Siaran Media

Published in Siaran Media

Hormati Hak Orang Kurang Upaya (OKU)!

Sep 21, 2020 Hit: 830
Hormati Hak Orang Kurang Upaya (OKU)!

 

BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA

1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T sudah semestinya mempunyai kelainan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Ini termasuklah berbeza dari segi warna kulit, bangsa, kaum, dan juga keupayaan dari segi fizikal dan mahupun mental.

2. Walau bagaimana pun, kelainan yang berbeza-beza ini tidak sedikit pun mengurangi darjat antara sesama manusia kerana bentuk perbezaan yang dilihat dan dinilai di sisi Allah S.W.T hanyalah tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang semata-mata. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “ Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Al-Hujurat : 13).

3.Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

4. Jesteru, Islam menuntut kita untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain serta melakukan kebajikan dan kebaikan kepada mereka, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini kerana, Islam tidak pernah menyisihkan golongan-golongan tersebut, malah menggesa semua pihak untuk menyantuni mereka dengan adil dan baik. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maaidah: 2)

5. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat segelintir masyarakat kita yang masih kurang sensitif dan peka terhadap hak Orang Kurang Upaya di dalam negara ini. Oleh itu, sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab menjadi agen perubahan dalam kalangan masyarakat, menjadi keperluan untuk kita memahami hak OKU dan mengajak masyarakat umum untuk menghormati hak golongan ini melalui tauladan dan contoh yang baik.

6. Adalah tidak wajar sekiranya mahasiswa tidak menghormati hak OKU, apatah lagi berkelakuan kurang sopan dan menyalahgunakan kemudahan golongan OKU untuk kepentingan diri sendiri. Tindakan-tindakan yang tidak enak ini sudah semestinya mencabuli hak mereka dan mengguris perasaan golongan ini.

7. Oleh itu, semua mahasiswa digesa untuk belajar memahami dan peka terhadap sensitiviti golongan OKU. Mahasiswa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dalam menghormati hak golongan OKU supaya segala bentuk diskriminasi dapat dihapuskan.

Che Aidil Erfan
Aktivis PKPIM

Read 830 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...

#Akhbar #TV

ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!