ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Unity Convoy Dijangka Tiba Ke Syria Pada 4 Mei 2017

Apr 21, 2017 Hit: 75
Unity Convoy Dijangka Tiba Ke Syria Pada 4 Mei 2017

SEPANG: Seramai 20 sukarelawan dari Malaysia berlepas ke United Kingdom hari ini bagi menyertai misi kemanusiaan, Konvoi Perpaduan Ambulans Untuk Syria. Ketua Misi Konvoi Perpaduan Ambulans dari United Kingdom ke Syria, Mohamed Muaz Mohamed Ruslan berkata tujuan utama konvoi adalah untuk menghantar kira-kira 100 ambulans lengkap dengan keperluan perubatan ke Syria.

Katanya, kesemua sukarelawan Malaysia akan menyertai lebih 150 sukarelawan antarabangsa dari beberapa negara lain termasuk Australia, Jerman serta Indonesia berkumpul di United Kingdom dan akan bergerak dari United Kingdom ke Syria pada Isnin ini dan dijangka tiba di Syria 4 Mei ini. "Mereka akan memandu sendiri menelusuri bumi Eropah hingga ke Idlib, Syria dengan menaiki kira-kira 100 ambulans dilengkapi dengan keperluan perubatan yang disumbangkan pelbagai pihak termasuk tujuh ambulans dari Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebelum berlepas ke United Kingdom sebentar tadi. Turut menyertai konvoi berkenaan adalah wartawan BH, Syed Azwan Syed Ali. Katanya, kesemua sukarelawan dari Malaysia yang berumur 19 hingga 35 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ada yang berkhidmat sebagai guru.

Mereka terdiri daripada aktivis kemanusiaan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan termasuk Malaysian Life Line for Syria (MLLFS), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Global Peace Mission Malaysia dan Humanity Heroes.

Sementara itu, Penolong Ketua Misi Misi Konvoi Perpaduan Ambulans dari United Kingdom ke Syria, Syahrir Azfar Salleh berkata, konvoi berkenaan adalah inisiatif NGO di peringkat antarabangsa yang berpusat di United Kingdom dan MLLFS bertindak sebagai koordinator di peringkat serantau.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my

Read 75 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Celebrating Eid in The Spirit of Love and Equality
  Improving quality of lives, rebuilding human characters and upholding equal dignities of human ...
Kemuncak KSSB: AIBIM Salurkan Sumbangan Untuk 400
Alhamdulillah, bersama keberkatan Ramadhan serta kemuliaan bulan penuh maghfirah ini, Presiden ...
Ramadhan Kembangkan Aktivisme Anak Muda
Ipoh , 17 Jun 2017, :- Program kemasyarakatan yang digerakkan menerusi Sinar Ramadhan 1438H dan ...
Pimpinlah Kami :- Saravanan @ Subhasini
10 tahun dahulu, kes Subashini mengemparkan negara, dengan tuntutan cerai daripada suaminya kerana ...
KSSB Telah Bantu 1,300 Penerima
Alhamdulillah. Iya sahabat-sahabat, sumbangan kalian sedang kami agih-agihkan kepada mereka yang ...
Ihya Ramadhan Kampung Wakap
8 Ramadhan 1438H / 4 Jun 2017, Kota Belud :- Team ABIM Sabah telah selesai mengadakan Program Ihya ...
KSSB Ramadhan 1438H : Anda Hulurkan! Kami
2 Jun 2017, Kuala Lumpur:- Alhamdulillah, semenjak ia dilancarkan mulai 20 Mei yang lalu, Kempen ...
ABIM Lancar Filem Pendek "Buang" Untuk Kempen
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2017 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melancarkan filem pendek berjudul ...

#Akhbar #TV