Siaran Media (167)

ABIM Vehemently Condemns Coup D'etat Attempt in Turkey

16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern and resentment at Friday night’s coup d’état attempt announced by a breakaway army faction in Ankara, Turkey. What follows was bombing of the Turkish parliament, purported seizure and blockage of strategic national infrastructures and clashes with the people on streets of Ankara and Istanbul. While Turkish government says it has full control of the capital Ankara, the situation on the ground is still left uncertain as main airports and flights seize operation.

ABIM is closely monitoring the situation in Turkey through our official correspondent and validated sources of information inside the country. Joining hands with peace loving global community, we hope and pray that peace and stability will be restored immediately.

We reiterate our strongest condemnation towards military coup d’etat and the usage of violent force against any fairly and legitimately elected government of the people. We also take this opportunity to call for all Malaysian to pray for the safety of Malaysian Embassy, our diplomatic corps, students and Malaysian citizens across Turkey. Pray for Turkey!

Mohamad Raimi Ab.Rahim, President

Read 1394 times
Rate this item
(1 Vote)
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri Membebankan Rakyat!

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ketiga-tiga kategori yang ditawarkan di pasaran (RON 97, RON 95, dan Diesel) sebanyak 5 sen mulai 1 Julai ini. ABIM menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini hanya akan membebankan rakyat terutama sekali umat Islam yang sedang melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Kenaikan yang tidak kena pada masanya ini bakal meningkatkan kos persiapan, pengangkutan dan perbelanjaan Aidilfitri umat Islam. Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan.

Kenaikan harga barang - seperti yang acapkali berlaku - berhubung kait secara langsung dengan kenaikan kos minyak yang terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga mahupun pengeluar. Dalam konteks inilah majoriti rakyat yang merupakan pengguna akhir akan menerima kesan terbesar, mengambil kira beban Cukai Perkhidmatan dan Perdagangan (GST) yang telah sedia ditanggung rakyat pada ketika ini.

Memandangkan kesan kenaikan harga minyak mencetuskan kesan berangkai dalam pelbagai sektor, ABIM menggesa mekanisme apungan harga minyak ini dikaji semula perlaksanaannya terutama sekali ketika musim perayaan mahupun cuti. Sekitanya dasar ini ingin diteruskan, satu mekanisme kawalan perlu ditetapkan untuk melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya daripada terus terbeban.

Namun soalan dasar yang ingin ABIM pertanyakan ialah “ke manakah perginya subsidi-subsidi (yang dahulunya) diwujudkan melindungi kepentingan rakyat?” Mengapakah subsidi bagi kemaslahatan rakyat terbanyak ini tidak lagi mampu ditampung oleh kerajaan, walhal pada masa yang sama billion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?

Semakin jelas tampak bahawa orientasi ekonomi negara yang semakin jauh dari gagasan Ekonomi Manusiawi meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat, dan bukannya pasaran serta elit penguasa sebagai penerima manfaat terbesar kemakmuran ekonomi.

 

Mohamad Raimi Ab.Rahim Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 1632 times
Rate this item
(0 votes)
Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen & Perundangan Islam : ABIM Gesa Kewaspadaan Semua Pihak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. ABIM menuntut agar usul ini dapat dibincangkan serta dibahaskan secara mendalam dan terbuka ketika sesi persidangan Parlimen akan datang. Tuntutan ini selari dengan pendirian konsisten ABIM yang menjunjung tinggi pengembangan dan pengukuhan amalan perundangan Islam di negara ini. Susulan daripada itu, ABIM juga menuntut agar sesi perbincangan secara telus dan berkesan diadakan dengan pelbagai pemegang taruh (stake holders) termasuk dalam kalangan parti-parti politik dan organisasi masyarakat sivil, termasuk di kalangan bukan Islam.

Ini kerana ABIM berpandangan isu perundangan Islam adalah milik seluruh umat Islam dan bukan milik eksklusif mana-mana pihak sebagai agenda untuk memenuhi kepentingan politik kepartian yang bersifat musim-musiman. Yang jelas, perkembangan ini pastinya akan memberi kesan besar merentasi kaum dan agama di Malaysia memandangkan proses ini bakal berhadapan pelbagai prosedur perundangan dan kerumitan teknikal perundangan yang hingga kini masih samar dan belum dijelaskan sebaik-baiknya.

Justeru ABIM menegaskan cita-cita pelaksanaan perundangan Islam ini harus diselarikan dengan prinsip Maqasid al Shari'ah dengan memastikan tujuannya menepati maksud sebenar pelaksanaannya iaitu menjamin keadilan kepada umat manusia. ABIM ingin memperingatkan semua pihak seandainya isu ini gagal di tangani secara serius dengan persediaan dan penjelasan yang rapi, bahkan hanya bersifat musim-musiman mengikut selera politik kepartian, mudah untuk menjangkakan bahawa polemik ini hanya akan menimbulkan pelbagai reaksi negatif, tohmahan dan salah faham terhadap Islam keseluruhannya. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) --

Read 3416 times
Rate this item
(1 Vote)
Execution Of Sheikh Nizami As Wake Up Call For Human Rights In Bangladesh

Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) STRONGLY CONDEMNS the death sentence imposed on Motiur Rahman Nizami the Amir of Jamaat-E-Islami Bangladesh for so called "crimes against humanity during the country’s bloody 1971 independence struggle from Pakistan". The sentencing had been decreed by the Bangladesh Supreme Court without reasonable proof of the charges against Amir Motiur Rahman Nizami.

This execution is also a sign of the downfall of the nation which is seeing many leaders of Jamaat-E-Islami and other opposition parties being persecuted by unfair and lopsided legal procedures. The sentence proclaimed on Moitur Rahman Nizami (73 years old) has been widely decried all over the world. Renowned contemporary Muslim intellectual, Professor Tariq Ramadan, has lashed out at this corporal punishment as suppressing democracy and against the dignity and rights of man.

The political situation in Bangladesh has drawn broad attention and concern of the international community and the current execution of Sheikh Nizami must be highlighted as wake up call for all who believe in human rights and democracy to voice out our condemn and criticism towards the corrupt leaders and d     ictators of Bangladesh.                                                       

ABIM urges the government of Malaysia to express its firm stand by condemning this tragedy which is battering human rights and democracy in Bangladesh. A clear and compelling position voiced out in this issue shall display our government’s ardent commitment in defending democracy and human rights as well as being the respected voice of the Muslim community on the international stage. It may also save a human life.

Mohamad Raimi Ab Rahim, President, Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).

Read 1524 times
Rate this item
(1 Vote)

Hari Wanita Sedunia 2016 | Penting kita mengingatkan sesama kita tentang jasa ibu. Ia adalah struggle seumur hidup. Tugas ibu jarang diangkat kerana ia dianggap ritual dan bagi kita itulah sepatutnya kerja ibu. Jika setakat itu jasa ibu, tidak perlulah Nabi SAW mengungkapkannya sampai 3 Kali seruan untuk penghormatan kepada ibu. Pagi ini saya ada sedikit kekuatan melihat pengorbanan ibu-ibu Rakyat Syria di sempadan. Menyelamatkan anak dan diri, mendukung dan menenangkan anak. Allah, hanya ibu yang punya kekuatan emosi dan kental sahaja boleh merentas sempadan negara asing sambil menenangkan anak. Sangat luar biasa! Dan wanita yang cerdas emosi inilah yang sering dihina-hina tidak layak memegang jawatan dan menjadi pimpinan kerana emosi. Bagitahu saya, wanita mana yang kuat emosi yang sanggup merentas beribu benua dan lautan hanya mahu menyelamatkan karamah insaniyyah anak-anak nya? Kami juga dihadiahkan kuliyyah BICARA NISA'UL QURAN, kisah Sayyidah Tohirah, Sayydatina Khadijah RA. Kisah Allah dan Jibril mengirim Kan salam kepada Khadijah adalah kisah yang mengagumkan. Ternyata perbahasan ulama adalah bagaimana jawapan Khadijah ketika menerima salam menunjukkan kecerdikan luar biasa Khadijah. Peribadi khadijah disimpulkan sebagai wanita yang punya kedudukan, pengorbanan, kasih sayang dan bijak dalam sejarah. Andai masyarakat kita lebih menghargai ibu dalam konteks yang lebih besar bukan ritual dan acara maka peranan ibu akan dilihat lebih berkesan merentas generasi sebagai umm madrasah. Seorang ibu juga harus struggle sebelum boleh menyebut syurga di bawah tapak kakinya. Struggle itulah yang makin hilang daripada sebahagian kita. Kerana kita disibukkan dengan tugas ritual bukan struggle. Ada banyak pintu ke syurga, menjadi ibu hanyalah salah satu pintunya. Semoga struggle kita sebagai ibu jauh lebih baik kita kerjakan daripada kerja ritual sedia ada. Selamat Hari Ibu! :-Fadhlina Siddiq, Naib Presiden (HELWA) ABIM

Read 1196 times
Rate this item
(0 votes)
Perjuangan Sayydatina Khadijah Dan Hari Ibu 2016

Hari Wanita Sedunia 2016 | Penting kita mengingatkan sesama kita tentang jasa ibu. Ia adalah struggle seumur hidup. Tugas ibu jarang diangkat kerana ia dianggap ritual dan bagi kita itulah sepatutnya kerja ibu. Jika setakat itu jasa ibu, tidak perlulah Nabi SAW mengungkapkannya sampai 3 Kali seruan untuk penghormatan kepada ibu. Pagi ini saya ada sedikit kekuatan melihat pengorbanan ibu-ibu Rakyat Syria di sempadan. Menyelamatkan anak dan diri, mendukung dan menenangkan anak. Allah, hanya ibu yang punya kekuatan emosi dan kental sahaja boleh merentas sempadan negara asing sambil menenangkan anak. Sangat luar biasa! Dan wanita yang cerdas emosi inilah yang sering dihina-hina tidak layak memegang jawatan dan menjadi pimpinan kerana emosi. Bagitahu saya, wanita mana yang kuat emosi yang sanggup merentas beribu benua dan lautan hanya mahu menyelamatkan karamah insaniyyah anak-anak nya? Kami juga dihadiahkan kuliyyah BICARA NISA'UL QURAN, kisah Sayyidah Tohirah, Sayydatina Khadijah RA. Kisah Allah dan Jibril mengirim Kan salam kepada Khadijah adalah kisah yang mengagumkan. Ternyata perbahasan ulama adalah bagaimana jawapan Khadijah ketika menerima salam menunjukkan kecerdikan luar biasa Khadijah. Peribadi khadijah disimpulkan sebagai wanita yang punya kedudukan, pengorbanan, kasih sayang dan bijak dalam sejarah. Andai masyarakat kita lebih menghargai ibu dalam konteks yang lebih besar bukan ritual dan acara maka peranan ibu akan dilihat lebih berkesan merentas generasi sebagai umm madrasah. Seorang ibu juga harus struggle sebelum boleh menyebut syurga di bawah tapak kakinya. Struggle itulah yang makin hilang daripada sebahagian kita. Kerana kita disibukkan dengan tugas ritual bukan struggle. Ada banyak pintu ke syurga, menjadi ibu hanyalah salah satu pintunya. Semoga struggle kita sebagai ibu jauh lebih baik kita kerjakan daripada kerja ritual sedia ada. Selamat Hari Ibu! :-Fadhlina Siddiq, Naib Presiden (HELWA) ABIM

Read 1222 times
Rate this item
(0 votes)
TPP : Five Questions To Malaysian MPs

Finally, after more than two years of mystery, the controversial Trans-Pacific Partnership (TPP) Agreement- “America's biggest secret” has been revealed to the public following persuasions by the NGOs and coalition group of #bantahTPPA.

Public protests, awareness campaigns and conventions had been organized time and again but none of them had succeeded in opening the eyes of the Malaysian government to the concern of the general public on the new trade regime. T

his prompted the group led by Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) to file a Judicial Review on the 4th of November 2015 seeking a court order to stop Putrajaya from signing the TPP Agreement on the basis that the agreement would cause adverse effects on the sovereignty of the Federal Constitution and our domestic legislation.

The suit was filed with the belief that the Judiciary as the supreme interpreter of the Federal Constitution would take a position in protecting the basic structure of the Federal Constitution.

However, despite all the concerns expressed, the application for a Judicial Review was rejected by the High Court on the ground that the trade agreement was yet to be signed. The Role of the Legislature It is now up for the legislature to voice their concerns on the adverse impacts of the TPP.

Although it is a prerogative right of the executive i.e. the Prime Minister to sign the TPP, the statement by MITI to have a special parliamentary session for the TPP to be presented and debated assured a space for the MPs to voice their opinions regarding the matter.

Read 1683 times
Rate this item
(0 votes)
Sejahterakan Umat dengan Dakwah, Sebarkan Rahmat dengan Akhlak al Karimah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan selamat menyambut Maulid ar Rasul bagi tahun 1437 Hijrah kepada seluruh umat Islam. ABIM menyeru seluruh umat Islam agar mengkaji, menghayati dan menterjemahkan segenap dimensi kehidupan junjungan baginda Nabi Muhammad dalam realiti kehidupan hari ini.

Ajaran Islam yang diajarkan oleh baginda Rasulullah sebagai penutup sekalian para Nabi merupakan agama yang serba sempurna; merentasi sempadan zaman dan batasan geografi. Kesempurnaan agama Islam sebagai cara hidup – Islam Nizam al Hayah – menuntut umatnya menyesuaikan prinsip-prinsip yang terkandung di setiap helaian ‘teks’ Al Quran dengan ‘konteks’ dan realiti kehidupan semasa yang pastinya jauh berubah dari zaman kehidupan baginda Nabi SallalLahu ‘alaihi Wasallam lebih 1400 tahun yang lalu.

Read 1530 times
Rate this item
(0 votes)

Mewakili barisan kepimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada 5 Disember setiap tahun. Sesungguhnya ABIM sebagai sebuah organisasi belia Islam amat menghargai sumbangan setiap individu yang tampil sebagai sukarelawan dalam aktiviti dan gerak kerja ABIM di setiap peringkat. Sumbangan kalian telah meletakkan organisasi ABIM berada di kedudukanya yang strategik pada hari ini dalam konteks menawarkan khidmat bakti di pelbagai bidang buat umat, merentas batas sempadan. ABIM mengambil kesempatan ini menyeru agar para pelajar, mahasiswa, belia, beliawanis dan individu prihatin yang berada di luar sana untuk mengembeleng semangat kesukarelawan dalam jiwa dan diri anda. Aktiviti kesukarelawan dan khidmat masyarakat bukan sahaja dituntut oleh ajaran-ajaran penting dalam setiap agama, bahkan manfaatnya terhadap pembangunan rohaniah, emosi, jasmani dan kesejahteraan diri serta negara pastinya memberikan kepuasan diri yang tidak tergambar dengan kata-kata! Tampillah sebagai sukarelawan ABIM. Kami memerlukan anda. Ayuh kita buktikan bahawa sukarelawan mampu mengubah dunia! Selamat Hari Sukarelawan! Mohamad Raimi Ab.Rahim Presiden ABIM

Read 2125 times
Rate this item
(0 votes)
Banjir: ABIM Lancar Tabung Bantuan Bencana

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir untuk berhadapan dengan kedatangan musim banjir. Pelancaran ini dibuat dengan mengambil kira pengalaman bencana banjir yang melanda pada penghujung tahun 2013 serta 2014 yang lalu. Berdasarkan kepada kejadian banjir di daerah Baling, Kedah, Darul Aman serta beberapa kejadian banjir kilat yang melanda kebelakangan ini, maka pihak ABIM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen ini.

Tabung ini dilancarkan bertujuan untuk memelihara kebajikan dan memenuhi keperluan mangsa banjir yang terjejas teruk akibat banjir. Sepanjang Misi Bantuan Banjir pada 2013-2014; ABIM telah menerima sumbangan berbentuk makanan dan keperluan pelbagai daripada agensi dan individu prihatin. Seramai 20,000 isi rumah telah menerima sumbangan tersebut telah dihantar bagi program penyampaian bantuan semasa dan selepas banjir di beberapa negeri termasuklah Perak, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Sebagai langkah persediaan, ABIM menganjurkan bengkel persediaan sukarelawan banjir siri pertama pada 14 November lalu dan siri kedua pada 21 November ini bagi membentuk kumpulan sukarelawan lapangan yang terlatih. Sambutan dan penyertaan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa terhadap bengkel tersebut jelas menunjukkan rasa prihatin masyarakat dan kesediaan membantu apabila diperlukan. ABIM komited melalui penyelarasan dan pengurusan yang tersusun dan teratur di peringkat ABIM seluruh Negara dan hubungan baik bersama agensi berkaitan untuk turut sama membantu misi kemanusiaan bantuan banjir tahun ini.

Sejajar dengan usaha tersebut, ABIM melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir menerusi: Akaun ABIM (Maybank): 5642-2161-0116. dan mengalukan sumbangan bagi bantuan mangsa banjir. ABIM turut mengalukan sumbangan berbentuk berikut;

1. Kit kebersihan (berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala, syampu, pengetip kuku dan tuala wanita);

2. Kain ela (kain pemidang bagi keselesaan keluarga);

3. Keperluan solat (telekung, kain pelikat);

4. Barangan bayi (lampin pakai buang);

5. Makanan keperluan (kering).

ABIM amat mengalukan sumbangan dan kerjasama rapat bersama badan korporat dan agensi yang punya keprihatinan sama termasuklah pengusaha lori dan bas bagi tujuan penghantaran barangan keperluan dan sukarelawan ke lokasi terjejas banjir dan memerlukan.

Atas dasar ini juga, ABIM akan menganjurkan solat hajat dan menyeru seluruh jawatankuasa masjid-masjid surau serta seluruh umat Islam di Malaysia untuk mengadakan solat hajat.

Dalam masa yang sama ABIM merakamkan penghargaan kepada MyVoc (Malaysian Volunteer Community) projek di bawah MBM dan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET), Universiti Selangor yang tampil sebagai rakan strategik. ABIM justeru akan membuka sekretariat operasi dan pusat pengumpulan seperti berikut :

a. Taman Cemerlang, Gombak (Pengarah : Dr. Shahrizal Azwan Samsudin 012-9597 074 Bilik Operasi : Anuar -013-3084 064 dan Fadzlan (014-7261 002)

b. ADAB Youth Garage Seksyen 2, Bandar Baru Bangi (Penyelaras : Mohd Nizam Samsudin – 019-2776 587 Bilik Operasi : Afiq – 018-4645 926) Pusat Pengumpulan bersama;

c. Pusat Jaringan Komuniti (COMNET), Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya (Nor Hafiz -013-6803 763)

Sumbangan boleh juga disalurkan menerusi pautan berikut : https://billplz.com/form/tabungbanjir 

 

 

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR 2015/2016.Bismillahirrahmaanirrahim.Orang tua-tua kata, "Sediakan Payung Sebelum Hujan"...

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Friday, 20 November 2015
Read 1966 times
Rate this item
(0 votes)
Lawatan Obama Ke Malaysia:- ABIM Gesa Malaysia Suara Pendirian Tegas Dalam Isu TPPA & Palestine

Angkatan Belia Islam Malaysia merujuk kepada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack H Obama ke negara ini mulai 20 November 2015. ABIM menilai lawatan beliau ke negara ini strategik dari segi diplomasinya tatkala Malaysia masih berperanan sebagai Pengerusi ASEAN dan di tengah kehangatan isu Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

ABIM melalui penglibatannya dalam gabungan NGO Bantah TPPA menilai wujud ketempangan dan ketidakadilan yang nyata dalam isi kandungan TPPA yang perlu disuarakan oleh kerajaan kepada Presiden Obama. Semenjak isi kandungan draf perjanjian TPPA ini disiarkan secara umum, pelbagai maklumbalas bernadakan kebimbangan terhadap implikasi perjanjian TPPA ini telah disuarakan oleh rakyat dalam pelbagai kapasiti, sektor, serta bidang yang berbeza.

Ternyata kebimbangan ini terbukti benar. Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka serta berdaulat. Malaysia seharusnya berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat. Malaysia tidak seharusnya rasa rendah diri dalam mengambil pendirian terutama sekali dalam isu TPPA dan isu-isu antarabangsa yang menyentuh kepentingan umat Islam di persada global.

Atas dasar ini, pihak ABIM menuntut agar YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dan kerajaan Malaysia agar tidak menandatangani TPPA, demi kesejahteraan negara dan generasi akan datang. Untuk makluman; ABIM telah menfailkan semakan kehakiman berhubung dengan TPPA dan kes ini akan diperdengarkan di Mahkamah Jalan Duta, pada 19 November 2015, jam 9 pagi.

Pada masa yang sama, ABIM sebagai badan gabungan Save Al Quds International Campaign turut menggesa agar YAB Perdana Menteri amenyuarakan secara tegas pendirian umat Islam agar Amerika Syarikat menghentikan samasekali sokongan dan bantuan politik, ekonomi dan ketenteraan kepada sekutu rapatnya Israel yang kini agresif menceroboh Masjid al Aqsa.

Gesaan ini adalah lambang solidariti negara serta rakyat dan rantau ASEAN (selaku pengerusi ASEAN) terhadap perjuangan rakyat Palestin yang ditindas negara “haram” Zionis- Israel.

Mohamad Raimi Ab.Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 1779 times
Rate this item
(0 votes)
TPPA:- ABIM Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada Majlis Penerangan Perdana anjuran UMNO di PWTC pada 14 November 2015 yang turut menyentuh berkenaan dengan isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Ahmad Maslan bahawa “wakil ABIM bersetuju untuk hadir” dan mendiamkan diri sewaktu ruang soal jawab diberikan walaupun dipanggil berkali-kali. ABIM menegaskan bahawa ABIM tidak pernah dijemput oleh penganjur untuk menghadiri program tersebut, apatah lagi mengesahkan kehadiran.

 

 

ABIM Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada Majlis Penerangan Perdana anjuran UMNO di PWTC pada 14 November 2015 yang turut menyentuh berkenaan dengan isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Ahmad Maslan bahawa “wakil ABIM bersetuju untuk hadir” dan mendiamkan diri sewaktu ruang soal jawab diberikan walaupun dipanggil berkali-kali.ABIM menegaskan bahawa ABIM tidak pernah dijemput oleh penganjur untuk menghadiri program tersebut, apatah lagi mengesahkan kehadiran. Justeru itu ABIM kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan seperti yang telah disiarkan oleh media. Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah.Berhubung tindakan ABIM memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap Perdana Menteri, Menteri MiTi dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA ini, ABIM tetap konsisten meneruskan tindakan tersebut di Mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat utk menandatangi perjanjian TPPA. Permohonan tersebut kini sedang melalui proses mahkamah.Pada 4 November yang lalu, ABIM bersama UNGGAS dan TERAS telahpun memfailkan satu Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman terhadap Perdana Menteri, MITI dan Kerajaan Malaysia. Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19.11.15. Justeru mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di Mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip "sub-judice". Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak dari membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut. Oleh itu, ABIM mengesyorkan kepada Ahmad Maslan, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan yang berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap. ABIM juga menilai tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 november hakikatnya adalah merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang telah telah lama menanti saat pendedahan ini yang sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain. Pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak ABIM dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana kami melihatnya sebagai suatu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara.Justeru, ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.Mohamad Raimi AB.RAHIMPresiden ABIM #AhmadMaslan #TPPA #BantahTPPA

Posted by Abim Pusat on Saturday, 14 November 2015

Justeru itu ABIM kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan seperti yang telah disiarkan oleh media. Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah.

Berhubung tindakan ABIM memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap Perdana Menteri, Menteri MiTi dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA ini, ABIM tetap konsisten meneruskan tindakan tersebut di Mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat utk menandatangi perjanjian TPPA.

Permohonan tersebut kini sedang melalui proses mahkamah. Pada 4 November yang lalu, ABIM bersama UNGGAS dan TERAS telahpun memfailkan satu Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman terhadap Perdana Menteri, MITI dan Kerajaan Malaysia. Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19.11.15.

Justeru mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di Mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip "sub-judice". Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak dari membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut.

Oleh itu, ABIM mengesyorkan kepada Ahmad Maslan, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan yang berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap. ABIM juga menilai tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 November hakikatnya adalah merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang telah telah lama menanti saat pendedahan ini yang sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain.

Pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak ABIM dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana kami melihatnya sebagai suatu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara.

Justeru, ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Mohamad Raimi AB.RAHIM Presiden ABIM 

Read 1634 times
Rate this item
(0 votes)
Page 6 of 14

Siaran Media

ABIM Terima Tiga Anugerah ACCIN
Year 2020: Charting the transition in Islamic
ABIM Gesa Dasar Lebih Ketat Buat Pemandu Mabuk
                            ...
Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas Dimensi Peserta Untuk
Solidariti Untuk Umat Islam Uighur: ABIM Gesa
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu Menjelang 2020: Sejauh Manakah
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden Helwa Buat Guru-Guru

#Akhbar #TV

ABIM Terima Tiga Anugerah ACCIN
Year 2020: Charting the transition in Islamic
ABIM Gesa Dasar Lebih Ketat Buat Pemandu Mabuk
                            ...
Hentikan Polemik Pongal
Bengkel Tadabbur Perluas Dimensi Peserta Untuk
Solidariti Untuk Umat Islam Uighur: ABIM Gesa
*ABIM Gesa Tolak Sebarang Usaha Normalisasi Kekejaman Terhadap Etnik Uighur*   Pada 31 Mei ...
Malaysia Baharu Menjelang 2020: Sejauh Manakah
Sudah lebih setahun berlalu semenjak tercetusnya detik keramat 9 Mei 2018 yang merobah tampuk ...
Apresiasi Naib Presiden Helwa Buat Guru-Guru
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd