Siaran Media

Published in Siaran Media

Seminar Kebangsaan Visi Islam Dalam Aspirasi Malaysia Baharu

Sep 19, 2018 Hit: 126
Seminar Kebangsaan Visi Islam Dalam Aspirasi Malaysia Baharu

1.0 PENGENALAN

• Visi mengikut Kamus Dewan Bahasa sebagai tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam terutama berkaitan dengan perkembangan masa hadapan. Kamus Lengkap Bahasa Indonesia mendefinisikan visi ialah kemampuan untuk melihat pada isi inti persoalan, pandangan dan wawasan. Ini bermakna visi ialah pandangan jauh yang ingin dicapai oleh seseorang, keluarga, organisasi atau negara berdasarkan kemampuan dan keupayaan individu atau organisasi tersebut.

• Visi tercetus dengan adanya peluang dan ruang masa yang mengizinkan. Visi adalah diperlukan agar pembangunan yang dikecapi tidak merosakkan diri sendiri dan tidak mencemarkan persekitaran seperti yang ditegaskan oleh salah-satu matlamat kepimpinan Islam yang menuntut untuk memakmurkan bumi Allah. Pada era Revolusi Perindustrian 4.0 dewasa ini – khususnya pasca Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini; antara isu yang ditekankan adalah visi Islam dalam aspirasi ‘Malaysia Baharu’. Tambahan pula, polemik terhadap kedudukan institusi-institusi Islam semakin hebat dibincangkan secara terbuka.

• Kritikan-kritikan yang ditimbulkan ke atas institusi-institusi Islam kadangkala membawa kepada sikap yang radikal dan sebahagiannya adalah berpunca daripada pandangan sebelah pihak sedangkan tatakelola kehidupan bermasyarakat dalam persoalan yang ditimbulkan bukanlah perkara pokok. Ianya berkisar kepada aturan budaya dan sudut pandangan lazim yang eksklusif. Kadangkala nilai yang dipercayai itu cuba dipaksakan kepada bukan Islam. Perbezaan pendapat dilihat sebagai ‘ancaman’ sedangkan ia adalah nilai sejagat yang diiktiraf oleh Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Islam adalah kerangka utama pembentukan Malaysia dan sebab itulah dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan dengan jelas. Islam tidak menyekat kehidupan masyarakat bukan Islam, sebaliknya, Islam memberikan persekitaran yang lebih baik kepada bukan Islam, kecualilah ada usaha untuk mencabar atau meruntuhkan institusi Islam.

• Justeru itulah, seminar Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu dicadangkan dianjurkan bersempena Muktamar Sanawi Kali ke-47 tahun ABIM.

• Bersempena itu jugalah, satu majlis makan malam bertemakan Perpaduan peserta yang hadir.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman para peserta tentang peranan yang perlu dimainkan oleh umat Islam, khususnya yang terlibat dengan organisasi atau institusi berkaitan Islam;

2.2 Memberi kesedaran nilai-nilai Islam dalam menanggapi masyarakat pasca PRU ke- 14;

2.3 Meningkatkan komitmen umat Islam tentang peranan yang boleh dilakukan untuk menyebarkan Islam selaku agama Rahmat buat sekalian alam; dan

2.4 Memberi persediaan dan gambaran kepada umat Islam dalam mengambil pendekatan baru yang lebih fokus dan pragmatik-realistik, sesuai dengan visi Islam.

3.0 MATLAMAT

• Seminar “Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu” ini dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman masyarakat khususnya umat Islam tentang visi sebenar Islam yang boleh dikembangkan selepas Kerajaan Pusat diambil alih oleh Pakatan Harapan.

• Seminar juga bertujuan untuk membentuk sebuah negara maju yang tidak lari daripada nilai-nilai Islam yang murni lagi universal, selain mempertingkatkan komitmen umat Islam tentang peranan mereka dalam memupuk amalan membudayakan akhlak murni, integriti serta disiplin dalam pekerjaan serta kehidupan seharian. Sementelah, seminar ini diadakan untuk mengukuhkan lagi imej model negara Islam yang seharusnya konsisten menjadi identiti Malaysia sehingga akhir usia dunia.

4.0 PENGANJUR

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Dengan kerjasama

Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

5.0 Tempat Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

6.0 Sasaran (800 sasaran peserta terdiri dari)

ii. Pimpinan Masyarakat

iii. Pimpinan NGO

iv. Pegawai Kerajaan

v. Mahasiswa dan Pelajar

vi. Golongan Pendidik

vii. Individu yang berminat / awam

Read 126 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani
"Memahami Konteks Hak Asasi Dalam Mendepani Cabaran Malaysia Baharu" Disampaikan oleh : Sdra. ...
Kemelut Nilai Politik Sejagat: Demokrasi vs
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Dengan merudumnya amalan dan institusi demokrasi di ...
Karya Dr Hisham Al-Talib Jadi Rujukan Ramai Para
Alhamdulillah, bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ...
TPM Lancarkan Terjemahan Parent - Child Relation
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan ...
Dermaga & Tunas Dermaga Manfaatkan Ramai
Tahun 2018 bermula 4 September 2018, akan disertai oleh 50 buah sekolah Menengah dan rendah di ...
ABIM Kecam Penghapusan Etnik Rohingya; Gesa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menegaskan pendirian serta ...
Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah ...
“Developing A Whole of Government Soft Power
1hb Ogos 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM telah ...

#Akhbar #TV