Sinar Ramadhan 1438H
Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu

"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. Khairul Anwar Ismail Timbalan Presiden ABIM 

Read 583 times
Rate this item
(0 votes)
Kemelut Nilai Politik Sejagat: Demokrasi vs Kleptokrasi

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM

Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di pelbagai belahan dunia seperti yang diamati oleh Larry Diamond (2015) dan Francis Fukuyama (2014), satu dinamika baru telah muncul dalam politik dunia. Seiring dengan semaraknya trend Populisme Baru dan kebangkitan Nasionalisme Baru pada skala global, dunia turut menyaksikan berkembangnya amalan kleptokrasi yang dilihat sebagai ancaman besar kepada demokrasi dan pemusnah pembangunan negara.

Istilah ‘kleptocracy’ yang mula diperkenalkan dalam literatur politik seawal tahun 1819 oleh Leigh Hunt dan dipopularkan oleh Stanislav Andreski sekitar tahun 1960an merujuk kepada rule by thieves – pemerintahan para maling yang merujuk kepada sebuah bentuk pemerintahan yang merompak hasil kekayaan negara untuk memperkaya diri sendiri dan kelompok tertentu.

Kamus Cambridge mendefinasikan ‘kleptocracy’ sebagai: ‘a society whose leaders make themselves rich and powerful by stealing from the rest of the people.’ Justeru, kleptokrasi ialah keadaan di mana sesebuah masyarakat itu dipimpin oleh kelompok yang memperkayakan diri dan memperkukuhkan cengkaman kekuasaannya, hasil khazanah kekayaan negara yang dicuri dari tangan sekalian rakyat.

Maka, pemimpin kleptokrat ini selayaknya digelar pencuri seperti yang didefinasikan oleh Kamus Oxford English Dictionary sebagai “A thief in a position of political power; a greedy or corrupt politician.” Pengarang Why Nation Fails, Daron Acemoglu dan James Robinson telah menyenaraikan seawal tahun 2004 generasi kleptokrat di negara membangun, termasuklah pemimpin Congo/Zaire, Mobutu Sese Seko, Rafael Trujillo (Dominican Republic), Duvaliers (Haiti), Somozas (Nicaragua), Idi Amin (Uganda) dan Charles Taylor (Liberia).

Read 854 times
Rate this item
(0 votes)
Video: Memaknai Erti Deklarasi Permatang Pauh

MALAYSIA BAHARU: REALISASI AGENDA REFORMASI

Dato' Dr Siddiq Fadzil

Mukadimah

Keputusan PRU-14 rata-rata dirasakan sebagai suatu kejutan. Rasa terkejut dengan kemenangan besar PH pada 9 Mei 2018 itu memang beralasan. Tetapi hakikatnya ia bukan suatu yang tiba-tiba atau mendadak. Ia adalah kemuncak dari suatu rentetan panjang peristiwa ledakan kesedaran rakyat yang menginginkan perubahan besar dan mendasar. Ia tidak terpisah dari latar gerakan reformasi yang berpangkal dari Deklarasi Permatang Pauh 12 September 1998 yang dikumandangkan oleh Anwar Ibrahim. Selama 20 tahun gerakan tersebut membesar dan akhirnya memuncak menjadi gelombang kebangkitan rakyat meruntuhkan rejim UMNO-BN. Dengan latar sedemikian, Malaysia Baharu yang terhasil dari PRU-14 tidak boleh lain selain berintikan realisasi agenda reformasi.

Teks Penuh Klik Di Sini.

Read 833 times
Rate this item
(0 votes)

Tonton Siri Bicara Al-Qur'an Featured

Sep 21, 2018
Hit: 784
Written by
Tonton Siri Bicara Al-Qur'an

Tonton Koleksi Terkini Bicara Al-Qur'an Di Bawah:-

Kuliah I'JAZ AL-QURAN AL-LUGHAWI PEMBICARA: AL-FADHIL USTAZ MOHD NAIM MOHD NOOR (Ustaz Abu Toriq As-Syami)

Psikologi & Tafsir Al-Qur'an: Menelusuri Kisah Maryam Alaihassalam (Bonda Nabi Isa) Oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail

Hubungkait antara Tafsir Al-Qur'an & Tadabbur Al-Qur'an

Azam Yang Terpuji : Tadabbur Ayat 35 Surah Al-Ahqaf Ust. Syafiq atTauhidi

'Menyingkap Makna Bukti & Kejujuran di dalam alQuran : tadabbur ayat 111 surah al-Baqarah'

Read 784 times
Rate this item
(0 votes)
Read 536 times
Rate this item
(0 votes)

Tempah Buku Ini Segera! Featured

Sep 20, 2018
Hit: 469
Written by
Read 469 times
Rate this item
(0 votes)
Video: Book Launching Parent - Child Relation : A Guide To Raising Children

Video : Book Launching Parent - Child Relation : A Guide To Raising Children Launched by YAB Dato' Dr . Wan Azizah Wan Ismail Deputy Prime Minister Of Malaysia.

Read 626 times
Rate this item
(0 votes)
Video: Memegang Kunci Kezuhudan : Tadabbur ayat 131 Surah Taha

Tonton Video Memegang Kunci Kezuhudan : Tadabbur ayat 131 Surah Taha Oleh Al-Ustaz Syafiq At-Tauhidi

Read 703 times
Rate this item
(0 votes)
Seminar Kebangsaan Visi Islam Dalam Aspirasi Malaysia Baharu

 

1.0 PENGENALAN

• Visi mengikut Kamus Dewan Bahasa sebagai tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam terutama berkaitan dengan perkembangan masa hadapan. Kamus Lengkap Bahasa Indonesia mendefinisikan visi ialah kemampuan untuk melihat pada isi inti persoalan, pandangan dan wawasan. Ini bermakna visi ialah pandangan jauh yang ingin dicapai oleh seseorang, keluarga, organisasi atau negara berdasarkan kemampuan dan keupayaan individu atau organisasi tersebut.

• Visi tercetus dengan adanya peluang dan ruang masa yang mengizinkan. Visi adalah diperlukan agar pembangunan yang dikecapi tidak merosakkan diri sendiri dan tidak mencemarkan persekitaran seperti yang ditegaskan oleh salah-satu matlamat kepimpinan Islam yang menuntut untuk memakmurkan bumi Allah. Pada era Revolusi Perindustrian 4.0 dewasa ini – khususnya pasca Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini; antara isu yang ditekankan adalah visi Islam dalam aspirasi ‘Malaysia Baharu’. Tambahan pula, polemik terhadap kedudukan institusi-institusi Islam semakin hebat dibincangkan secara terbuka.

• Kritikan-kritikan yang ditimbulkan ke atas institusi-institusi Islam kadangkala membawa kepada sikap yang radikal dan sebahagiannya adalah berpunca daripada pandangan sebelah pihak sedangkan tatakelola kehidupan bermasyarakat dalam persoalan yang ditimbulkan bukanlah perkara pokok. Ianya berkisar kepada aturan budaya dan sudut pandangan lazim yang eksklusif. Kadangkala nilai yang dipercayai itu cuba dipaksakan kepada bukan Islam. Perbezaan pendapat dilihat sebagai ‘ancaman’ sedangkan ia adalah nilai sejagat yang diiktiraf oleh Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Islam adalah kerangka utama pembentukan Malaysia dan sebab itulah dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan dengan jelas. Islam tidak menyekat kehidupan masyarakat bukan Islam, sebaliknya, Islam memberikan persekitaran yang lebih baik kepada bukan Islam, kecualilah ada usaha untuk mencabar atau meruntuhkan institusi Islam.

• Justeru itulah, seminar Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu dicadangkan dianjurkan bersempena Muktamar Sanawi Kali ke-47 tahun ABIM.

• Bersempena itu jugalah, satu majlis makan malam bertemakan Perpaduan peserta yang hadir.

Read 772 times
Rate this item
(0 votes)
Karya Dr Hisham Al-Talib Jadi Rujukan Ramai Para Dai'e

Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, telah dianjurkan Program Diskusi bersama Dr. Hisham Al Talib, Presiden IIIT. Bersama beliau, yang menetapkan dirinya dalam urusan membangun Umat sejak dari usia mudanya - dan pengalaman sepanjang usianya inilah membentuk beliau berperibadi rendah hati dan bekerja tidak lain kerana ALLAH. Kata beliau, “I did not aspire for important positions in religious groups or the mosque. I worked behind the scenes.” Buku-buku beliau banyak yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, antaranya "The Training Guide for Islamic Workers" dan diterjemahkan sebagai Panduan Latihan Petugas Islam (bahasa Melayu) - diguna pakai oleh ramai pendakwah dan petugas lapangan sejak dahulu. Buku “Parent-Child Relations” - diterjemah sebagai “Hubungan Ibu Bapa – Anak” (Bahasa Melayu) terbitan bersama ABIM dan telah diluncurkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah. Termasuklah buku “The Da’wah Covenant of Honor” dedikasi beliau dan kemuncak kepada perkongsian dan panduan yang relevan sepanjang zaman buat semua; pemimpin dan masyarakat.

Read 607 times
Rate this item
(0 votes)
Page 11 of 90