Siaran Media (122)

Angkatan Belia Islam Malaysia memandang serius penganjuran Seminar yang membicarakan buku Allah, Liberty and Love karangan penulis kontroversi Irshad Manji, yang dijadualkan berlangsung di universiti di bawah seliaan pihak tuan. ABIM menilai penganjuran seminar tersebut sebagai manifestasi kurangnya sensitiviti terhadap pandangan yang dikemukakan majoriti umat Islam terhadap penulis tersebut serta buku-buku beliau, yang banyak mengemukakan pandangan serta pemikiran yang melangkaui asas-asas utama pemikiran Islam.

Sebarang perbincangan atau wacana mengenai Islam seharusnya dianjurkan dengan merujuk kepada aliran utama (mainstream) ajaran serta amalan Islam itu sendiri, yang telah menetapkan kerangka pemikiran yang khusus mengenai sesuatu perkara atau aspek yang di ketengahkan dalam kehidupan umat Islam.

Read 1570 times
Rate this item
(0 votes)
Penganjuran BERSIH 3.0: Tahniah Rakyat Malaysia!

28 April 2012:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada penganjuran Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada hari ini (28 April 2012). Menilai kepada jumlah kehadiran yang melebihi 70,000 orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, ABIM beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan system pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.

Dalam hal ini, ABIM ingin mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

Read 405 times
Rate this item
(0 votes)
Page 11 of 11

Siaran Media

Kemiskinan Bandar: Antara Fakta Dan Auta?.
5hb April 2018 (Khamis): Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan ...
Industri Fesyen Jangan Mengabaikan Sensitiviti
Sejarah membuktikan wanita adalah antara entiti utama yang menggerakkan evolusi dakwah di Malaysia. ...
ABIM: Tambah Baik, Bukan Rendahkan Mahkamah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kritikan yang bersifat merendah-rendahkan yang ...
Larangan Bertudung Dalam Industri Perhotelan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan ...

#Akhbar #TV