Siaran Media

Published in Siaran Media

NGO Gesa Pertahankan Kebebasan Akademik

Jul 03, 2014 Hit: 1604
NGO Gesa Pertahankan Kebebasan Akademik

Isu pelanggaran kebebasan akademik telah lama menjadi barah dalam Negara. Menerusi pengenalan akta-akta oleh kerajaan telah mencengkam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menafikan autonomi dan kebebasan akademik yang meliputi pensyarah, mahasiswa serta pentadbir dan kakitangan Universiti sendiri. Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.

 Jika perkara ini berterusan kepercayaan masyarakat terhadap universiti kita akan musnah. Masalah disiplin pelajar, kecelaruan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, merudumnya kedudukan universiti kita di Asia, corotnya ranking negara kita dalam ujian PISA seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan terus melakukan jenayah yang lebih besar terhadap dunia pendidikan negara. Terkini, insiden perletakan jawatan Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah UMCEDEL dengan berlatar belakangkan campur tangan politik adalah tragedi kepada dunia akademia negara.

Kami menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap kejadian ini. Insiden ini (pemaksaan perletakan jawatan Pengarah UMCEDEL) menunjukkan Kementerian Pendidikan gagal mempertahankan prinsip yang paling asas dan terpenting iaitu kelestarian ilmu dan kebenaran. Kegagalan ini bertambah parah apabila berlaku di universiti terunggul Negara.

Oleh yang demikian kami dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya sebarang campurtangan politik dan sebarang percubaan menyekat kebebasan akademik yang berteraskan kebenaran. Maka dengan ini pada bulan ditanzil kitab al-Quran yang berfungsi sebagai al-Furqan (pembeza kebenaran dan kebathilan) melancarkan kempen kesedaran kebebasan akademik untuk Malaysia. Kami juga menegaskan satu kempen untuk mempertahankan kebebasan akademik di Malaysia telah digerakkan bersama menerusi laman sosial (Fb Page Solidarity 4 Prof Redzuan) ‪dan #‎academicfreedom4malaysia‬ serta gerakan di peringkat massa demi kesedaran rakyat .

Amidi Abd Manan (Presiden, ABIM) bagi pihak:-

1) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2) Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
3) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
4) Paksi Seniman Rakyat (PAKSI)
5) Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
6) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
7) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
8) Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
9) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11) Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA/174)
12) Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
13) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
14) Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan
15) Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Cawangan Selangor)

Read 1604 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of Government Soft Power
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...
Apa Hujah Bangsa Melayu Pendatang?
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bahawa orang Hindu yang ...
Pinda Kurikulum UEC sebelum diiktiraf -
*Kenyataan media ABIM diterbitkan pada 9 Julai 2018 Sijil Peperiksaan Bersatu, atau Unified ...
Lindungi Kanak-Kanak Dengan Serius;- Naib
10hb Julai 2018 (Selasa): Alhamdulillah, hari ini HELWA ABIM tampil dalam Sesi Meja Bulat NGO ...
Pemikiran HAMKA : Fiqh Ta'ayush Dalam Pembinaan
28hb April 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, telah dianjurkan Seminar Pemikiran HAMKA: Fiqh Ta’ayush ...
Perlantikan Peguam Negara; ABIM Junjung Titah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tetap
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Kerajaan untuk menubuhkan kumpulan ...

#Akhbar #TV