ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

BN, HARAPAN Disaran Debatkan Manifesto

Apr 12, 2018 Hit: 287
BN, HARAPAN Disaran Debatkan Manifesto

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan debat terbuka membabitkan kedua-dua wakil daripada BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) diadakan sempena PRU ke-14 ini. Saranan ini merujuk kepada manifesto pilihan raya yang telah dilancarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini. ABIM menegaskan debat terbuka ini penting ke arah membudayakan amalan politik yang sihat sehingga akar umbi. Menerusi medium ini rakyat berpeluang untuk menilai dan seterusnya membuat perbandingan di antara manifesto yang diketengahkan BN serta HARAPAN.

Dengan medium ini juga membolehkan rakyat berinteraksi secara terbuka dan menyuarakan keprihatinan mereka mengenai manifesto yang dikemukakan. ABIM menilai kedua-dua manifesto dikemukakan mempunyai kelainan serta perbezaan yang memerlukan penjelasan tuntas daripada wakil BN dan HARAPAN. Selain itu, pentas ini juga membolehkan rakyat menilai sejauh mana manifesto pilihan raya yang dikemukakan kedua-dua pihak terlaksana semenjak 2013 baik di peringkat pusat dan peringkat negeri.

Dari sisi calon pula, menerusi debat terbuka wacana sihat ini akan memudahkan calon daripada parti masing-masing menjelaskan manifesto parti dengan lebih berkesan dan praktikal kepada kelompok pengundi yang disasarkan di kawasan yang mereka bertanding. ABIM menilai ia akan menganjak budaya politik ke paradigma baru yang lebih matang tanpa dibayangi amalan kempen berasaskan sentimen, kebencian, fitnah dan adu domba semata-mata. Manifesto adalah indikasi perancangan kedua-dua pihak untuk tempoh lima tahun akan datang selepas PRU ke-14 yang pastinya akan menyentuh kepentingan rakyat.

Rakyat perlu diberikan akses untuk membolehkan penilaian secara rasional dan matang dibuat. Apatah lagi kita menganjak ke zaman keterbukaan susulan yang semakin bercambah seiring dengan kesedaran rakyat dan percambahan saluran sosial media. Atas dasar tersebut ABIM menyambut baik keterbukaan sebarang organisasi dan para pengamal media untuk memberi ruang kepada debat-debat sebegini berlangsung. Kedua-dua pihak juga perlu diberikan akses yang sama rata oleh pihak organisasi dan para pengamal media.

Tambahan pula PRU ke-14 kali ini dijangka menarik penyertaan ramai pengundi seperti yang terbukti pada PRU ke-13 lalu serta tinjauan sentimen yang diketengahkan oleh Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerusi Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM ialah presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read 287 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Gesa Kaji Potongan Gaji PTPTN
[Kenyataan Media ABIM] 6hb November 2018 Bersamaan 28 Safar 1440 H ISU PTPTN: ABIM GESA ...
Penjenayah Perang Israel Perlu Dibicarakan Di ICC
[Kenyataan Media] ABIM DESAK MASYARAKAT ANTARABANGSA KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS PESERTA ...
Dato' Dr Siddiq bin Fadzil Dilantik Sebagai
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. ...
Video: Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh
Tonton video Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Al-Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu Di ...
Fiqh al-Muwatanah Dalam Naratif Malaysia Baharu
Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era ...

#Akhbar #TV