Siaran Media

Published in Siaran Media

Fiqh Ta’ayush Dalam Timbangan Fiqh Mizan

Nov 05, 2019 Hit: 54
Fiqh Ta’ayush Dalam Timbangan Fiqh Mizan
Sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti bukti dan mukjizat yang jelas nyata, serta Kami telah menurunkan kitab suci bersama-sama mereka dan keterangan yang menjadi mizan (neraca) keadilan supaya manusia dapat memacu kesaksamaan...” (Surah al Hadid: ayat 25)
Fiqh al-Mizan yang diperkenalkan oleh Syeikh ‘Ali Muhyiddin al Qarah Daghi bermaksud mengetahui dan memahami bahawa setiap benda dan perkara itu mempunyai timbangannya yang khusus. Ia merujuk kepada satu disiplin ilmu untuk mengetahui mizan-mizan (timbangan) yang dijadikan penimbang bagi segala bab dalam Islam iaitu akidah, syariah dan manhaj kehidupan, serta cara berinteraksi dengannya mengikut mizannya yang khas.
Dalam pengantarnya dan huraiannya terhadap kitab Fiqh al-Mizan ini, penulis telah menyatakan bahawa ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada dua jenis mizan ketika menghuraikan hubungan melibatkan golongan bukan Islam iaitu;
i. Mizan tentang ketegasan terhadap golongan bukan Islam dari sudut peperangan dan pertempuran.
ii. Mizan tentang kelembutan terhadap golongan bukan Islam dari segi pendakwahan serta mencapai keamanan dan kebersamaan dalam hidup (ta’ayush)
Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia ini, Fiqh al Mizan merupakan penyelesaian, piawaian dan cara yang sahih
untuk memahami kedua-dua bahagian berasaskan nas syarak berkaitan hubungan dan interaksi antara golongan Muslim dan bukan Muslim.
Ayat-ayat al-Quran yang menceritakan hal peperangan membawa ruh kekerasan, kekasaran dan kekuatan serta merayu kepada curahan
segala keringat untuk mencapai kemenangan ke atas musuh atau sekurang-kurangnya melemahkan mereka, mengalahkan mereka
dan memecah-belahkan mereka. Berdasarkan perkara ini, ayat-ayat tersebut yang menunjukkan kekerasan dan kekasaran khusus kepada
hal peperangan dan tidak merangkumi hal selain peperangan seperti dalam keadaan damai dan aman.
“Hendaklah mereka merasakan ketegasan dan kekerasan dalam memerangi kamu. (Surah at-Taubah: 123)
Ayat berikut berada dalam Mizan Peperangan dan maksudnya khusus merujuk kepada kekasaran dan kekerasan pada waktu peperangan dan pertempuran dengan musuh.
Mereka bertegas ke atas kuffar (yang memerangi, menceroboh dan melampaui batas). (Surah al-Fath: 29)
Menurut Syeikh ‘Ali, adapun kuffar yang berdamai atau mempunyai perjanjian damai, maka Islam tidak mengizinan penggunaan kekasaran dan kekerasan terhadap mereka kerana mereka adalah rakyat. 
Mereka mempunyai hak-hak kerakyatan, kewarganegaraan atau kontrak keamanan yang menjadi kewajiban kita untuk memelihara segala perjanjian dan kontrak tersebut.
Sebaliknya, waktu damai atau aman mempunyai mizan yang khas dari aspek perhubungan dengan wujudnya nilai-nilai seperti
lemah lembut, sopan santun, membalas dengan cari yang baik-baik. 
Mizan Perdamaian dan ta’ayush (kebersamaan) berpaksikan dasar berkenalan, berdialog, berkomunikasi, menggalakkan kegiatan bekerjasama, santun-menyantuni dan proses ke arah ketenangan.
Berdasarkan keadaan ini, ditafsirkan semua nas al-Quran dan sunnah yang berkaitan dengan perihal kelembutan, berbicara dengan baik dan
seumpamanya adalah bagi keadaan Mizan Perdamaian dan Dakwah.
Justeru Mizan Perdamaian itu bertunjangkan toleransi, iaitu terdapat padanya nilai bertolak ansur selagi mana tidak sampai kepada keadaan meruntuhkan prinsip-prinsip asas. 
Misalnya dalam Perjanjian Damai Hudaibiyah. Di dalamnya juga terkait Mizan Dakwah yang menuntut pengunaan semua mekanisme semasa dan terkini dan dapat memberikan kesan atau pengaruh yang besar kepada akal- emosi,nasihat, hikmah, kelembutan serta motivasi. Tidak terkecuali dari segi penyebaran seruan tersebut menyampaikan berita gembira serta tidak merenggangkan manusia, di samping berdialog serta mengadakan perdebatan yang lebih baik. Firman Allah dalam Surah al-Nahl, ayat 125:
Hikmah yang dimaksudkan ialah kekerasan itu tidak diletakkan pada ketika aman dan ketika dakwah, kerana medan dakwah itu berdiri di atas asas hikmah, nasihat yang baik dan berdialog secara berhemah.
Neraca Interaksi dengan pihak lain ini adalah berdasarkan kecintaan untuk membawa kebaikan kepada pihak lain. Interaksi bersama mereka hendaklah seiring dengan nilai kebajikan dan ihsan, kecualilah sekiranya mereka melakukan pencerobohan. Pada ketika itu, hendaklah dilaksanakan undang-undang bagi mengakkan keadilan dan kewajaran, sekaligus didahului kemaafan dan kesabaran.
Allah tidak melarang kalian daripada golongan yang tidak memerangi kalian kerana agama dan tidak menghalau kalian untuk kalian berbuat kebajikan dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah mencintai golongan yang menegakkan Keadilan. Hanya sanya Allah melarang kalian daripada golongan yang memerangi kalian kerana agama dan mengeluarkan kalian daripada negeri kalian dan menolong untuk menghalau kalian daripada kalian memberi wala’ (setia) kepada mereka.  Sesiapa yang memberikan wala’ kepada mereka, maka merekalah orang yang zalim. (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8-9)
Menurut Syeikh ‘Ali Muhyiddin al Qarah Daghi, dua ayat ini meletakkan prinsip asas dan umum berkaitan interaksi dengan golongan bukan Islam. Secara ringkasnya, prinsipnya adalah seperti berikut:
1. Hendaklah kita meneruskan dakwah dan tidak berputus asa daripada keislaman mereka.
2. Dakwah tidak terbina atas permusuhan yang berpanjangan atau berlanjutan, kerana kemungkinan ia akan berubah kepada kecintaan dengan keislaman mereka atau saling berdamai atau seumpamanya.
3. Mizan Interaksi ketika keadaan tidak berlaku pencerobohan oleh mereka kepada Muslimin ialah berlaku adil, membuat
kebajikan dan berbuat ihsan.
4. Mizan Interaksi dalam keadaaan pencerobohan dan peperangan ialah membalas dengan seumpanya dan tidak harus memberikan wala’ kepada mereka secara mutlak.
Dalam semua hal tersebut, maka imbalan hatta dalam keadaan ini ialah Keadilan dan tidak melampau batas kebenaran. Pada masa yang sama, teruslah berdakwah kepada kesabaran jika tidak mengakibatkan kemudaratan secara umum. Firman Allah:
Jika kalian membalas, maka balaslah sepertimana kalian dikenakan. Sesungguhnya jika kalian bersabar, nescaya ia adalah
yang terbaik bagi golongan yang bersabar. (Surah an-Nahl: 126)
Read 54 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

 *Meneladani Nabi Muhammad Ṣ.A.W Sebagai Asas
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia & Asas-Asas Kenegaraan :
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay Movements You’ve Never
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of China Must Stop All
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM Jadi Panel Penasihat
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata Berharga Isi Slot Sempena
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to maintaining racial unity, says
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan Keselamatan Kanak-Kanak
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...

#Akhbar #TV

 *Meneladani Nabi Muhammad Ṣ.A.W Sebagai Asas
   *MENELADANI NABI MUHAMMAD ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM SEBAGAI TERAS MEREALISASIKAN ...
Bangsa Malaysia & Asas-Asas Kenegaraan :
Keterbukaan yang dirintis dalam era Malaysia Baharu perlu diisi untuk mengukuhkan perpaduan dalam ...
The Most Important Malay Movements You’ve Never
Could movements like Abim and Ikram be the key to Malaysian unity? IT’S probably a safe bet to ...
People’s Republic of China Must Stop All
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the People's Republic of China to immediately ...
Naib Presiden Helwa ABIM Jadi Panel Penasihat
11hb September 2019 (Rabu): Alhamdulillah, Puan Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden ABIM ...
Modul Diriku Permata Berharga Isi Slot Sempena
25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha ...
Consistency key to maintaining racial unity, says
KUALA LUMPUR: An Islamic NGO said race and religious relations can be improved if there is ...
Helwa ABIM Gesa Jaminan Keselamatan Kanak-Kanak
Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd