ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

ABIM Mahu JAKIM Jawab Persoalan Isu DNA Babi, Yakinkan Kembali Pengguna

Jun 02, 2014 Hit: 913
ABIM Mahu JAKIM Jawab Persoalan Isu DNA Babi, Yakinkan Kembali Pengguna

KUALA LUMPUR: Walaupun dua sampel produk coklat Cadbury disahkan bebas daripada DNA babi, namun ia tidak mudah untuk mengakhiri kekeliruan dan keraguan dalam kalangan pengguna. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menegaskan beberapa persoalan perlu dijawab oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung kontroversi Cadbury ini. Antaranya, persoalan mengenai tahap kesahihan tanda halal yang dikeluarkan JAKIM. "Umat Islam memikirkan bagaimana pematuhan terhadap tanda halal itu, kelihatan tidak dipatuhi oleh sebuah syarikat yang besar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada masa yang sama, ABIM berpendapat, JAKIM perlu memberi keyakinan terhadap pengguna bahawa syarikat pengeluar produk makanan mematuhi standard serta menjamin kehalalannya. "Walaupun kita memahami ia hanya terjadi dalam kelompok produk tertentu (Cadbury Dairy Milk Hazelnut & Cadbury Dairy Milk Roast Almond), namun adakah ia akan berterusan sebegitu?" ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menggesa syarikat Cadbury dan pemain industri makanan secara umumnya, sentiasa bertanggungjawab terhadap produk keluaran masing-masing. Presiden ABIM itu mengulas kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengesahkan dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan bebas DNA babi.

Jamil juga menyifatkan keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar. Tinjauan Astro AWANI di media sosial pula mendapati rata-rata umat Islam masih menyuarakan keraguan berhubung status halal coklat tersebut.

Sumber : Astro Awani

Read 913 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Krisis Kemerosotan Institusi Politik Dan
 Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) "Sistem politik ...
Turki Hargai Usaha Malaysia Bantu Pelarian Di
23hb Mei 2019 (Khamis): Majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak pelarian Rohingya dan Syria ...
ABIM Raikan Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Menjelang
Pada 28hb Mei 2019 (Selasa): Alhamdulillah, ABIM telah menganjurkan “Program Membeli-belah ...
ABIM Sarawak Pertubuhan Belia Terbaik Ketiga
Bangi, 15 Mei 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah dinobatkan sebagai ...
Infaq Ramadhan: Dari Umat; Untuk Umat.
Assalamualaikum w.b.t. . Tuan dan Puan Yang Dirahmati Allah, ABIM mempelawa penyumbang yang ...
Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan 2019 Dekatkan Antara
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit Beras 2019 Sasar Bantu
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...

#Akhbar #TV