ABIM @ #Akhbar (93)
Malaysia’s Global Peace Mission
WITH great hope, the Muslim Youth Movement Malaysia (Abim) along with international communities
celebrated the enforcement of the Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons (TPNW) on Jan 22.
TPNW is a result of a mutual agreement arising from several international conferences and dialogues, including the three conferences on the Humanitarian Impact of Nuclear Weapons in Oslo (March 2013), Nayarit (February 2014) and Vienna (December 2014).
Abim is confident that the enforcement of the TPNW will have a positive impact on global peace, particularly in saving human lives from the devastation of war involving nuclear weapons.
At the same time, Abim applauds the commitment shown by Malaysia in becoming the 46th country to ratify the treaty on Sept 30,2020.
Apart from the TPNW, Malaysia has ratified almost all international treaties related to disarmament, arms control and non-proliferation of nuclear weapons. This is a commitment by Malaysia as a proponent of a global peace mission.
May all international citizens regardless of colour, religion, and boundary of states live together in peace and enjoy their rights to a better quality of life.
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ , President, Muslim Youth Movement Malaysia (Abim)
Sources: The Star
Kepelbagaian Satu Kelebihan Buat Malaysia: Nazir Razak
SHAH ALAM - Kepelbagaian merupakan satu kelebihan istimewa Malaysia dan ini bermakna rakyat boleh menikmati paling banyak manfaat, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak.
Beliau berkata, rakyat boleh mendapat manfaat berkenaan sekiranya mereka dapat memastikan bahawa kepelbagaian tersebut boleh berfungsi untuk kebaikan dan sekiranya masyarakat lebih inklusif serta boleh bekerjasama merentasi sempadan identiti.
"Sewaktu saya menerajui Kumpulan CIMB, saya telah berusaha keras untuk menyerapkan kepelbagaian dan memupuk tenaga kerja yang inklusif.
"Dari segi bangsa, kumpulan umur, jantina mahupun agama, saya kerap campur tangan untuk memastikan kepelbagaian dapat berfungsi secara baik.
"Saya selalu mengingatkan kakitangan bahawa integrasi bermakna kami harus menentang apa yang datang secara semula jadi serta menepis naluri suku kita atau 'our tribal instincts' yang menyukai apa yang serupa dengan dan biasa untuk kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Bangsa Malaysia 2021 secara maya anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada Sabtu.
Pada perasmian itu, beliau turut melancarkan buku bertajuk 'Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa Malaysia' karya Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Sementara itu, Mohamed Nazir turut memetik kata-kata bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu: “Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita sama-sama mengingati bahawa perpaduan merupakan kekuatan asas kita sebagai satu rakyat dan satu negara".
Menurut Mohamed Nazir, Bapa Kemerdekaan Malaysia itu melihat bangsa Malaysia sebagai masa depan negara yang baharu dan satu hala tuju untuk maju ke hadapan.
"Mereka sedar, ia bukan sesuatu yang mudah. Apabila kita tersilap langkah seperti di tahun 1969, mereka telah memperkenalkan pembaharuan dan dasar baharu. Namun mereka tidak pernah menyimpang dari agenda yang asal," katanya.
Sumber: Sinar Harian
‘Cuci’ Rasuah Bermula Dari Peringkat Atasan.
SHAH ALAM - Rantaian jenayah rasuah di Malaysia kini sudah menjadi pandemik apabila ia melibatkan ahli politik dan pegawai bawahan.
Bolehkah OKU buta isi borang bantuan dalam talian? [METROTV]
![Bolehkah OKU buta isi borang bantuan dalam talian? [METROTV]](/media/k2/items/cache/fc5d9d8578a06f6d4c69c78df34d3f3a_S.jpg)
Kuala Lumpur: Semua platform permohonan bantuan dan insentif Covid-19 diumumkan kerajaan perlu disediakan dalam bentuk lebih mesra orang kurang upaya (OKU) terutama golongan masalah penglihatan supaya mereka tidak tercicir menerima manfaat.
Empat Tuntutan ABIM Sempena Pilihan Raya Sabah.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Sabah merujuk kepada suasana pilihan raya negeri (PRN) Sabah kali ke-16 yang kini dalam fasa berkempen.
Kehangatannya dirasakan bermula dengan penamaan calon pada 12 September 2020 yang lalu, dan berakhir dengan kemuncak hari pembuangan undi pada 26 September 2020 akan datang.
PRN Sabah kali ini menyaksikan sejumlah 447 orang calon bakal berentap merebut 73 kerusi bagi seluruh negeri Sabah, dengan jumlah pemilih berdaftar sekitar 1.124 juta orang yang akan menentukan masa depan mereka, iaitu kurang sepuluh hari lagi dari sekarang.
Pihak kami meyakini bahawa pilihan raya yang dijalankan di Sabah kini, merupakan suatu medan bagi memanifestasikan kuasa rakyat dalam menentukan masa depan bersama dengan memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Oleh yang demikian, pilihan raya haruslah menjadi suatu medan yang benar-benar telus dan berintegriti. Justeru, keputusan pilihan raya nanti haruslah dihormati kerana ia mencerminkan penghormatan kepada pilihan rakyat.
Namun begitu, Abim Sabah menyatakan kekecewaan kami atas fenomena pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang berlaku mutakhir ini, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri Sabah, sehingga menuntut kepada pembubaran DUN seterusnya membawa kepada pilhan raya yang terpaksa diadakan dalam suasana negara menghadapi ancaman Covid-19.
Keadaan ini jelas menunjukkan betapa para politikus begitu rakus merebut kekuasaan sehingga sanggup menggadai prinsip dan nilai serta mengkhianati mandat rakyat. Adakah mereka menganggap bahawa rakyat boleh diperlakukan sewenang-wenangnya?
Hampir 80 peratus calon yang bertanding bagi PRN Sabah kali ini berusia 40 tahun ke atas dengan calon paling tua berusia 75 tahun. Muka-muka lama dengan budaya politik lama masih membayangi medan siasah Sabah. Adakah kita masih mampu mempercayai para politikus yang sekian lama “bermain wayang” di persada politik tanah air ini?
Oleh yang demikian, Abim Sabah, mewakili sebahagian segmen belia dan anak muda Sabah, dengan ini menyenaraikan empat hasrat dan tuntutan sempena PRN Sabah kali ini:
Pertama, “Katakan tidak kepada politik kotor”:
Kami mendesak calon-calon yang bertanding sama ada mewakili parti-parti politik ataupun bebas supaya meninggalkan budaya politik kotor yang selama ini menjadi norma dalam pilihan raya seperti rasuah, samseng, fitnah dan budaya politik tidak matang. Fokus kepada perancangan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kedua, “Hormat mandat rakyat”:
Kami memberi amaran kepada calon-calon yang bertanding agar menghormati mandat rakyat sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, dan jangan sewenang-wenangnya berubah menjadi “katak jijik” yang “melompat” dan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan. Rakyat bukan mainan, dan jangan sesekali menyangka bahawa rakyat boleh dibodohkan. Rakyat Sabah mempunyai karamah insaniah (kemuliaan insan) yang wajib dihormati dan dipelihara.
Ketiga, “orang muda mesti turun mengundi”:
Kami menyeru golongan muda khususnya belia berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun yang merangkumi 43.74 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar, agar turun mengundi pada 26 September 2020 ini, dan bersatu hati dalam merubah landskap politik Sabah.
Walaupun kecewa dan muak dengan situasi politik negeri ini, namun jangan berputus asa. Laungkan suara kita dan tunjukkan kuasa kita!
Keempat, “hukum calon korup, undi calon berwibawa”:
Kami menggesa para pemilih dan pengundi di kesemua 73 DUN Sabah agar menghukum para politikus korup dengan memilih calon-calon yang berwibawa, setia, ikhlas, fokus untuk berkhidmat, berintegriti, dan hormat kepada rakyat.
Jangan beri muka kepada “politikus muka lama yang zaman-berzaman korup”. Pilihlah mereka yang berwibawa, serta calon-calon wajah baharu yang segar dan kompeten.
Sehubungan dengan itu, dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi menjelang hari pembuangan undi, Abim Sabah bersama-sama para aktivis anak muda serta organisasi berbasis belia dan kepemudaan di Sabah akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda untuk sama-sama merealisasikan kesemua hasrat dan tuntutan yang disenaraikan seperti yang tersebut.
Beberapa siri aktiviti sedang dan akan dijalankan sepanjang tempoh kempen ini, termasuklah kempen anak muda keluar mengundi #SBHBGKT, pengaturan tampungan tambang penerbangan bagi warga Sabah balik mengundi, mendukung calon-calon anak muda berwibawa rentas parti, ceramah pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan, dan melibatkan seramai mungkin anak muda Sabah dalam memahami proses pilihan raya.
Dalam kesempatan ini juga, pihak kami berhasrat mempromosikan sebuah filem pendek terbitan Abim berdurasi 6:46 minit berjudul “Buang” yang memberi mesej betapa pentingnya penglibatan rakyat dalam pilihan raya (akses di https://youtu.be/uL3zVWGMguI).
Pemuda pemudi semua marilah, bangunlah bersatu semua!
MOHD NUR HILMIE MILUS ialah yang dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Sabah.
Sumber: Malaysia Kini
Campaign To Raise Funds For Braille History Books

Imran Ariff


ABIM Selar Amalan Surat Sokongan Politik

RAIHAM MOHD SANUSI | | 22 Ogos 2020
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar amalan penggunaan surat sokongan politik untuk meraih jawatan seperti dilakukan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan Ikmal Hisham mendapatkan sokongan bosnya itu agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Pharmaniaga Bhd mengakibatkan berlakunya situasi kelompok tertentu sahaja yang meraih peluang ekonomi secara semberono.
Menurutnya, tindakan itu juga menafikan ruang serta potensi mobilisasi sosial dalam kalangan rakyat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik.
"ABIM menyelar tindakan tersebut kerana ia terus menjadi kesinambungan kepada kegagalan memartabatkan orang Melayu dan rakyat secara keseluruhan.
"Tindakan sebegini adalah petunjuk yang telah mengabsahkan (mengesahkan) bahawa agenda Melayu telah dimanipulasi untuk membentuk kelompok Melayu elit dan kerangka feudal Melayu, yang akhirnya tidak memberikan apa-apa keuntungan ataupun meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, amalan surat sokongan itu dilihat sebagai penerusan kepada pencemaran tindakan afirmatif dalam agenda mengangkat martabat orang Melayu yang disandarkan pada hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sepertimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara ini telah mendapat kritikan sepertimana diutarakan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bila mana kuasa-kuasa tertentu seperti pemberian lesen dan pelantikan tertentu terbuka untuk disalahguna golongan Melayu tertentu.
"Maka ia akan merencatkan agenda meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dan bumiputera," katanya.
Salinan surat sokongan ditulis Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga tular di media sosial semalam (gambar atas).
Surat ditujukan kepada Menteri Pertahanan bertarikh 5 Jun 2020 itu turut tertera tulisan tangan Ismail Sabri yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan beliau bersetuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa oleh timbalannya dalam isu mendapatkan sokongan bagi melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.
Menurut Ismail Sabri, tindakan Ikmal Hisham itu mendapatkan surat sokongan daripada beliau adalah satu perbuatan biasa yang selalu dilakukan pelbagai pihak. Artikel Penuh : Sinar Harian
What I Learned From ABIM

ALL THE PIECES MATTER
Golongan B40 terima impak besar akibat Covid-19: Dr.Muhammed Khalid

KUALA LUMPUR - Golongan bawahan dan berpendapatan rendah di negara ini seperti peniaga kecil, pelajar dan graduan akan menerima kesan ekonomi susulan pandemik koronavirus (Covid-19).
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, berdasarkan data bermula Februari sehingga Jun, jumlah peratusan tidak bekerja meningkat dan kadar pengangguran dicatatkan sebanyak 4.9 peratus.
"Daripada angka ini, ia merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 30 tahun. Kumpulan terkesan yang pertama ialah golongan bekerja sendiri dan berpendapatan rendah di mana terdapat 2.3 juta orang. Kedua ialah kanak-kanak daripada soal pendidikan dan nutrisi makanan dan ketiga ialah graduan yang baru keluar dan ingin mencari pekerjaan.
"Golongan 'Mak Cik Kiah' ini kalau dia tidak boleh buka kedai, dia akan hilang pendapatan dan modalnya tidak boleh digandakan. Tidak seperti mereka makan gaji, walaupun kehilangan pekerjaan, untuk tempoh enam bulan ada skim yang mampu membantu mereka," katanya pada Live Facebook Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertajuk 'Ekonomi Rakyat Pasca Covid-19' di sini hari ini.
Muhammad berkata, isu nutrisi makanan dalam kanak-kanak terutama pelajar di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi antara krisis utama kepada negara pada masa sekarang.
"Jika sebelum ini, setiap pagi pelajar-pelajar yang terpilih di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan mendapat makanan dan nutrisi yang mencukupi sebelum memulakan pembelajaran. Terdapat kira-kira 500,000 pelajar yang menerima manfaat ini.
"Selain itu soal pendidikan pula kalau kita lihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, 90 peratus pelajar di negeri-negeri miskin seperti Kelantan, Kedah dan Sabah tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pembelajaran. Isu pembelajaran ini kesannya panjang," katanya.
Selain itu, beliau berkata, seramai 175,000 graduan yang menamatkan pengajian memasuki pasaran buruh.
"Apabila ekonomi menguncup, peluang pekerjaan juga terjejas. Mereka ini akan tertekan kerana syarikat tidak melabur dan sediakan peluang pekerjaan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, impak Covid-19 kepada ekonomi Malaysia lebih buruk berbanding krisis ekonomi 1998 dan 2008 apabila ramai golongan bawah tertekan dengan keadaan semasa.
"Sektor ekonomi negara tidak berkembang dengan baik dan menguncup. Kedua, ekonomi Malaysia sebanyak 40 peratus ialah daripada pelaburan luar. Jika negara luar tidak rancak, kita juga akan seperti mereka," katanya.
Ditanya adakah jurang kaya dengan miskin semakin melebar, Muhammad berkata, jurang berkenaan sudah melebar sejak 2016 hingga 2019 lagi dan apabila Covid-19 ini melanda ia akan semakin bertambah.
"Peratusan B40 akan semakin meningkat dan T20 akan kekal kerana tidak begitu terkesan sebagaimana golongan bawahan ini.
"Kadar kemiskinan juga akan meningkat kerana peluang pekerjaan semakin kecil dan ditambah dengan jumlah mereka menganggur dan kehilangan pekerjaan. Ini perkara yang perlu diperhalusi dan dilihat sebaik mungkin oleh semua pihak terutama kerajaan," katanya. Sumber Berita & Gambar:- Sinar Harian. Video Forum boleh tonton pada poster di bawah.
ABIM saran lanjut tempoh moratorium
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada tempoh moratorium enam bulan untuk bayaran pinjaman yang diumumkan yang bakal berakhir pada September 2020.
ABIM beranggapan moratorium ini telah memberi kelegaan kepada rakyat ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya apabila aktiviti ekonomi tidak dapat bergerak.
Namun, ABIM khuatir rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi fasa selepas tempoh moratorium berakhir untuk membayar semula komitmen pinjaman terutama golongan pekerja yang telah dibuang pekerjaan dan hilang pendapatan susulan pandemik Covid-19.
Justeru, ABIM menyarankan supaya tempoh moratorium ini dilanjutkan ke tempoh yang bersesuaian selari dengan indokator keberhasilan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Berdasarkan statistik, kadar pengangguran di Malaysia adalah di paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020.
Selain itu, unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei 2020 menunjukkan kadar pengangguran dijangka akan terus meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020.
Berdasarkan dokumen yang dinyatakan di dalam PENJANA, Program Insentif Pengambilan Pekerja telah diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion. Ia adalah bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Selain itu, terdapat juga beberapa inisiatif lain termasuklah program latihan dan penempatan, program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri dan lain-lain yang berkaitan untuk memastikan rakyat mendapat pendapatan.
Walaubagaimanapun, ABIM berpandangan program-program untuk memberi semula pekerjaan buat rakyat yang telah diberhentikan kerja ini harus mempunyai tempoh sasaran keberhasilan yang jelas dan tepat, dalam masa sama tempoh sasaran kejayaannya harus selari dengan inisiatif meringankan bebanan komitmen rakyat termasuk tempoh moratorium.
Ini penting kerana ABIM merasakan waktu yang amat sesuai untuk ditamatkan tempoh moratorium adalah selepas ekonomi rakyat dapat diberdayakan sebaiknya berdasarkan petunjuk dari hasil perancangan pakej-pakej ekonomi yang dicadangkan kerajaan.
Dalam pada itu, ABIM juga menyarankan agar pihak kerajaan melanjutkan insentif lain yang turut penting seperti subsidi upah kepada majikan oleh Perkeso hingga Disember tahun ini untuk memastikan majikan dapat meneruskan penggajian pekerja sedia ada dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Menerusi pelanjutan inisiatif sebegini, ia dapat membantu kerajaan mencapai garis hala tuju ekonomi semasa khususnya bagi memastikan isu pengangguran dapat dibendung dengan baik seterusnya merancakkan kembali aktiviti ekonomi secara sistematik apabila rakyat beroleh pendapatan.
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).