Sinar Ramadhan 1438H

Tindakan dua Badan Bukan Kerajaan (BBK), Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Persatuan GerakanKebangkitan Pendidik Malaysia (Pendidik), untukmengadakan rapat umum berkaitan isu PentaksiranBerasaskan Sekolah (PBS) disokong sepenuhnya. Ia merupakan satu pernyataan sikap yang tegas apabila melihatsektor pendidikan diurus dengan cuai dan tidak cermat.Perubahan demi perubahan yang drastik dalam pelaksanaanPBS menunjukkan wujud masalah yang serius.

Read 1421 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada usaha-usaha dari pelbaagai pihak untuk membawa dan mengembangkan idea Rekonsiliasi Nasional menerusi beberapa pendekatan yang dibuat termasuk dialog perpaduan, persidangan meja bulat dan sebagainya.

ABIM menilai perkembangan semasa yang dipenuhi dengan sentimen api perkauman yang cuba dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab telah memberi justifikasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk secara serius mendokong usaha ini. Sekiranya kita tidak menggerakkan inisiatif untuk menggerakkan idea ini, perpaduan serta keharmonian kaum akan berterusan tergugat.

Read 1475 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara "Pink Dot Penang 2014" pada 29 Mac 2014. ABIM membantah penganjuran acara tersebut yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dan berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.

Read 1446 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menghantar dua delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke siding “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan 20 Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.

Read 1486 times
Rate this item
(0 votes)

While the effort of Malaysian government to further enhance the exercise and enjoyment of civil and political rights in the country by way of repealing the Internal Security Act (ISA) 1960, the Banisment Act 1959 and the Restricted Residence Act 1933 is commendable, Malaysia is definitely paving backwards in coming to its second UPR session by introducing a new set of preventive laws ; the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), Peaceful Assembly Act 2012 (PAA) and the amendment to the Prevention Crime Act 1959 (PCA).

Read 1572 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi,Dr.Mohamad Morsi. Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.

Read 1515 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia, ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ini berdasarkan perkembangan dan maklumat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berikutan satu analisis data yang diterima oleh beliau.

Namun ABIM juga berterusan mendoakan agar segala petunjuk terus dikurniakan Allah bagi merungkai segala masalah yang mungkin menjadi punca kepada tragedi ini. ABIM memandang berat semua tuduhan, prasangka dan kelemahan pentadbiran yang dilemparkan berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata. ABIM mahukan agar pihak yang bertanggungjawab dapat menggerakkan siasatan untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan daripada berulang kembali.

Read 1470 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan rasa sedih dan kesal atas kehilangan nyawa 6 pengunjung muda Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Ini bermakna Malaysia kehilangan modal insan yang amat berharga yang sepatutnya digembeling untuk manfaat agama, bangsa dan Negara. ABIM juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kesabaran untuk menghadapi situasi yang amat sukar ini.

Read 1539 times
Rate this item
(0 votes)
Pertembungan Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil: Ke Manakah Penghujungnya

Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil. Terbaru dalam kes Izwan Abdullah yang melibatkan perebutan hak penjagaan anak di Seremban telah membuka satu lagi siri pertembungan antara kedua-dua institusi Mahkamah dalam negara.

Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Read 10259 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan berhubung dengan perlaksanaan hukuman Hudud di Kelantan. Kenyataan dimulai dengan sokongan daripada UMNO kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman hudud di negeri tersebut.

Ekoran daripada itu, pelbagai bantahan serta kenyataan telah dikemukakan oleh para pemimpin Malaysia Chinese Association (MCA) serta Democratic Action Party (DAP) yang rata-ratanya menzahirkan kebimbangan terhadap perlaksanaan undang-undang tersebut.

Read 1463 times
Rate this item
(0 votes)
Page 107 of 108
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd