ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Belia: Harta Guam Usul 7 Langkah Penyelesaian

Nov 24, 2015 Hit: 734

Belia adalah antara golongan yang paling terkesan dengan masalah kenaikan harga rumah. Masih ramai belia yang belum mampu memiliki rumah sendiri, khususnya mereka yang bekerja di bandar-bandar besar. Justeru, untuk mengatasi masalah tersebut, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil segera, sama ada di pihak belia itu sendiri mahupun di pihak kerajaan. Di antaranya termasuklah:-

1. Belia disarankan membeli rumah lelong kerana adakalanya harga lelongan yang ditawarkan adalah di dalam kategori harga mampu milik.

2. Kerajaan diminta untuk mewujudkan skim pembelian rumah secara sewa beli khusus untuk golongan belia.

3. Bank-bank hendaklah mewujudkan skim pinjaman atau dana khas kepada golongan belia untuk membeli rumah dan mempermudahkan proses kelulusan pinjaman tersebut. Setakat ini Bank Simpanan Nasional mula mewujudkan skim sedemikian. Bank-bank lain juga harus turut serta berbuat demikian.

4. Belia disarankan untuk membeli rumah di tempat mana mereka ingin menetap selepas pencen. Contohnya, jika kampung halaman mereka di Kuala Lipis, mereka disarankan membeli rumah di Kuala Lipis pada masa ini dengan harga yang masih mampu milik dan sewakan rumah tersebut untuk jana pendapatan sampingan sebelum tiba waktu pencen.

5. Belia juga disarankan membeli tanah pertanian yang berpotensi secara berkongsi dengan rakan-rakan atau adik beradik dan menguruskan sendiri proses pecah lot tanah pertanian tersebut menjadi tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya kelak. Cara ini lebih murah dan menjimatkan berbanding beli tanah lot yang ada geran individu.

6. Kerajaan juga digesa supaya lebih telus dan efisyen mempromosikan Skim Perumahan Mampu Milik di kalangan belia dan mengurangkan karenah birokrasi dalam proses pemilihan untuk mempastikan lebih ramai belia yang layak memperolehi skim perumahan tersebut.

7. Kerajaan perlu bina rumah mampu milik untuk belia di kawasan yang mudah mendapat pengangkutan awam misalnya berdekatan dengan stesen LRT dan sebagainya. Ia membolehkan belia mampu berjimat dengan menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke mana-mana. - Sumber asal: http://www.themalaysianinsider.com

Read 734 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Nilai & Prinsip Hidup Asas Kepada Primary
15hb April 2018: “Mereka yang mencapai kepada kejayaan yang utama (primary greatness) adalah mereka ...
ABIM Akan Lancarkan Jelajah Daurah Usul Fiqh Ke
11 April - Pimpinan ABIM Sabah dan Pengurusan Home Tuaran bersama-sama mengadakan kunjungan hormat ...
ABIM Dilantik Sebagai Anggota Majlis Sukarelawan
4 hb April 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Kewangan ABIM, Sdr. Syahrir Azfar Saleh telah ...
Pembubaran Parlimen & 10 Perkara Penting
  Susulan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April 2018 yang diumumkan Perdana Menteri setelah ...
Institusi Pendidikan ABIM Perlu Melahirkan
Alhamdulillah, telah berlangsung Ihtifal Majlis Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Sekolah Rendah dan ...
Politik Perubahan Adalah Politik Pembebasan &
19hb Mac 2018 (Isnin): Alhamdulillah, dengan topik menarik, “Wanita dan Politik Perubahan”, wakil ...
Sumbangan ABIM dan FGIS Diiktiraf Jabatan
11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan ...
Wisma Darul Hikmah ABIM Jengka Dibuka
28hb Januari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, Ketua Biro Kesihatan ABIM, Dr. Zhafri Ismadi telah ...

#Akhbar #TV