Siaran Media

Published in Siaran Media

Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen & Perundangan Islam : ABIM Gesa Kewaspadaan Semua Pihak

May 30, 2016 Hit: 1898
Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen & Perundangan Islam : ABIM Gesa Kewaspadaan Semua Pihak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. ABIM menuntut agar usul ini dapat dibincangkan serta dibahaskan secara mendalam dan terbuka ketika sesi persidangan Parlimen akan datang. Tuntutan ini selari dengan pendirian konsisten ABIM yang menjunjung tinggi pengembangan dan pengukuhan amalan perundangan Islam di negara ini. Susulan daripada itu, ABIM juga menuntut agar sesi perbincangan secara telus dan berkesan diadakan dengan pelbagai pemegang taruh (stake holders) termasuk dalam kalangan parti-parti politik dan organisasi masyarakat sivil, termasuk di kalangan bukan Islam.

Ini kerana ABIM berpandangan isu perundangan Islam adalah milik seluruh umat Islam dan bukan milik eksklusif mana-mana pihak sebagai agenda untuk memenuhi kepentingan politik kepartian yang bersifat musim-musiman. Yang jelas, perkembangan ini pastinya akan memberi kesan besar merentasi kaum dan agama di Malaysia memandangkan proses ini bakal berhadapan pelbagai prosedur perundangan dan kerumitan teknikal perundangan yang hingga kini masih samar dan belum dijelaskan sebaik-baiknya.

Justeru ABIM menegaskan cita-cita pelaksanaan perundangan Islam ini harus diselarikan dengan prinsip Maqasid al Shari'ah dengan memastikan tujuannya menepati maksud sebenar pelaksanaannya iaitu menjamin keadilan kepada umat manusia. ABIM ingin memperingatkan semua pihak seandainya isu ini gagal di tangani secara serius dengan persediaan dan penjelasan yang rapi, bahkan hanya bersifat musim-musiman mengikut selera politik kepartian, mudah untuk menjangkakan bahawa polemik ini hanya akan menimbulkan pelbagai reaksi negatif, tohmahan dan salah faham terhadap Islam keseluruhannya. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) --

Read 1898 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Buku "Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam"
8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku "Masa ...
Wanita & Gerakan Keilmuan
7hb Mei 2017 (Ahad): Alhamdulillah, bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, telah ...
ABIM Lancar Buku "Masa Depan Strategik
1hb Mei 2017 (Isnin): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Buku "Masa Depan Strategik ...
Vaksinasi MMR Untuk Komuniti Rohingya Kuantan.
ISNIN | 24 APRIL 2017 | Vaksinasi MMR Komuniti Rohingya Kuantan. Ia bertujuan mencegah dari ...
RUU 164 & Fiqh Co-Existence
Sesetengah kelompok menilai agama hari ini sebagai punca kepada keretaan institusi keluarga, ...
ABIM Gesa Hentikan Polemik RUU 355
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan ...
Ustaz Naim Wakili ABIM Ke Sudan; Kenang Legasi
Ucapan Penghormatan kepada Syeikh Dr. Hassan At-Turabi, di Majlis Memperingati Pemergian beliau ...
KAMAR Mula Dianjurkan Ke Arah Memimpin Pengukuhan
1 April 2017, Kuala Terengganu; Helwa ABIM Terengganu dengan kerjasama LPPKN Negeri Terengganu ...

#Akhbar #TV