Siaran Media (171)

Anjurkan Debat Anwar-Najib!: ABIM

23 Mei 2012 - Debat antara YB Khairy Jamaluddin serta Rafizi Ramli telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Mengambil kesempatan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah mengembangkan budaya politik positif di kalangan para ahli politik di negara ini.

Menilai respon positif yang diketengahkan masyarakat berhubung penganjuran debat ini, ABIM ingin menggesa debat antara dua tokoh politik utama negara YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak serta YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dianjurkan sebelum PRU Ke-13 diadakan.

Read 1951 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia memandang serius penganjuran Seminar yang membicarakan buku Allah, Liberty and Love karangan penulis kontroversi Irshad Manji, yang dijadualkan berlangsung di universiti di bawah seliaan pihak tuan. ABIM menilai penganjuran seminar tersebut sebagai manifestasi kurangnya sensitiviti terhadap pandangan yang dikemukakan majoriti umat Islam terhadap penulis tersebut serta buku-buku beliau, yang banyak mengemukakan pandangan serta pemikiran yang melangkaui asas-asas utama pemikiran Islam.

Sebarang perbincangan atau wacana mengenai Islam seharusnya dianjurkan dengan merujuk kepada aliran utama (mainstream) ajaran serta amalan Islam itu sendiri, yang telah menetapkan kerangka pemikiran yang khusus mengenai sesuatu perkara atau aspek yang di ketengahkan dalam kehidupan umat Islam.

Read 2349 times
Rate this item
(0 votes)
Penganjuran BERSIH 3.0: Tahniah Rakyat Malaysia!

28 April 2012:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada penganjuran Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada hari ini (28 April 2012). Menilai kepada jumlah kehadiran yang melebihi 70,000 orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, ABIM beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan system pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.

Dalam hal ini, ABIM ingin mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

Read 1207 times
Rate this item
(0 votes)
Page 15 of 15

Siaran Media

Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah Dan Sikap Muslim
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Seimbang Untuk Sejahtera
Provisional Measures Decision On Myanmar: A

#Akhbar #TV

Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah Dan Sikap Muslim
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Seimbang Untuk Sejahtera
Provisional Measures Decision On Myanmar: A
Our website is protected by DMC Firewall!