editor-media

editor-media

20hb April 2018 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meneruskan Siri Jelajah Kesedaran Isu Ekonomi Rakyat bersama Dr Muhammed Abdul Khalid, untuk edisi Utara pada malam ini. Menampilkan Sdr. Khairul Anuar Musa (Ketua Biro Undang-undang ABIM Perak) selaku moderator, “Forum Ekonomi Rakyat, Tertekan Atau Terbela?” telah dianjurkan di Sekretariat ABIM Perak (Taman Meru Perdana 2, Ipoh). Turut hadir, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz serta pimpinan ABIM Pusat dan ABIM Perak. Terdahulu, forum seumpamanya telah dilangsungkan di Kompleks Al-Hikmah (Sekolah ABIM), Alor Setar dan juga Menara Zakat, Alor Setar, Kedah. Para hadirin juga berpeluang mendengar perkongsian ilmu dan soal jawab berkenaan ekonomi daripada Dr Muhammed Abdul Khalid, yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Ahli Ekonomi kepada DM Analytics. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institute.

19hb April 2018 (Khamis): Alhamdulillah, bertempat di Dewan ABIM, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur, telah dianjurkan Sidang Media Bantah Manifesto Dual Language Program (DLP) dan Pengembalian Sekolah Aliran Inggeris. Program DLP ini dilihat seperti menghidupkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dato’ Dr. Awang Sariyan, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menyebut bahawa kita tidak boleh terus terbelenggu dalam minda tertawan (captive mind) serta penjajahan bahasa (linguistic imperialism). Sementelah, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia menegaskan bahawa kita tidak boleh menyamakan program DLP di Malaysia dengan yang dilaksanakan di Amerika, kerana di sana, ia dijalankan dengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahami penjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukan bahasa ibundanya.

Beliau juga menyatakan bahawa program DLP boleh menyekat perkembangan kreativiti asli (indigenous creativity) dalam kalangan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Para pejuang bahasa dan pakar pendidikan kebangsaan telah berkali-kali mengemukakan saran bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris perlu digerakkan dalam kerangka dan kaedah yang strategis, bukan melalui penginggerisan sistem pendidikan negara.

Monday, 16 April 2018 00:00

The Ramadan Show

7hb April 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM Pusat dan Pegawai Pendidikan KKM, Sdr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim telah tampil dalam Forum Sekolah Masa Hadapan, yang berlangsung di Dewan Besar, Lembaga Zakat Negeri Kedah. Membentangkan topik “Sekolah Masa Hadapan Dan Pendidikan Al Hikmah”, forum ini diadakan sempena Program Multaqa Petugas Jamaah ABIM Kedah dan Agensi. Seorang lagi panel, Sdr. Amidi Abdul Manan (mantan Presiden ABIM dan kini Dekan Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti UNISEL), mengupas topik “Pendidikan Al-Hikmah Dan Cabaran Perlaksanaan.”

Page 1 of 224