Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Selar Perjanjian Damai UAE-Israel, Anggap Ia Satu Pengkhianatan.

Aug 18, 2020 Hit: 1629
ABIM Selar Perjanjian Damai UAE-Israel, Anggap Ia Satu Pengkhianatan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam perjanjian damai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata tindakan ini adalah satu tamparan hebat terhadap seluruh umat Islam apabila Abu Dhabi mengiktiraf Israel dan seterusnya akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

"Perjanjian ini membelakangkan sentimen dan harapan masyarakat antarabangsa untuk melihat hak Palestin menjadi sebuah negara merdeka di tanah yang dijajah rejim Zionis tercapai.

"Perjanjian yang mendapat restu dan sokongan kuat Trump yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja 'Deal of the Century' adalah satu pengkhianatan besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Trump dalam satu pengumuman mengejut melalui Twitter berkata, Israel dan UAE berjaya mencapai perjanjian damai.

Katanya, hubungan yang kembali normal antara UAE dan Israel ini adalah satu pencapaian besar dan turut menyifatkan ia sebagai perjanjian damai bersejarah membabitkan dua rakan baik.

AS menganggap peristiwa itu sebagai hari bersejarah dan langkah signifikan ke arah mewujudkan keamanan di Asia Barat sekali gus mengakhiri ketegangan selama 72 tahun di rantau itu.

Muhammad Faisal turut menyeru masyarakat antarabangsa dan semua pihak yang cintakan keamanan untuk melipat gandakan usaha serta kempen bagi memboikot rejim Zionis.

"ABIM konsisten berpegang teguh kepada penubuhan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

"ABIM mendesak kepada semua negara untuk bertindak atas kepentingan kemanusiaan serta kesedaran, berbanding kepentingan ekonomi dan perdagangan dengan pihak Washington semata-mata," katanya.

Sumber: Berita Harian.

Read 1629 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa
Muktamar ABIM Dalam Resam Baharu Tetap
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000 Terbit Buku Bantu
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...

#Akhbar #TV

Our website is protected by DMC Firewall!