Siaran Media

Published in Siaran Media

Larangan Bertudung Dalam Industri Perhotelan Adalah Amalan Lapuk

Nov 13, 2017 Hit: 140
Larangan Bertudung Dalam Industri Perhotelan Adalah Amalan Lapuk

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkaitan dengan larangan berkait pemakaian tudung untuk wanita Islam yang ingin bekerja di front line desk hotel-hotel di Malaysia. ABIM menilai kenyataan tersebut secara jelas menafikan hak kebebasan mengamalkan agama dan terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius sebarang isu diskriminasi wanita di tempat kerja. Tambahan pula ia cuba dijustifikasikan atas standard dan polisi antarabangsa. Persoalan yang berikut timbul daripada polemik ini:-

1. Bagaimanakah sesebuah hotel boleh beroperasi dengan menggunakan SOP yang jelas bercanggah dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

2. Sejelas manakah Indeks Syariah yang diwar-warkan menjadi rujukan dan turut meliputi industri perhotelan di negara ini taktala wujud SOP untuk sesebuah hotel menghalang pekerja atau pelatih mengenakan tudung di kaunter khidmat pelanggan (frontdesk)?

3. Apakah ruang yang diberikan untuk para pekerja atau pelatih wanita Muslim untuk menyuarakan hak mereka secara rasmi? Apakah wujud penafian mahupun larangan untuk mereka menyuarakan aduan melalui saluran rasmi hatta melalui kesatuan mahupun NGO pekerja?

4. Apakah konsep Hotel Patuh Syariah yang cuba diterapkan sebagai contoh Kumpulan Hotel De Palma mulai tahun 2008, tidak menepati standard serta piawaian antarabangsa mulai tahun mahupun menjejaskan kualiti industri perhotelan dan pelancongan negara?

Dengan itu ABIM menggesa agar pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung dengan isu ini. Masyarakat memerlukan rujukan mahupun makluman dasar rasmi berhubung isu ini memandangkan ia menyentuh sensitiviti beragama dan hak asasi manusia dalam industri yang cuba mengangkat imej negara di mata dunia.

Amalan bertudung bukanlah suatu amalan yang asing hatta di peringkat antarabangsa yang meraikan sumbangan para tokoh serta professional wanita Muslim dalam pelbagai lapangan. Jangan sampai polemik ini menjejaskan nama baik negara serta industri pelancongan yang integral dengan perkembangan sejagat.

Atas dasar ini, ABIM juga menyeru agar kesemua pendokong hak asasi manusia dan wanita untuk sama-sama memperjuang isu ini secara serius di peringkat nasional sehingga antarabangsa. Larangan pemakaian tudung adalah isu lapuk yang perlu ditentang bukan sahaja dalam kalangan industri perhotelan, hatta dalam setiap lapangan pekerjaan serta industri sekalipun.

Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden (HELWA)

Read 140 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Banjir Pulau Pinang:- Seratus Sukarelawan ABIM
9 November 2017, Seberang Jaya:- Seramai 100 orang aktivis ADAB Youth Garage - AYG, ABIM Selangor ...
Banjir Pulau Pinang: Pelajar SPM / STPM Terima
7hb November 2017: Alhamdulillah, hari ini ABIM Pusat bersama ABIM Pulau Pinang, ABIM Kedah, Global ...
Persidangan Memperingati Shaykh Dr. Taha Jabir
Alhamdulillah, dua aktivis helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ke Amerika Syarikat, ...
Presiden Jadi Panelis Sidang Antarabangsa "
21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini ...
Harapan : Optimisme Dalam Kewaspadaan
Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tokoh pendidik ...
TQKA-17 Di Gua Musang Uji Ketahanan Daie Haraki
Alhamdulillah, telah berlangsung Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2017 di Gua Musang, Kelantan pada ...
Budaya Membaca Harus Memberikan Impak Kepada
5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail ...
Ekonomi Pesat Tumbuh, Tapi Rakyat Tak Terasa
KERAJAAN mengatakan ekonomi bertumbuh lebih daripada 5% untuk suku pertama 2017 dan situasi ini ...

#Akhbar #TV