×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 279
Sinar Ramadhan 1438H

Street Dakwah Promosi Kempen Menutup Aurat Featured

Dec 08, 2012
Hit: 1152
Written by
Street Dakwah Promosi Kempen Menutup Aurat

8 Disember 2012:-Program Street Dakwah  anjuran bersama ABIM Johor dan Team Hijrah Johor yg melibatkan kehadiran seramai lebih 100 orang seluruh Johor telah diadakan pada 8 Disember 2012 bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru. Program dimulakan pada pukul 11.00 pg dengan sesi ta'aruf pertubuhan-pertubuhan terlibat seterusnya ceramah oleh Us. Syed Muhammad Johor di Masjid An-Nur. Seterusnya, selesai solat Zuhur berjemaah, program diteruskan dengan Solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestine.

Read 1152 times
Rate this item
(0 votes)
Smart Regeneration Camp Perkukuh Jatidiri Remaja

Pada 13 hingga 17 November 2012 bertempat di Wisma Ar-Roudhah ABIM Segamat (WARAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah mengadakan Program Latihan Kepimpinan Muda (LAKIM Siri 1) atau Smart Regeneration Camp (SRC). Program yang berjaya mengumpulkan 33 peserta daripada pelbagai daerah . Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang 6 hari berprogram antaranya aktiviti lapangan yang pastinya tersemat di hati. Selain itu, terdapat juga pengisian daripada WADAH Johor sendiri iaitu perkongsian oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Othman (pensyarah UTM Skudai) dengan tajuk “Aku Dulu Pernah Remaja”. Kini peserta dapat melihat haluan seorang insan yang bergelar remaja  yang kininya telah berjaya dalam hidup. Peserta juga didedahkan dengan kemahiran komunikasi berkesan dan juga tips belajar oleh Pn. Noraini (pengetua SMK Batu Anam).

Read 459 times
Rate this item
(0 votes)

Ekspedisi Tawan Puncak Gunung Irau, Perak

Jan 05, 2014
Hit: 648
Written by
Ekspedisi Tawan Puncak Gunung Irau, Perak

Seramai 28 org peserta telah menawan puncak gunung irau jam 1.15 petang pada 5 Januari 2014. Alhamdulillah, selesai dgn kejayaan program ABIM D puncak gunung irau oleh exco kadersasi ABIM PERAK dgn kerjasama KPIP dan Palong Advanture.

Read 648 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Buat Kunjungan Hormat Ke Atas YB Khairy Jamaluddin

23 Januari 2014 - Delegasi ABIM telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Belia & Sukan (KBS). Delegasi ABIM ini diketuai oleh Presiden, Amidi Abdul Manan, banyak membicarakan mengenai situasi semasa sosio ekonomi di kalangan generasi muda. Antara perkara adalah mengadakan syarahan umum belia persis ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Belia menganjurkan syarahan bersama Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Kali ini kami mencadangkan syarahan bersama anak murid Prof. Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu Dr. Jasser Auda bertajuk 'Maqasid for Youth' untuk mencerahkan belia Islam akan kerahmatan dan keluasan Islam. Program ini disambut baik atas dasar menyuburkan budaya ilmu dan pemikiran tinggi, InsyaAllah pada bulan 5 sempena Hari Belia Negara.

Read 726 times
Rate this item
(4 votes)
Back To School: ABIM Raikan Anak Yatim Sempena Cuti Sekolah

17 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Infaq Saya dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, telah meraikan warga anak yatim dari, Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Warga Asnaf sekitar daerah Gombak, sempena progam Back To School di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Read 538 times
Rate this item
(2 votes)
Presiden ABIM Ketua Misi Pasca Banjir Di Pahang

15 Disember 2013:-(Kuantan) Kerja pembersihan di Sungai Isap Murni, membantu rumah seorang warga emas yang mempunyai masalah kesihatan. SUKAR untuk mengemas rumah yang dinaiki air hampir 4 ke 5 kaki di rumahnya. Hampir semua barang rumahnya rosak. Presiden Abim, Amidi Abd Manan turut bersama dilapangan.

Read 593 times
Rate this item
(3 votes)
Page 84 of 84