ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Anak-Anak Palu Cuba Bangkit.

Nov 19, 2018 Hit: 492
Anak-Anak Palu Cuba Bangkit.

PALU - INDONESIA. Menyaksikan sendiri bumi terbelah di depan mata pastinya menjadi mimpi buruk buat anak-anak mentah yang baru mengenal dunia. Tanggal Jumaat, 28 September 2018 merakam Kota Palu dibadai bencana alam itu bukan sahaja membenam ribuan korban namun ia juga menenggelamkan semangat anak-anak kecil yang menjadi saksi bencana terburuk yang membadai kediaman, sekolah, masjid dan padang permainan harian mereka.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama Sinar Harian berkunjung ke Desa Sidera Kecamatan Sigi Biromaru di Sulawesi Tengah, dalam usaha menyembuhkan luka dihati anak-anak kecil dan cuba menyuntik kegembiraann di wajah-wajah suci tidak berdosa untuk kembali hidup penuh semangat menempuh kehidupan.

Kira-kira 50 anak-anak diajar menyanyi, menari, membuat origami, mewarna, kitar semula dengan bantuan enam relawan GPM yang mempraktikkan modul "psikological first aid (PFA)" yang bertujuan menggembirakan dan membuatkan mereka lupa detik hitam yang menghantui mimpi malam mereka.

Kesemua mereka kelihatan teruja dan gembira menyambut kedatangan "kakak-kakak relawan GPM dari Malaysia" dan terhibur dengan semua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak kecil berusia antara 2 hingga 12 tahun itu tinggal di daerah yang terjejas akibat bencana alam tersebut ternyata sukar melupakan kejadian yang meranapkan tanah kelahiran mereka.

Selain aktiviti berkumpulan yang meriah mereka juga dihadiahkan ole-ole dari Malaysia seperti coklat dan keropok Upin Ipin ternyata sangat digemari anak-anak kecil di kawasan terjejas gempa tersebut. Wakil Helwa Abim Biro Psikosiosal GPM, Nor Azmiza Mamat berkata, aktiviti PFA ini disusun untuk menggembirakan dan memulihkan semangat kanak-kanak yang terjejas gempa bumi.

"Pelbagai aktiviti menghiburkan diselit panduan menjaga kebersihan dan kitar semula turut diajar kepada anak-anak di sini. "Selain daripada dapat berhibur dan gelak ketawa bersama rakan-rakan sekampung, sedikit sebanyak aktiviti ini dapat membuatkan mereka melupakan detik hitam tersebut," katanya.

Sementara itu, ditanya berkenaan malam kejadian saat Palu dibadai bencana, seorang gadis kecil berusia 8 tahun, Naya Suyono berkongsi detik hitamnya pada hari kejadian tsunami yang telah merobohkan masjid tempat dia dan teman-temannya sedang mengaji saat bangunannya roboh akibat gegaran dan rekahan tanah.

Gadis manis yang sedang mengaji al-Quran itu melihat sendiri depan dengan sepasang matanya saat sebahagian masjid runtuh akibat pergerakan tanah impak tsunami dan gempa.

"Ketika kejadian pada Maghrib itu, saya dan teman-teman sedang mengaji al-Quran tiba-tiba kedengaran seperti mobil (kereta) berlanggar, dentuman kuat itu disertai bangunan musola ini runtuh. "Kami bertempiaran melarikan diri ke rumah sebelah, saya lihat sendiri tanah di depan ini bergerak, beralun dan pagarnya roboh, kami semua terkejut dan takut namun tidak tahu untuk buat apa," cerita Naya penuh emosi.

Teman Naya, namanya Windi, 11 pula mengatakan ketika malam hitam itu dia sedang menonton televisyen di rumah bersama ibunya. "Saya dengar bunyi kuat di luar rumah, dinding dan lantai bergegar mujur saja saya sempat lari jika sedikit lambat pastinya saya sudah terkorban ditimpa almari.

"Saya dan ibu berlari keluar, kami berdua berlindung di kandang lembu di belakang rumah. Di situ saya lihat lumpur deras menghanyutkan rumah termasuk tetangga saya juga. Kejadiannya sangat pantas semuanya tertimbus sekelip mata," ujar Windi yang sukar melupakan fenomena malam 28 September itu. Seorang kanak-kanak lelaki, Naufal, 5 tahun bersama abangnya, Abi, 8 tahun berada di rumah bersama nenek mereka pada malam kejadian.

"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, disusuli bunyi seperti ombak besar. Saya iqamah manakala Abi melaungkan azan kami berdua bersama nenek lari ke dapur untuk menyelamatkan diri.

"Nenek bertanya, adakah hari ini sudah kiamat? Kami berdua terus melaungkan iqamah dan azan malah pada masa sama kami nampak pohon-pohon besar, rumah hanyut dibawa arus deras bahkan lantai rumah kami bergerak, ia sangat menggerikan," kata Naufal lagi. Ketika kejadian gempa melanda, penduduk di kampung melihat tanah di daerah ini bergerak, berputar, dan bergeser.

Sumber:-Sinar Harian.

Read 492 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan 2019 Dekatkan Antara
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit Beras 2019 Sasar Bantu
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang Politik Identiti Sejagat
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah : Sebuah Lontaran
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para Pejuang Bahasa Tegaskan
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...

#Akhbar #TV

Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan 2019 Dekatkan Antara
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit Beras 2019 Sasar Bantu
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang Politik Identiti Sejagat
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah : Sebuah Lontaran
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para Pejuang Bahasa Tegaskan
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...