Print this page

ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Masyarakat Orang Asli Dibantu Lanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Pengajian Islam

Sep 30, 2019 Hit: 402
Masyarakat Orang Asli Dibantu Lanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Pengajian Islam

 Tawar Orang Asli, Mualaf Ambil Diploma

MADRASAH Pengajian Islam (MPI) - Islamic Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas memberi penekanan kepada penuntut Orang Asli dan saudara baru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam pengajian Islam.

Pengerusinya, Hassan Awang berkata, bermula bulan ini, seramai 13 penuntut sedang mengikuti pengajian di kolej di Kampung Kuau, Bachok yang diwakafkan oleh individu. Katanya, sebelum ini, Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) hanya menawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja.

“Di peringkat diploma, tempoh pengajian yang perlu diikuti adalah selama tiga tahun berbanding peringkat sijil yang mengambil masa tujuh tahun bergantung kepada kemampuan pelajar. “Selain pelajar Orang Asli dan saudara baru, kita juga mensasarkan penuntut dari Kemboja yang ingin mendalami ilmu agama di sini sekali gus dapat membimbing komuniti di kawasan mereka setelah tamat pengajian nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Elektrik oleh Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd yang dirasmikan Pengarah Urusan Kemudi Timur, Shabki Abdullah di Outreach ABIM Kelantan, Kok Lanas, Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu, Shabki berkata, dalam majlis berkenaan, pihaknya turut menyampaikan sebuah televisyen sebagai alat bantu mengajar supaya penuntut Orang Asli di pusat ini mengetahui perkembangan semasa.

“Penyerahan sumbangan ini adalah rentetan daripada program Kibar Jalur Gemilang yang diadakan bersama kira-kira 100 pelajar Orang Asli Islamic Outreach ABIM pada bulan lalu.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini sudah lebih 10 tahun dijalankan oleh syarikat kami untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi syarikat bersama komuniti setempat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 3:47 PM

Read 402 times
Rate this item
(0 votes)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd