ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Mangsa Tsunami Banten Terkejut Lihat Sukarelawan Malaysia

Jan 10, 2019 Hit: 29
Mangsa Tsunami Banten Terkejut Lihat Sukarelawan Malaysia

Oleh : Zanariah Nor Zin

Mangsa tsunami Banten di Kecamatan Sumur menyambut kehadiran sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama krew Bernama News Channel (BNC) dengan perasaan gembira bercampur linangan air mata.

Mangsa tsunami, Dasep, 31 tahun menyapa mesra wartawan BNC, Zanariah Nor Zin sewaktu rombongan berhenti di salah satu kedai tepi jalan untuk mengisi data internet.

“Allahuakbar kak, saya tidak sangka sukarelawan dari Malaysia sanggup ke sini menziarahi kami. Kampung kami jauh kak.. pedalaman. Terima kasih sanggup kerah tenaga datang ke sini” 

Dasep kehilangan anak perempuan berusia 3 tahun dan bayi lelaki berusia 22 hari dalam kejadian tsunami 22 Disember lepas. Menurut Dasep, dua hari sebelum kejadian isterinya Nur, 27 tahun kerap kali mengajak dia pulang ke rumah ibu bapanya di Citangkil.

“Isteri saya kerap kali ajak pulang ke rumah ibu bapanya kerana sering mengadu tidak sedap hati namun disebabkan saya masih mempunyai kerja untuk disiapkan, perkara itu ditangguhkan dahulu”

“Kuasa Allah, 22 haribulan ombak besar datang ketika kami sekeluarga sedang tidur, anak dan isteri dibawa arus, saya sendiri hanyut sejauh 3 kilometer dari tapak rumah”

Menurut Dasep, isterinya ditemui keesokkan hari manakala dua anaknya ditemukan meninggal dunia. Sewaktu pertemuan kami, Dasep sedang membuat salinan sijil kematian anak-anaknya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Rumah saya hancur, anak-anak meninggal dunia. Tinggal saya dan isteri. Salinan sijil kematian ini akan saya serahkan kepada pemerintah untuk mendapatkan bantuan meneruskan kelangsungan hidup”

Pertemuan selama 15 minit itu diakhiri dengan linangan air mata baik mangsa tsunami bernama Dasep, mahupun saya sendiri yang cukup terkesan dengan kejadian menimpa mereka.

Perjalanan kemudian diteruskan ke Pantai Sumur untuk menyerahkan sembako (sembilan bahan asas masakan) kepada 57 keluarga. GPM Malaysia akan menyerahkan set pakaian sekolah kepada anak-anak mangsa tsunami petang ini.

Misi ini dijangka berlangsung sehingga 24 Jan ini dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui talian www.billplz.com/peduliselatsunda atau deposit ke Bank Global Peace Mission di akaun Maybank Islamic (5642-2161-1602); Bank Islam (1402-30100-29224); dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871).

Lima orang terdiri daripada dua wakil GPM dan wartawan Bernama Muhammad Afiq Mohd Asri turut serta dalam misi kali ini. Tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, berlaku ekoran pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau yang diikuti gombang air pasang serta gelombang kuat.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan sehingga kini lebih 400 orang maut, manakala 30,000 hilang tempat tinggal.

Sumber:- BERNAMA

Read 29 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Backs Syed Saddiq's Criticism Against
KUALA LUMPUR: The Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) lauded the strong position opted by Syed ...
ABIM calls for mutual respect and tolerance to
ABIM calls for mutual respect and tolerance to avoid being trapped in racial prejudice. KUALA ...
ABIM Gesa Kaji Potongan Gaji PTPTN
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel Perlu Dibicarakan Di ICC
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin Fadzil Dilantik Sebagai
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...

#Akhbar #TV