ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Media Digesa Beri Ruang Kepada NGO Kemanusiaan Syria

Mar 25, 2015 Hit: 674

KUALA LUMPUR – Media tempatan disarankan bekerjasama dengan NGO yang berhubung secara langsung dengan rakyat Syria bagi mendapatkan laporan berita yang sebenar tanpa sebarang manipulasi oleh media asing.

Naib Pengerusi Syria Care Malaysia (SC), Kapten (b) Mohd Asri Abdul Khalek berkata, kerjasama itu penting bagi mengelakkan Syria terus dibayangkan sebagai negara yang dihuni pengganas.

“Sebab itu, keperluan media bekerjasama dengan NGO itu sangat penting. Kami ada sumber sendiri dan semuanya telah ditapis. Sumber itu memang dari sana dan sahih. Tujuan kita untuk beri kefahaman. Jadi, kita mahu media sentiasa bekerjasama dapatkan maklumat dari NGO.

“Apabila sebarang berita sampai ke media barat, sudah tentu mereka akan buat satu isu yang menguntungkan mereka dan merugikan Islam sendiri,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media Empat Tahun Tragedi Kemanusiaan Syria, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa NGO yang sering ke Syria dalam misi bantuan kemanusiaan telah menyedari militan IS sebagai kelompok yang ekstrem sebelum ia digembar-gemburkan pihak media barat dan tempatan lagi.

“NGO ini maklumatnya langsung dari Syria sendiri dan sebelum kewujudan ISIS ketika adanya ISIL lagi, kita dah kesan bahawa mereka ini kelompok yang ekstrem. Sebab apa NGO yang paling awal tahu kerana kita sering keluar masuk (Syria) dan kita ada hubungan dengan NGO di sana serta berhubung dengan para ulama di Syria.

“Begitu juga kalau kami menghantar misi bantuan di mana kami tidak boleh lari daripada kelompok yang ‘guide’ dan memberi perlindungan. Mereka ini kumpulan yang wujud dan memperjuangkan secara betul...menentang kezaliman,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memohon agar media tempatan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama di Syria bagi menyedarkan masyarakat apa yang berlaku di negara itu sebenarnya.

“Tiga perkara iaitu kezaliman Bashar (Presiden Syria, Bashar al-Assad) bukan terlalu fokus ISIS. Kita sedar ISIS memang pengganas namun kita minta supaya media fokus pada isu kezaliman Bashar.

“Kedua, perjuangan rakyat yang bangkit berhadapan dengan rejim yang zalim. Ini juga perlu difokuskan. Ketiga, apakah keperluan rakyat Syria? Sama ada yang berada di dalam atau di luar Syria,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut berpandangan bahawa IS telah dimenangkan oleh media dengan liputan meluas hingga mereka mendapat ruang yang besar untuk publisiti. Sumber: Akhbar Sinar Harian

Read 674 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Kehilangan Allahyarham Shahrul "Peshawar" Sangat
17hb April 2017 (Isnin): Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ingin merakamkan ucapan ...
Kemenangan Bantah TPPA Adalah Untuk Rakyat!
16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan Putrajaya:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim mendedikasikan ...
ABIM Reiterates Call To Reform OSA 1972
14th of November 2016 Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) refers to the case of Rafizi Ramli who ...
ABIM Vehemently Condemns Coup D'etat Attempt in
16 July 2016:- The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express our deep concern ...
Kenaikan Harga Minyak Menjelang Aidilfitri
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman kenaikan harga minyak untuk ...

#Akhbar #TV