ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Enam Puluh Anak-Anak Asnaf Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

Dec 23, 2017 Hit: 416
Enam Puluh Anak-Anak Asnaf Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 20 DIS: Seramai 60 anak-anak asnaf dan muallaf hari ini menerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2018 dalam program Penyampaian Sumbangan Projek Baju Sekolah 2017 di Pasaraya Mydin USJ, di sini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, bantuan itu merupakan aktiviti tahunan bertujuan membantu persiapan persekolahan pelajar kurang berkemampuan.

“Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Pengurusan Zakat, Affin Islamic Bank dan individu yang menyalurkan dana berjumlah RM12,000 dengan setiap anak-anak mendapat peruntukan RM200 bagi membeli persiapan persekolahan.

“Ini adalah tahun kelima program ini diadakan di mana kebanyakan anak-anak ini dipilih daripada keluarga asnaf melalui Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dilaksanakan pada bulan Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, program yang bermula sejak 2012 itu turut mendapat kerjasama daripada sukarelawan ABIM yang terdiri dariapada golongan muda.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dan diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Pengurusan Zakat, Jabatan Penyeliaan Shariah Affin Islamic Bank, Helmi Afizal Zainal berkata, ia adalah kerjasama kedua dijalankan pihaknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. “Ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kami lakukan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya. Sumber:- Selangor Kini

Read 416 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Jurulatih PEKA Berikrar Didik Masyarakat Utamakan
28hb Januari 2019: Alhamdulillah, ABIM bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan ...
Helwa ABIM Jayakan Program Perintis Pemberdayaan
17hb November 2018: Alhamdulillah, Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin (Exco Biro Ikhtisas ABIM) telah ...
Aktivis Lelaki Dan Wanita Perlu Berganding Bahu
17hb Disember 2018 (Isnin) : Alhamdulillah, Presiden, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan ...
[Video} Ke Arah Reformasi Sistem Pilihanraya Dan
Video : Reformasi Sistem Pilihanraya dan Pengukuhan Demokrasi: Sudut Pandangan Indonesia dan ...
Taski ABIM: Perintis Kegemilangan Tamadun Khayra
Oleh: Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM) Aisyah R.A ketika ditanya bagaimana akhlak ...
Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau
Membentangkan makalah berjudul "Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau Pesan-pesan Imam ...
Nasihatul Muluk Bina Adab Kenegaraan Dalam
Naṣīḥat al-Mulūk karya Imām al-Ghazālī adalah merupakan sebuah karya yang tergolong dalam genre ...
Berkomunikasi Dengan Al-Qur'an
What kind of relationship between you and Qur'an? Sesi "Transformational Teaching" dimulakan Dr ...

#Akhbar #TV