluarga, Kerjaya, Kewangan dan Kesatuan kepada golongan belia.

“Maka itu, kita harap program ini akan dapat memberi suntikan atau galakan kepada para peserta untuk terus maju di samping membangkitkan potensi diri menjadi pemimpin belia yang berkebolehan pada masa hadapan,” ujarnya.

Ditanya sama ada program itu akan dianjurkan lagi, Muhammad Hazim berkata, pihaknya mungkin akan meneruskannya berikutan penerimaan yang amat memberangsangkan semalam.

“Apatah lagi, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha turut menjanjikan untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai fokus utama pembangunan belia, maka kita berhasrat mengadakan program sebegini suatu masa kelak.

“Dan, ia akan turut meli- batkan kerjasama daripada MBM, Majlis Belia Sabah, SABERKAS dan persatuan-persatuan lain di negeri ini,” katanya. Sementara itu, majlis turut menyaksikan seramai tiga moderator yang mem- bincangkan pelbagai topik melibatkan hal belia iaitu Setiausaha Eksekutif SABERKAS Iszuan Haroni, Ahli Jawatankuasa Guru Muda Sarawak Noraine Jamil dan Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sarawak. Sumber

Utusan Borneo Edisi Jumaat, 15 Februari 2019 (Halaman 5)

Read 98 times
Rate this item
(0 votes)

Siri Diriku Permata Berharga (DERMAGA) Bakal Digerakkan Ke Seluruh Negeri Johor Featured

Feb 18, 2019
Hit: 113
Written by editor-media
Siri Diriku Permata Berharga (DERMAGA) Bakal Digerakkan Ke Seluruh Negeri Johor

DERMAGA pertama bagi tahun 2019 telah diadakan pada 14-15 Februari 2019 di SMA Annur, Pontian, Johor. Program ini anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim dengan kerjasama ABIM Johor. Seramai 123 orang pelajar telah turut serta dari kalangan pelajar tingkatan 4 hingga 6. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian Tn. Hj. Zaidi bin Ahmad. Turut hadir Pegawai YPKDT, En. Zulfahmi dan En. Zoolhilmi Ahmed, Yang Di Pertua ABIM Daerah Pontian. Program ini akan diadakan sebanyak 12 siri di seluruh negeri Johor. Semoga program-program akan datang berjalan lancar dan dirahmati Allah.

Read 113 times
Rate this item
(0 votes)

Meneladani Keimanan & Kecekalan Maryam Alaihassalam Featured

Feb 08, 2019
Hit: 190
Written by editor-media
Meneladani Keimanan & Kecekalan Maryam Alaihassalam

Disediakan oleh: Puan Maria Kamel

Maryam alaihassalam, tergambar kemuliaannya dengan kisahnya diangkat di dalam alQuran melalui surah Maryam. Maryam, gadis solehah yang dinazarkan ibunya buat Masjid al Aqsa, dimuliakan lagi oleh Allah sebagai ibu yang mengandungkan Nabi terakhir dari Bani Israel, Nabi Isa alaihissalam.

Ujian yang menimpa Maryam tidak kecil dan sedikit. Mengandung dan melahirkan zuriat tanpa suami/ bapa menjadikan Maryam berhadapan cacian & kejian kaumnya (Bani Israel) yang terkenal dengan sikap jahat terhadap orang-orang soleh. Melewati ujian bersendirian sebatang kara nyata memberi kesan kepada jiwa Maryam dan menatijahkan kerungsingan yang bukan sedikit.

Malah menggugah psikologi, mengakibatkan trauma dan mengganggu emosi Maryam sehingga beliau pernah menyebut "Alangkah baiknya kalau daku meninggal dunia sebelum ini, agar daku dilupakan dan tidak dikenang!"

Namun didikan dan hubungan langsung Maryam dengan Allah swt, selama berada di Masjid al Aqsa benar-benar membentuk kesabaran dan ketabahan melalui redhanya Maryam kepada ketentuan Allah swt.

Kekuatan luar biasa Maryam disuntik tidak lain dari kesan keimanannya secara total kepada Allah swt sehingga membantunya mendepani kepayahan dan kesulitan serta menjauhkan kesedihan dan kemurungan dalam susur kehidupannya. Kekuatan luar biasa inilah yang mengangkat martabat dan kemuliaan wanita solehah ini dalam perjuangannya.

Ya! Simbol kekuatan yang dikongsikan Maryam solehah inilah yang diterjemah dalam kempen #WeAreAllMary #KitaSemuaMaryam #كلنامريم - menterjemah kekuatan yang ada pada wanita dan penduduk Palestine yang tertindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya di mata dunia,

NAMUN tidak putus berjuang demi sebuah keadilan dan kemenangan yang hakiki buat mereka.  Perjuangan teman-teman kita berabad lamanya telah bermula. Ketika perjuangan kita baru bermula, teguhlah berdiri dan nyatakan sokongan berterusan kepada sebarang usaha pembebasan alQuds.

Kempen ini barangkali kecil hanya kerana Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine ini baru ditubuhkan, namun akan semakin kuat dengan penyertaan dan dokongan kita semua yang benar cakna dengan rasa kemanusiaan yang tinggi. T

unjukkan sokongan kita dan teruslah mendoakan AlQuds & Palestin. Stay and be with us ya! Ikuti kami melalui : https://www.facebook.com/malaysiancoalition/

- Sorotan dari buku Psikoterapi Rabbani : Mendepani Trauma Psikologi dengan Menghayati Kisah Maryam Alaihasssalam, terbitan ABIM Press.

Read 190 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sokong Kempen Say No 2 Zina

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyokong kempen Say No 2 Zina #JagaDiri #StayAbstinent yang digerakkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana kempen tersebut sangat penting bagi menangani pelbagai polemik berkaitan seperti salah laku seksual atau hubungan luar nikah di samping gejala-gejala susulan seperti pembuangan bayi dan penularan penyakit jangkitan seksual.

Menurutnya, selain daripada pencegahan menerusi mekanisme perundangan, pihaknya juga berpandangan, kefahaman mengenai pengetahuan pendidikan reproduktif perlu digerakkan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat untuk membina kefahamanan jelas mengenai natijah negatif daripada sebarang tingkah laku berisiko.

"Berdasarkan kepada penganjuran siri-siri program Dermaga (Diriku Permata Berharga) yang digerakkan ke seluruh negara sejak tiga tahun lalu, Abim menilai masyarakat amat memerlukan pengetahuan dalam bentuk pendidikan abstinen (pencegahan).

"Dermaga yang diperkenal kepada masyarakat dirasakan sebagai satu komplemen kepada usaha Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam memberikan informasi berkaitan pendidikan reproduktif remaja dan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendidikan abstinen membolehkan masyarakat mengenal pasti kaedah serta melindungi diri daripada sebarang tingkah laku berisiko yang boleh menjejaskan keselamatan atau maruah diri dan orang lain.

"Pendidikan abstinen juga meliputi kefahaman bahawa semua agama dunia memandang berat serta mencegah para penganutnya daripada melakukan salah laku serta tingkah laku seksual yang berisiko.

"Usaha menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai informal education dan informal social control perlu dipertingkatkan di seluruh peringkat dengan pendekatan bersesuaian dan komprehensif sebagai membentuk support system atau persekitaran kumpulan masyarakat sokong bantu bagi mencegah penularan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat itu sendiri," katanya.

Sumber:- Akhbar Sinar Harian

Read 160 times
Rate this item
(0 votes)
Page 3 of 89