Siaran Media

Published in Siaran Media

Banjir: ABIM Lancar Tabung Bantuan Bencana

Nov 22, 2015 Hit: 893
Banjir: ABIM Lancar Tabung Bantuan Bencana

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir untuk berhadapan dengan kedatangan musim banjir. Pelancaran ini dibuat dengan mengambil kira pengalaman bencana banjir yang melanda pada penghujung tahun 2013 serta 2014 yang lalu. Berdasarkan kepada kejadian banjir di daerah Baling, Kedah, Darul Aman serta beberapa kejadian banjir kilat yang melanda kebelakangan ini, maka pihak ABIM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen ini.

Tabung ini dilancarkan bertujuan untuk memelihara kebajikan dan memenuhi keperluan mangsa banjir yang terjejas teruk akibat banjir. Sepanjang Misi Bantuan Banjir pada 2013-2014; ABIM telah menerima sumbangan berbentuk makanan dan keperluan pelbagai daripada agensi dan individu prihatin. Seramai 20,000 isi rumah telah menerima sumbangan tersebut telah dihantar bagi program penyampaian bantuan semasa dan selepas banjir di beberapa negeri termasuklah Perak, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Sebagai langkah persediaan, ABIM menganjurkan bengkel persediaan sukarelawan banjir siri pertama pada 14 November lalu dan siri kedua pada 21 November ini bagi membentuk kumpulan sukarelawan lapangan yang terlatih. Sambutan dan penyertaan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa terhadap bengkel tersebut jelas menunjukkan rasa prihatin masyarakat dan kesediaan membantu apabila diperlukan. ABIM komited melalui penyelarasan dan pengurusan yang tersusun dan teratur di peringkat ABIM seluruh Negara dan hubungan baik bersama agensi berkaitan untuk turut sama membantu misi kemanusiaan bantuan banjir tahun ini.

Sejajar dengan usaha tersebut, ABIM melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir menerusi: Akaun ABIM (Maybank): 5642-2161-0116. dan mengalukan sumbangan bagi bantuan mangsa banjir. ABIM turut mengalukan sumbangan berbentuk berikut;

1. Kit kebersihan (berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala, syampu, pengetip kuku dan tuala wanita);

2. Kain ela (kain pemidang bagi keselesaan keluarga);

3. Keperluan solat (telekung, kain pelikat);

4. Barangan bayi (lampin pakai buang);

5. Makanan keperluan (kering).

ABIM amat mengalukan sumbangan dan kerjasama rapat bersama badan korporat dan agensi yang punya keprihatinan sama termasuklah pengusaha lori dan bas bagi tujuan penghantaran barangan keperluan dan sukarelawan ke lokasi terjejas banjir dan memerlukan.

Atas dasar ini juga, ABIM akan menganjurkan solat hajat dan menyeru seluruh jawatankuasa masjid-masjid surau serta seluruh umat Islam di Malaysia untuk mengadakan solat hajat.

Dalam masa yang sama ABIM merakamkan penghargaan kepada MyVoc (Malaysian Volunteer Community) projek di bawah MBM dan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET), Universiti Selangor yang tampil sebagai rakan strategik. ABIM justeru akan membuka sekretariat operasi dan pusat pengumpulan seperti berikut :

a. Taman Cemerlang, Gombak (Pengarah : Dr. Shahrizal Azwan Samsudin 012-9597 074 Bilik Operasi : Anuar -013-3084 064 dan Fadzlan (014-7261 002)

b. ADAB Youth Garage Seksyen 2, Bandar Baru Bangi (Penyelaras : Mohd Nizam Samsudin – 019-2776 587 Bilik Operasi : Afiq – 018-4645 926) Pusat Pengumpulan bersama;

c. Pusat Jaringan Komuniti (COMNET), Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya (Nor Hafiz -013-6803 763)

Sumbangan boleh juga disalurkan menerusi pautan berikut : https://billplz.com/form/tabungbanjir 

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR 2015/2016.Bismillahirrahmaanirrahim.Orang tua-tua kata, "Sediakan Payung Sebelum Hujan"...

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Friday, 20 November 2015
Read 893 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Presiden Jadi Panelis Sidang Antarabangsa "
21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini ...
Harapan : Optimisme Dalam Kewaspadaan
Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tokoh pendidik ...
TQKA-17 Di Gua Musang Uji Ketahanan Daie Haraki
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus Memberikan Impak Kepada
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh, Tapi Rakyat Tak Terasa
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...
ABIM Perak Komited Ketengahkan Advokasi
1hb Ogos 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
ABIM & Komuniti Melayu Cocos Meterai
3hb Ogos 2017 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ...
Menelusuri Kisah Maryam Dari Perspektif Tafsir
Maryam alaihassalam, adalah seorang perawan solehah yang diangkat pengkisahannya di dalam al-Quran. ...

#Akhbar #TV