ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Peserta Kem Muhibah Kenali Tulisan Jawi, Kebudayaan Cina Dan India.

Dec 20, 2019 Hit: 325

 Sumber Gambar:- Free Malaysia Today.

Berita Asal:-Jangan musnah keharmonian Malaysia, pelajar beritahu pemimpin politik

BANGI: Pelajar berbilang bangsa dalam sebuah kem muhibah menggesa pemimpin politik tidak memusnahkan keharmonian negara dengan retorik agama dan kaum, susulan kenyataan panas yang disuarakan mereka ketika memperjuangkan hak dan kedudukan sesuatu bangsa seperti isu tulisan jawi.

Pekajar di sebuah sekolah menengah swasta, Aden Tan Shen Yeh, 17, berkata, sebagai anak muda yang bakal mencorak negara pada masa depan, beliau tidak mahu rakyat Malaysia terus terperangkap dalam isu perkauman yang hanya membawa kemudaratan.

Baginya, selepas 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, rakyat seharusnya menerima dan menghormati kepelbagaian serta perbezaan yang ada kerana ia merupakan identiti Malaysia di mata dunia.

“Rakyat Malaysia hidup berbilang agama dan kaum, jadi tidak seharusnya melabelkan mana-mana pihak dengan gelaran dan membawa persepsi tertentu terhadap kaum lain seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Bagi saya, inilah masalah terbesar kita sejak merdeka lagi. Saya amat berharap pada masa depan, rakyat Malaysia dapat tangani masalah ini dan menjadi rakyat yang lebih baik,” katanya sewaktu ditemui FMT pada Kem Muhibah 2019 selama 3 hari yang julung kali diadakan di Sungai Ramal dekat sini.

Tan antara kira-kira 80 pelajar berbilang kaum dari Lembah Klang yang menghadiri kem anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), 2 pertubuhan dilihat sering menyuarakan isu berkaitan masyarakat Melayu dan Cina.

Tan mengakui agak takut dan kekok bercampur dengan rakan sebaya dari bangsa dan agama berlainan kerana khuatir tidak diterima mereka.

“Saya secara sukarela melibatkan diri dalam kem muhibah ini. Di sini, saya dapat belajar beberapa perkara berkaitan tulisan jawi, bahasa Arab dan Tamil. Ia pengalaman yang menarik buat saya kerana saya sudah keluar dari zon selesa.”

Katanya, beliau tidak mahu detik dan memori hitam yang dilalui negara pada 13 Mei 1969 berulang.

Baginya, cukuplah kejadian rusuhan kaum yang berlaku itu kekal dalam lipatan sejarah serta dijadikan pedoman buat generasi muda.

Pemimpin politik berkhidmat untuk rakyat.

Pelajar sekolah aliran agama, Hanis Naqeebah Hasri, 15, menasihati pemimpin politik supaya terus berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya lantang memperjuangkan nasib serta kedudukan bangsa tertentu.

“Saya tidak pernah ada rakan dari kaum Cina dan India, di sini saya amat seronok kerana dapat bertukar-tukar ilmu dan berkongsi pandangan dengan rakan lain. Saya masih baru dalam mengenali masyarakat Malaysia yang lain.

“Jadi, tidak patut (pemimpin politik bertelagah dan membangkitkan isu sensitif). Kita hidup di atas tanah yang sama, kita menyanyi lagu Negaraku yang sama, maka bekerjalah untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sokongan sama turut diberikan Vijay Rajah, 16, yang menuntut di sebuah kolej kemahiran di Perak.

Katanya, Malaysia akan menjadi sebuah negara “sunyi” sekiranya hanya didiami satu kaum saja.

“Ibu bapa turut sokong hasrat saya untuk sertai kem ini, bercampur dengan rakan dari kaum dan agama yang berbeza. Saya tidak mahu rakyat Malaysia bergaduh, berbaik-baiklah. Jagalah keamanan negara ini,” katanya.

Perpaduan bukan sekadar konsep

Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Lee Chee Chong berkata, beliau tidak mahu perpaduan dalam negara ini terus dianggap satu konsep, sebaliknya tindakan harus diambil untuk memelihara keunikan di Malaysia.

“Ia memberi peluang kepada generasi muda untuk menikmati kepelbagaian budaya dan juga mempunyai kesedaran menyingkirkan pemikiran stereotaip dan diskriminasi berdasarkan kaum. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Exco Selangor, Ng Sze Han pula berkata, persekitaran masyarakat yang kurang bergaul dengan kaum dan bangsa lain ketika ini antara punca kepercayaan antara rakyat berbilang kaum semakin melebar.


“Saya beri contoh isu tulisan jawi. Isu ini mempunyai 2 pandangan yang amat berbeza. Bagi komuniti Melayu, mereka berpandangan apa salahnya dipelajari, namun komuniti bukan Melayu beranggapan tulisan jawi merupakan satu proses Islamisasi.

“Isu ini timbul bagi saya kerana tidak ada kepercayaan antara kaum. Bagi saya ini merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi Malaysia Baru.

“Jadi, kem ini adalah amat penting untuk menyediakan wadah kepada anak muda supaya mempunyai sikap toleransi,” katanya.

Read 325 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Edar Pelitup Muka Percuma Khas Untuk B40
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari Awal Zulhijjah;-Yusuf
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban

#Akhbar #TV

ABIM Edar Pelitup Muka Percuma Khas Untuk B40
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari Awal Zulhijjah;-Yusuf
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban
Our website is protected by DMC Firewall!