Sinar Ramadhan 1438H

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 16 November 2013. Kenyataan tersebut secara ringkas meminta NGO seperti ABIM untuk duduk semeja bagi mendesak semua pihak agar serius menghentikan gejala jenayah daripada terus berleluasa.

Read 707 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada penganjuran “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” yang merupakan Wacana Sinar Siri 26 yang akan diadakan pada 27 Januari 2014.

ABIM berpandangan polemik Kalimah Allah ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi perdebatan kerana ia amat bersangkutan dengan perkara-perkara yang melibatkan isu teologi yang akan mengundang sensitiviti masyarakat.

Read 847 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyuarakan kebimbangan di atas beberapa insiden yang melibatkan penyokong dan pegawai beberapa buah pasukan yang bertanding dalam saingan liga tempatan dan Piala FA Malaysia baru-baru ini.

Terbaru, kita digemparkan dengan insiden pergaduhan dan kekecohan yang didakwa melibatkan beberapa pihak di dalam Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan. Seperti mana yang kita sedia maklum, laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telahpun dibuat dan siasatan berkenaan insiden tersebut sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Read 1057 times
Rate this item
(0 votes)

Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.

Permasalahan SPPBS yang dijangka hanya dapat diselesaikan pada April ini, adalah satu di antara berpuluh permasalahan yang perlu diselesaikan. Ia menunjukkan satu kecuaian yang besar yang menggendalakan seluruh mekanisme PBS ini.

Read 829 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada cabaran debat yang dikemukakan oleh pemikir kontroversi Kassim Ahmad kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya termasuk yang terbaru menerusi "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya. Sebagaimana yang dilaporkan media, Kassim Ahmad masih mengulangi malah konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang secara terang-terangan bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Read 816 times
Rate this item
(0 votes)

Tindakan dua Badan Bukan Kerajaan (BBK), Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Persatuan GerakanKebangkitan Pendidik Malaysia (Pendidik), untukmengadakan rapat umum berkaitan isu PentaksiranBerasaskan Sekolah (PBS) disokong sepenuhnya. Ia merupakan satu pernyataan sikap yang tegas apabila melihatsektor pendidikan diurus dengan cuai dan tidak cermat.Perubahan demi perubahan yang drastik dalam pelaksanaanPBS menunjukkan wujud masalah yang serius.

Read 705 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada usaha-usaha dari pelbaagai pihak untuk membawa dan mengembangkan idea Rekonsiliasi Nasional menerusi beberapa pendekatan yang dibuat termasuk dialog perpaduan, persidangan meja bulat dan sebagainya.

ABIM menilai perkembangan semasa yang dipenuhi dengan sentimen api perkauman yang cuba dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab telah memberi justifikasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk secara serius mendokong usaha ini. Sekiranya kita tidak menggerakkan inisiatif untuk menggerakkan idea ini, perpaduan serta keharmonian kaum akan berterusan tergugat.

Read 728 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara "Pink Dot Penang 2014" pada 29 Mac 2014. ABIM membantah penganjuran acara tersebut yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dan berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.

Read 712 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menghantar dua delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke siding “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan 20 Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.

Read 794 times
Rate this item
(0 votes)

While the effort of Malaysian government to further enhance the exercise and enjoyment of civil and political rights in the country by way of repealing the Internal Security Act (ISA) 1960, the Banisment Act 1959 and the Restricted Residence Act 1933 is commendable, Malaysia is definitely paving backwards in coming to its second UPR session by introducing a new set of preventive laws ; the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), Peaceful Assembly Act 2012 (PAA) and the amendment to the Prevention Crime Act 1959 (PCA).

Read 787 times
Rate this item
(0 votes)
Page 89 of 90