Siaran Media

Published in Siaran Media

Sejahterakan Umat dengan Dakwah, Sebarkan Rahmat dengan Akhlak al Karimah

Dec 24, 2015 Hit: 522
Sejahterakan Umat dengan Dakwah, Sebarkan Rahmat dengan Akhlak al Karimah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan selamat menyambut Maulid ar Rasul bagi tahun 1437 Hijrah kepada seluruh umat Islam. ABIM menyeru seluruh umat Islam agar mengkaji, menghayati dan menterjemahkan segenap dimensi kehidupan junjungan baginda Nabi Muhammad dalam realiti kehidupan hari ini.

Ajaran Islam yang diajarkan oleh baginda Rasulullah sebagai penutup sekalian para Nabi merupakan agama yang serba sempurna; merentasi sempadan zaman dan batasan geografi. Kesempurnaan agama Islam sebagai cara hidup – Islam Nizam al Hayah – menuntut umatnya menyesuaikan prinsip-prinsip yang terkandung di setiap helaian ‘teks’ Al Quran dengan ‘konteks’ dan realiti kehidupan semasa yang pastinya jauh berubah dari zaman kehidupan baginda Nabi SallalLahu ‘alaihi Wasallam lebih 1400 tahun yang lalu.

 

Menangani perubahan dan dinamika masyarakat era global agar selari dengan panduan Syariat dan kehendak Maqasid Syariah menuntut hikmah yang mendalam, fatonah - kebijaksanaan yang tinggi, sikap yang benar lagi adil serta penolakan terhadap sebarang unsur ghuluw - yakni sikap melampau dalam beragama.

Justeru tatkala arus Islamophobia kembali mewarnai landskap geo-politik pada saat dan detik ini, para pemimpin dan ulama’ harus tampil dengan penuh wibawa menyampaikan mesej Islam sebagai Rahmat lil ‘Alamin , agama yang rahmatnya menyinari dan menyirami seluruh jagat raya meliputi manusia dan seluruh alam kejadian. Islam ialah agama ‘ramah-tamah’ yang mendamaikan, bukan agama ‘marah-marah’ yang hanya menghukum. Inilah agenda penting yang sedang digerakkan secara aktif oleh ABIM melalui penganjuran gerak kerjanya di segenap peringkat, baik di dalam mahupun luar negara.

Inilah mesej dalam misi dakwah baginda Nabi Muhammad SAW, mesej yang telah menyebarkan keindahan Islam ke seluruh pelusuk benua dan memberi manfaat bukan sahaja kepada 1.7 bilion umat Islam pada hari ini, bahkan dunia seisinya. Ayuh! Ayuhlah umat Islam! Keluarlah dari zon keselesaan yang melingkari rutin kehidupan harian dan sampaikanlah, jelaskanlah, serukanlah keindahan ajaran Islam yang telah sepanjang sejarahnya mengeluarkan umat manusia dari belenggu perhambaan manusiawi kepada perhambaan kepada Allah yang Esa semata-mata. Inilah tanggungjawab tabligh – yakni menyampaikan risalah oleh setiap individu Muslim, walaupun dengan sepotong ayat!

Sejahterakanlah Malaysia dan dunia seisinya dengan dakwah, sejahterakanlah kecamukan minda dan jiwa masyarakat dengan siraman ketenangan Islam, sejahterakanlah silang-sengketa umat ini dengan penyelesaian dari suluhan cahaya Al Quran dan Sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Sejahterakanlah umat ini dengan penampilan akhlakmu yang mulia dan terpuji dalam dunia yang semakin kemarun suri tauladan sebagai contoh ikutan!

Akhirul kalam, ABIM menyeru agar setiap usaha dakwah, Islah dan perubahan demi kebaikan umat manusia seluruhnya itu wajib dilaksanakan dengan Akhlak Islamiyyah yang unggul. Baginda Nabi berpesan bahawa“Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak”. Penyempurnaan akhlak, justeru merupakan misi penting pengutusan baginda Rasulullah SallalLahu ‘alaihu Wayangssallam.

Marilah kita semua berakhlak dengan akhlak baginda Nabi Muhammad SAW yang dicintai oleh seluruh para kekasihnya dan dikagumi oleh para penentangnya. Marilah kita bersama-sama kembali menghayati dan menterjemahkan sikap siddiq dan Amanah yang seolah semakin tecabut dari peribadi Muslim dalam segenap dimensi kehidupan peribadi, masyarakat dan negara.

Selamat Menyambut Maulid ar Rasul! Mohamad Raimi Ab Rahim Presiden

Read 522 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia Dengan Puasa dan Hukum
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can We Rely on OIC 'Oh I See'?
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai Agama Rasai Pengalaman Buka
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...

#Akhbar #TV

Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia Dengan Puasa dan Hukum
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...
Qatar-Gulf Crisis: Can We Rely on OIC 'Oh I See'?
By: Ahmad Shahir Abdul Aziz 1) Some may choose to see Qatar as an impediment of Gulf states' ...
Pertubuhan Pelbagai Agama Rasai Pengalaman Buka
Putrajaya: Pelbagai pertubuhan mewakili agama di negara ini berpeluang merasai pengalaman berbuka ...