Siaran Media

Published in Siaran Media

Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian Kesihatan Malaysia Harus Hormati Perlembagaan Persekutuan

Jul 03, 2017 Hit: 93
Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian Kesihatan Malaysia Harus Hormati Perlembagaan Persekutuan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi kelonggaran kepada syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dengan Kementerian tersebut.

ABIM menegaskan bahawa kelonggaran ini amat tidak berasas kerana ia tidak didokong dengan alasan yang munasabah. Bahkan kelonggaran ini jelas bercanggah dengan semangat dan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan.

Perkara 152 (6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “maksud rasmi” adalah apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab utama kerajaan menerusi kementerian-kementerian untuk sentiasa mengangkat, memartabat serta memelihara Bahasa Melayu termasuklah dengan melaksanakan syarat-syarat tertentu seperti syarat Lulus Bahasa Melayu (BM) mengikut standard tertentu untuk penyerapan sebagai kakitangan di mana-mana jabatan kerajaan sama ada secara tetap mahupun kontrak.

KKM harus memahami bahawa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mempunyai falsafah dan tujuan keutamaan tersendiri yang harus disanjungi dan dihormati untuk masyarakat dididik dan digerakkan berasaskan nilai-nilai yang termaktub di dalamnya. Justeru semua pihak harus berusaha gigih untuk menjiwai, menghayati serta mengamalkan nilai yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah dalam Perkara 152 Bahasa Kebangsaan, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan urusan rasmi kerajaan yang merangkumi isu perkhidmatan dan perjawatan, silibus pendidikan di sekolah kebangsaan serta urusan-urusan rasmi lain.

ABIM berpandangan sekiranya pihak KKM masih ingin meneruskan cadangan kelonggaran tersebut, ia pasti akan membuka ruang untuk segolongan dalam masyarakat membelakangkan bahasa Melayu dan peruntukan- peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, pihak ABIM menyarankan agar pihak yang terlibat untuk menyediakan mekanisme khusus yang memudahkan pengambilan peperiksaan subjek BM.

Ia termasuklah penyeragaman waktu peperiksaan, keizinan mengambil subjek BM sebagai subjek tunggal SPM (untuk calon-calon yang bukan dari aliran peperiksaan SPM) termasuklah dalam urusan kemudahan pembelajaran subjek tersebut bagi calon yang terlibat.

Akhir sekali, ABIM berpandangan tidak seharusnya wujud sebarang keraguan terhadap kemampuan Bahasa Melayu membentuk nilai tambah kepada rakyat Malaysia untuk berdaya saing dalam sektor-sektor kritikal seperti perubatan serta jurusan sains dan teknologi, sepertimana yang telah terbukti sehingga ke hari ini.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 93 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Agihan Sumbangan KSSB (Edisi Syawal) Diteruskan
Pada tarikh 8hb julai 2017 (Sabtu), Alhamdulillah, selepas mendapat sambutan baik daripada pelbagai ...
ABIM Abadikan Legasi Hamka Di Maninjau
7-10 Julai 2017:- Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM), telah ke ...
ABIM Dan Keranda 152
Oleh Zairudin Hj Hashim, Exco Media, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1. Keranda 152 diusung ...
Celebrating Eid in The Spirit of Love and Equality
  Improving quality of lives, rebuilding human characters and upholding equal dignities of human ...
Kemuncak KSSB: AIBIM Salurkan Sumbangan Untuk 400
Alhamdulillah, bersama keberkatan Ramadhan serta kemuliaan bulan penuh maghfirah ini, Presiden ...
Ramadhan Kembangkan Aktivisme Anak Muda
Ipoh , 17 Jun 2017, :- Program kemasyarakatan yang digerakkan menerusi Sinar Ramadhan 1438H dan ...
Pimpinlah Kami :- Saravanan @ Subhasini
10 tahun dahulu, kes Subashini mengemparkan negara, dengan tuntutan cerai daripada suaminya kerana ...
KSSB Telah Bantu 1,300 Penerima
Alhamdulillah. Iya sahabat-sahabat, sumbangan kalian sedang kami agih-agihkan kepada mereka yang ...

#Akhbar #TV