ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

AG bantah usaha ABIM halang kerajaan tandatangani TPPA

Dec 01, 2015 Hit: 588

Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan dua NGO lain untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak boleh mendengar kes itu kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya. "Mahkamah tidak boleh membicarakan isu-isu perjanjian antarabangsa dan keputusan dasar," kata Shamsul. Hujahan lanjut mengenai isu ini akan dibuat oleh peguam Hanif Khatri Abdulla pada 12 Januari akan datang. Berikutan itu, beliau berkata, permohonan berkenaan akan didengar. Permohonan berkenaan dibuat supaya Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Najib, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kerajaan daripada meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga semakan didengari dan diputukan mahkamah. Antara tuntutan dibuat ialah mewajibkan responden mededahkan teks perjanjian TTPA dan faedah yang bakal diperolehi kepada umum. Rundingan TPPA dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, AS dan teks dokumen itu dijangka disiapkan penghujung bulan ini untuk dibentangkan di parlimen. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016. Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam. Sumber:- Malaysia Kini

Read 588 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Larangan Bertudung Dalam Industri Perhotelan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...
ABIM Dukacita Isu Pindaan Akta 164 Dimanipulasi
Sumber:- Arif Atan (Malaysia Dateline) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan ...
Isu Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Doktor :
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Timbalan Perdana ...
Syarat Lulus Bahasa Melayu :- Kementerian
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Kementerian ...
Memberdaya Manusia Dengan Puasa dan Hukum
Seluruh alam menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kedatangan bulan Ramadhan sebagai hadiah dari ...

#Akhbar #TV