×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 281
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 278
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 273
Sinar Ramadhan 1438H
Polemik Negara Islam vs Negara Sekular YB Sibu Tidak Layak Memimpin Rakyat Malaysia

Kenyataan Ahli Parlimen Sibu, YB Oscar Ling yang mahu agar YB Datuk Seri Jamil Khir agar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas dakwaan kononnya jawapan berkaitan status Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sekular adalah amat dikesali.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan ia adalah satu kenyataan yang bersifat jahat dan keterlaluan. Apakah niat asal beliau apabila mengemukakan soalan berkenaan kepada YB Menteri tersebut? Adakah beliau mengisytiharkan bahawa beliau berpendirian menentang negara Islam? 

Read 624 times
Rate this item
(2 votes)
ABIM Mahu JAKIM Jawab Persoalan Isu DNA Babi, Yakinkan Kembali Pengguna

KUALA LUMPUR: Walaupun dua sampel produk coklat Cadbury disahkan bebas daripada DNA babi, namun ia tidak mudah untuk mengakhiri kekeliruan dan keraguan dalam kalangan pengguna. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menegaskan beberapa persoalan perlu dijawab oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung kontroversi Cadbury ini. Antaranya, persoalan mengenai tahap kesahihan tanda halal yang dikeluarkan JAKIM. "Umat Islam memikirkan bagaimana pematuhan terhadap tanda halal itu, kelihatan tidak dipatuhi oleh sebuah syarikat yang besar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Read 399 times
Rate this item
(1 Vote)
Polemik Izwan Abdullah & Muhammad Ridzuan:  Cadangan PM Satu Penghinaan Kepada Mahkamah Syariah

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut. ABIM berpandangan cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara serta menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes-kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahakamah Sivil. 

Read 15225 times
Rate this item
(1 Vote)
Kedutaan Myanmar Biadap! NGO-NGO Gesa Boikot Sukan SEA Di Myanmar!

29 November 2013:- Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abd Rahim telah menghadiri sidang media dengan barisan NGO-NGO Islam yang diketuai Cikgu Azmi Abd Hamid mengutuk keganasan terhadap rohingya dan kebisuan kerajaan myanmar untuk mengekang puak ekstremis ke atas umat Islam di Rakhine, Myanmar. Delegasi tersebut telah menerima layanan tidak baik daripada pegawai kedutaan Myanmar apabila mereka enggan keluar untuk menyambut memorandum yang dikemukakan. "Penerimaan Memorandum paling tidak terhormat pernah dilakukan oleh mana-mana kedutaan asing di Malaysia," jelas Mohamad Raimi kepada Media ABIM.

Read 378 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Johor Buka Cawangan Kedua Sekolah Tahfiz Sains

30 November 2013 - ABIM Daerah Segamat, bakal membuka cawangan Sekolah Tahfiz Sains ABIM Kedua daerah tersebut. CawanganTahfiz ini merupakan sekolah kedua yang ditubuhkan di negeri tersebut selepas di Johor Bahru, pada tahun lalu. Insyaallah Januari 2014 akan bermula, tingkatan 1. Untuk sementara ini, kemasukan terbuka untuk 40 orang sahaja.

Read 2370 times
Rate this item
(1 Vote)
Banjir Kuantan: ABIM Tawarkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

7 Disember - 8 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta ABIM Negeri Pahang telah menggerakkan misi pemeriksaan kesihatan untuk mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan. Misi ini merangkumi beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah Kuantan seperti Sungai Isap, Permatang Badak, Gudang Rasau serta Paya Besar. Misi ini telah digerakkan oleh Biro Kesihatan ABIM (BKA) yang diterajui oleh Dr Safwan Mohamad, Setiausaha ABIM Negeri Pahang. BKA telah dibantu para sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar perubatan beberapa universiti sekitar Kuantan. 

Read 424 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Lancarkan Fasa Kedua Misi Pasca Bencana Banjir Mulai 13 Disember-15 Disember 2013

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah melancarkan 3 misi bantuan banjir serentak sempena cuti umum Hari Keputeraan Sultan Selangor semalam (11 Disember 2013). Delegasi sukarelawan ini telah diketuai oleh Presiden, Amidi Abd Manan serta Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah melawat beberapa kawasan sekitar Chenor, Maran, Pahang. Misi di Maran diselaras oleh Saudara Mahadi Deraman, Exco ABIM Pahang yang juga merupakan Naib Pengerusi 1 Sekretariat Sukarelawan Banjir Majlis Belia Negeri (MBN). Tinjauan dan penghantaran bantuan terpaksa menggunakan beberapa buah bot untuk mengharungi Sungai Pahang. Hal ini kerana jalan utama ke SK Kebangsaan Kertau yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir terputus akibat digenangi air setinggi lebih 2 meter. Perjalanan ke SK Kertau dengan menggunakan bot ini mengambil masa kira-kira 30 minit dalam keadaan hujan lebat.

Read 516 times
Rate this item
(0 votes)
Banjir Pahang : ABIM Terapkan Syariah Compliance Ditempat Perlindungan Mangsa Banjir

14 Disember 2013 - Abim Pahang telah membantu keluarga mangsa banjir menyediakan tirai pelindung, yang membantu melindungi "privacy" @ aurat ahli-ahli keluarga yang terlibat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin di atas sumbangan yang dikemukakan ke arah pusat perlindungan mangsa banjir yang bersifat syariah compliance.

Read 355 times
Rate this item
(0 votes)
HELWA Pahang Salurkan Sumbangan Persekolahan Untuk Mangsa Banjir Kuantan

22 Disember 2013 - Helwa Abim Pahang membawa sekumpulan mangsa banjir yang terdiri dari pelajar sekolah untuk memilih pakaian sekolah. Khusus bantuan berupa kelengkapan sekolah dan alat tulis diberikan. Mewakili penerima (sumbangan kelengkapan sekolah, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan #backtoschool.

Read 390 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Sarawak Anjur Malam Semarak Nasyid 2013

Dec 31, 2013
Hit: 373
Written by
ABIM Sarawak Anjur Malam Semarak Nasyid 2013

Selasa 31 Disember 2013, Perkepis dan Abim Sarawak dengan kerjasama Ajk Masjid At Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Kuching menganjurkan PROGRAM MALAM SEMARAK NASYID SARAWAK sebagai program alternatif untuk menarik belia serta remaja menyertainya.

Read 373 times
Rate this item
(0 votes)
Page 74 of 81