ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Edmund Terence Gomez: Pembangkang Akan Disokong Jika Dibiaya Dengan Telus

Dec 15, 2017 Hit: 24
Edmund Terence Gomez: Pembangkang Akan Disokong Jika Dibiaya Dengan Telus

MASYARAKAT sivil mahu pembangkang menyediakan sistem pembiayaan yang telus, kata ahli akademik, Profesor Terence Gomez. Pensyarah di Universiti Malaya itu berkata pembangkang akan memperoleh sokongan penuh sekiranya memilih untuk telus mengenai pembiayaan politik mereka.

"Yang saya tahu, masyarakat sivil kecewa apabila ahli politik kita tidak memberikan sebarang maklum balas," kata Gomez dalam forum mengenai pembiayaan politik di Kuala Lumpur hari ini. Beliau juga mempersoalkan mengapa pembangkang menolak cadangan masyarakat sivil supaya mengesahkan pembiayaan awam. Ini kerana cadangan mereka itu penting, katanya.

"Jika ada pembiayaan awam, bermakna ia mengurangkan kelebihan BN dari segi kewangan, dan menjadikan pilihan raya lebih kompetetif. Ikut teori, itu yang akan berlaku.

"Dan anda memerlukannya (pembiayaan awam) bukan hanya semasa pilihan raya tetapi semasa bukan pilihan raya untuk demokrasi yang berfungi lebih baik. Parti-parti politik memerlukan wang. Supaya mereka boleh berfungsi dengan baik," katanya sambil menambah perlu ada pendedahan jika ada pembiayaan awam kepada parti politik.

Tambah Gomez lagi, jika terdapat permintaan untuk pembiayaan awam, reformasi institusi juga perlu dibuat. Pada 2015, G25 bersama 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah mengemukakan satu kajian mengenai reformasi pembiayaan politik kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Kajian itu mengandungi cadangan kepada Putrajaya untuk menjadikan pembiayaan politik lebih telus dan bertanggungjawab melalui undang-undang baharu, seperti dilaporkan akhbar The Sun. Pada tahun lalu, Gomez berkata pembangkang tidak menyokong cadangan Transparency International (TI) untuk mekanisme pembiayaan politik secara sah.

Beliau seterus ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan berkenaan cadangan itu. Gomez berkata dia menemui Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ketika itu bersama PAS, di lobi untuk mendapatkan sokongan cadangan itu.

Pada September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low berkata undang-undang untuk mengawal pembiayaan politik untuk parti akan siap pada pilihan raya umum ke-15. “Akta ini tidak sempat dikemukakan untuk PRU14 tetapi akan siap untuk PRU15."

Menurut Low, dana awam dan persendirian ada dibincangkan dalam rundingan menyiapkan draf akta berkenaan tetapi banyak pihak membantah penggunaan dana awam kerana tidak mahu melibatkan duit cukai rakyat. – 15 Disember, 2017. Sumber "- The Malaysian Insight.

Read 24 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Baitul Maqdis: Presiden ABIM Seru Dunia Bangkit
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, bersama barakah hari Jumaat, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi ...
Diskusi Belia: Belia Di Era Revolusi Industri 4.0
Generasi ini adalah kelompok pemuda yang peka dengan persekitaran global, mampu membaca suasana, ...
Forum Public Funding Of Political Parties :
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjadi penganjur bersama ...
Dialog Isu Alam Sekitar; Menyingkap Idea-Idea
14hb Disember 2017 (Khamis): Alhamdulillah, Exco Ikhtisas ABIM, Sdri Fatin Nor Majdina Nordin telah ...
Banjir Pulau Pinang:- Seratus Sukarelawan ABIM
9 November 2017, Seberang Jaya:- Seramai 100 orang aktivis ADAB Youth Garage - AYG, ABIM Selangor ...
Banjir Pulau Pinang: Pelajar SPM / STPM Terima
7hb November 2017: Alhamdulillah, hari ini ABIM Pusat bersama ABIM Pulau Pinang, ABIM Kedah, Global ...
Persidangan Memperingati Shaykh Dr. Taha Jabir
Alhamdulillah, dua aktivis helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ke Amerika Syarikat, ...
Presiden Jadi Panelis Sidang Antarabangsa "
21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini ...

#Akhbar #TV