Siaran Media

Published in Siaran Media

Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak Pastikan Perintah Kawan Pergerakan Dilaksanakan Dengan Berkesan

Mar 20, 2020 Hit: 263
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak Pastikan Perintah Kawan Pergerakan Dilaksanakan Dengan Berkesan

Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)
20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 H
GESAAN SEMUA PIHAK PASTIKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(RMO) CAPAI MATLAMAT


Kami, Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO) yang dinyatakan di bawah menyeru masyarakat Malaysia untuk berganding bahu menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) untuk menyelesaikan permasalahan wabak Covid19.


Kami khuatir sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) yang memakan masa 14 hari ini gagal, ia bukan sahaja menjejaskan sudut kesihatan masyarakat tetapi juga akan mengancam nyawa lebih ramai rakyat Malaysia. Dalam pada itu, jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) dilanjutkan serta penguatkuasaannya diperluaskan lagi, ia akan membawa lebih banyak kesulitan kepada kehidupan harian masyarakat awam dan lebih merisaukan akan menjurus ke arah kemelesetan ekonomi yang lebih parah.

 

Justeru, bagi memastikan masa depan seluruh rakyat terbela dan situasi semasa dapat dikawal, kami menggesa pihak kerajaan dan rakyat untuk melunaskan perkara-perkara berikut:

1) Pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (RMO). Dalam masa yang sama pihak kerajaan digesa untuk memperbaiki arahan dan komunikasi yang dikeluarkan supaya tidak saling bercanggah antara satu sama lain. Kelemahan yang ketara dari sudut arahan yang dikeluarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) harus diambil iktibar supaya rakyat akan lebih mudah memahami sebarang perintah yang dikeluarkan. Bagi tujuan tersebut, kami mencadangkan dilantik seorang daripada Menteri Kanan untuk dimandatkan mengetuai Majlis Keselamatan Negara agar setiap arahan dan perintah tidak bertindan dan bercanggah antara kementerian dan agensi kerajaan.

 

2) Seluruh Kementerian, Agensi Kerajaan serta Kerajaan Negeri harus berganding bahu memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) dapat dijalankan dengan berkesan. Pihak-pihak berkenaan harus memainkan peranan masing-masing untuk menampung setiap kekurangan yang wujud dari pelaksanaan perintah tersebut. Ini termasuklah peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk sentiasa memantau dan merancang pembekalan makanan dan barangan keperluan harian dari hari ke hari di setiap daerah dan tempat supaya tidak berlaku kekurangan dan pembelian panik seperti yang berlaku pada hari Isnin dan Selasa yang lalu.

3) Kerajaan harus memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) benar-benar difahami sebagai serius oleh rakyat. Justeru, tiada pengecualian dalam Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) harus diberikan kecuali untuk mereka yang sememangnya terlibat dalam rantai pembekalan (supply chain) untuk perkhidmatan perlu (essential services). Pengecualian yang diberikan kepada industri-industri yang tiada isu kehabisan stok seperti industri minyak sawit dan barangan elektrik / elektronik adalah tidak munasabah dan harus ditarik balik. Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dan membuka pintu tuntutan pengecualian dari industri lain, malah akan meningkatkan risiko penularan wabak dan akan mensia-siakan pengorbanan yang dibuat oleh seluruh rakyat dalam tempoh dua minggu ini.

 

4) Bantuan secara berkesan dan meluas harus diberikan kepada golongan terpinggir, termasuk isi rumah B40, keluarga ibu/bapa tunggal, pekerja berupah harian, mahasiswa, golongan tiada rumah atau homeless, golongan pesakit mental, pelarian dan buruh asing. Selain Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan, kementerian-kementerian lain serta Kerajaan Negeri harus turut sama memikirkan secara efektif untuk membantu mereka yang terjejas dari sudut keperluan harian.

5) Jaringan keselamatan berupa jaminan (safety net) harus untuk terus dibekalkan kepada perniagaan khususnya dari kalangan peniaga kecil supaya mereka dapat beroperasi dan membayar gaji dengan lancar serta tidak berhadapan dengan risiko gulung tikar atau membuang pekerja. Ini termasuk:

 

• Lanjutan tempoh penjelasan hutang kepada semua institusi kewangan dan kerajaan.
• Pengecualian/pengurangan atau penangguhan kutipan cukai, sewa, hutang, dan bayaran yang dikenakan.
• Peluasan kemudahan pinjaman mikro dan perkhidmatan kewangan atas talian termasuk dengan mengiktiraf mana-mana Badan Masyarakat Madani (CSO) yang berwibawa dan mempunyai rekod yang baik - dalam masa terdekat supaya mereka yang berkesempitan masih mempunyai pilihan dari terjerat dengan sindiket Ah-Long.

 

6) Seluruh rakyat harus kekal tenang duduk di rumah mengikut nasihat semasa yang dikeluarkan khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam masa yang sama, masyarakat harus bersedia menghadapi situasi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) akan dilanjutkan melebihi dua minggu khususnya dalam perkara melibatkan kewangan dan keperluan hidup seharian.

7) Seluruh rakyat harus membantu mereka yang terlibat dalam profesion perubatan dan kesihatan dengan tidak menambahkan bebanan mereka. Kegagalan kita untuk mengamalkan penjarakan sosial, duduk di rumah, mengamalkan etika batuk dan sebagainya boleh menyebabkan situasi sedia ada berlarutan dan seterusnya boleh melumpuhkan sektor perubatan dan kesihatan kita yang kian menghadapi kekurangan kakitangan dan ubat-ubatan.


Sebagai penegasan, kami menyeru rakyat Malaysia dan pihak kerajaan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mari kita jadikan dugaan ini sebagai peluang untuk membina bangsa Malaysia yang lebih kuat, kental dan prihatin pada masa akan datang.

Kenyataan Media ini disokong oleh:


1) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2) Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)
3) ENGAGE
4) Federation of Chinese Associations Malaysia
5) Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
6) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
7) Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
8) Global Organization of People of Indian Origin (GOPIO)
9) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
10) Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)
11) Institut Kepimpinan Bitara
12) Institute for Political Reform and Democracy (REFORM)
13) Kesatuan Generasi Madani Selangor
14) Kesatuan Pelajar Islam Kelantan (KPIK)
15) Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
16) Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
17) Komuniti Indah Tanjung Aru (KITA), Sabah
18) Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
19) Lawyer Kamek 4 Change (LK4C)
20) LLG Cultural Research Centre
21) Merdeka Uni Education Centre
22) Muslim Professional Forum (MPF)
23) MyPJ
24) Myskill Foundation
25) Persatuan Dermaga Malaysia
26) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
27) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
28) Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
29) Persatuan Mahasiswa Islam Perlis (PERMIP)
30) Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
31) Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
32) Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPWIP)
33) Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
34) Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
35) Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan (APDK)
36) Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS)
37) Pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Malaysia
38) Pertubuhan Pendidik Sejahtera Malaysia (Pendidik)
39) Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS)
40) Pertubuhan SALWA Malaysia (SALWA)
41) Projek Wawasan Rakyat (PoWR)
42) Purplelily Social Association Kuching
43) Pusat KOMAS
44) Sabah Human Rights Centre
45) Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
46) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
47) Siswazah Muda Sabah (SISMA)
48) Tamil Foundation
49) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
50) Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)

Read 263 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Edar Pelitup Muka Percuma Khas Untuk B40
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari Awal Zulhijjah;-Yusuf
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban

#Akhbar #TV

ABIM Edar Pelitup Muka Percuma Khas Untuk B40
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari Awal Zulhijjah;-Yusuf
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd