Minda Presiden

Published in Minda Presiden

Espiritu Del Tiempo: Menghadapi Naratif Dunia Baharu Dan Orientasi Masa Depan Featured

Dec 28, 2018 Hit: 65 Written by 

Era Pasca Normal (Al-Fikru’l mustaqbaliy), atau pemikiran yang berorientasi ke masa hadapan sememangnya menjadi ciri dan watak bangsa berdaya maju yang ingin mencipta keunggulan di masa depannya. Dekad kedua Abad-21 menyaksikan banyak tulisan-tulisan yang bersifat futuristik dan antisipatif.

Suhail Inayatullah (2018) misalnya telahpun membincangkan 10 tren utama rantau Asia lewat karyanya ASIA 2038: Ten Disruptions That Change Everything (Metafuture). Namun seperti yang diperingatkan oleh Ziauddin Sardar (2016), sebarang kajian ke arah masa hadapan yang lebih baik mestilah bermula dari analisis yang tepat terhadap realiti dunia kontemporari, bermula dengan apa yang beliau istilahkan sebagai extended present, diikuti oleh familiar futures dan diakhiri dengan unthought futures. Hal yang demikian, wacana Malaysia Baharu harus bermula dari extended present yang melingkari realiti semasa. 

Secara umumnya, naratif dunia moden seperti yang diwacanakan oleh para pengkaji menyatakan bahawa dunia sedang meniti babak akhir era moderniti yang seringkali diistilahkan sebagai pasca kebenaran (post-truth), pasca normal, pasca sekularisme atau pasca moderniti. Dalam wacana pemikiran Islam sendiri, terma pasca Islamisme sebagai anjakan daripada aliran Islamisme atau politikal Islam telah diperdebatkan dengan rancaknya. Tesis End of History (1992) oleh Francis Fukuyama yang mengandaikan bahawa faham liberal demokrasi acuan Barat sebagai titik akhir kepada evolusi sosiobudaya manusiawi dan bentuk akhir kerajaan telah dikritik sebegitu hebat melihat kepada perkembagan mutakhir evolusi global menjelang tibanya dekad ketiga abad-21.

Bidang kajian futuristik yang antara lain dipelopori oleh pemikir Islam seperti Ziauddin Sardar (2015) dan Suhail Inayatullah (2018) mengistilahkan babak pensejarahan dunia hari ini sebagai era pasca-normal (post-normal time). Zaman pasca normal ialah zaman di mana tidak banyak perkara yang boleh dipercayai atau menambah keyakinan kita. Espiritu del tiempo, semangat zaman ini mempunyai karakter yang tidak menentu, perubahan yang pantas, penyelarasan semula kuasa, pergolakan dan tingkah laku yang ribut serta huru-hara.

Kita hidup dalam era penggantian, di mana ortodoks lama kian pupus, sementara yang baharu belum lahir, dan banyak perkara ternyata sukar difahami. Era pasca normal dicirikan oleh tiga elemen utama iaitu Complexity, Chaos dan Contradictions: kerumitan, huru-hara dan percanggahan. Dalam era pasca normal, sesuatu fenomena bukan lagi ditanggapi hanya sebagai abnormal atau diluar kebiasaan, tetapi ia telah dianggap sebagai suatu ciri tetap di mana “uncertainty and ignorance will increase rapidly”. 

Transisi dalam era pasca normal sentiasa diselimuti ketidayakinan dan ketidakpastiaan sebagaimana yang digambarkan secara tuntas oleh Sardar (2010):

“Ours is a transitional age, a time without the confidence that we can return to any past we have known and with no confidence in any path to a desirable, attainable or sustainable future. It is a time when all choices seem perilous, likely to lead to ruin, if not entirely over the edge of the abyss. In our time it is possible to dream all dreams of visionary futures but almost impossible to believe we have the capability or commitment to make any of them a reality. We live in a state of flux beset by indecision: what is for the best, which is worse? We are disempowered by the risks, cowed into timidity by fear of the choices we might be inclined or persuaded to contemplate.”

Persoalan penting ialah bagaimana perlu kita berurusan dengan era postnormal dalam keadaan di mana kemajuan, pertumbuhan, kawalan, efisiensi, dan pengurusan macro menjadi semakin tidak relevan? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini, harus bermula dengan kesedaran mendalam bahawa tren perubahan yang berlaku amat kompleks dan memerlukan kaedah penyelesaian yang turut kompleks, bukannya simplistik, ala-kadar dan semberono. Paling awla, penyelesaian kepada persoalan global dan kemanusiaan hari ini tidak boleh hanya tertumpu kepada persoalan superficial dan lari dalam dari jawapan kepada persoalan hakiki yang paling asas.

Penyelesaian sebenar terhadap kerencaman persoalan peradaban dalam era pasca normal tidak dapat tidak harus kembali kepada akar umbi esensi keinsanan sendiri iaitu dimensi moral dan etika yang mendalam – a deep ethical connotations. Dalam kata lain, segala kreativiti dan imaginasi yang ingin dicurahkan terhadap agenda perubahan dan penyelesaian dalam era pasca normal yang penuh mehnah dan Malaysia Baharu: ‘Mengangkat Aspirasi Rakyat, Memartabatkan Amanah Umat’ 21 tribulasi ini akhirnya wajib kembali kepada persoalan akhlak dan etika yang disebut sebagai Postnormal Ethics.

Di sinilah kita pertegaskan bahawa naratif agung yang ditolak oleh pendukung pasca modernism itu masih relevan, bahkan naratif agama, nilai manusiawi, akhlak dan etika menjadi semakin penting di saat tamadun manusia berdepan dengan gejala besar post-truth yang menafikan sama sekali kebenaran sebagai satu hakikat. Ironinya, yang dibenarkan ialah pembohongan, penipuan dan kecurangan yang direkayasa melalui propaganda media sosial lalu ditampilkan sebagai realiti dan kebenaran ala-Donald Trump.

Wabak post-truth ini ternyata tidak hanya menggejala di Amerika Syarikat. Manufactured truth pernah berleluasa dalam orde Malaysia lama, dan nampaknya akan terus menggejala dalam era Malaysia Baharu seandainya tidak dicantas ke akar umbi. Solusi kita terhadap gejala ini ialah kewajipan mendidik rakyat agar kembali meletakkan kebenaran sebagai nilai utama dalam memulakan agenda perubahan.  Rakyat perlu dididik untuk menghayati prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan.

Rakyat perlu diyakinkan bahawa fitnah dan pembohongan itu merosakkan tiang seri Malaysia Baharu dan harus dibanteras sehabisnya. Rakyat, dan pemerintah sekaligus perlu disedarkan bahawa tanpa kebenaran, keadilan tidak akan terlaksana. Negara berkeadilan yang diimpikan akan mustahil akan terlaksana andai dibina atas dasar pembohongan dan kepalsuan.

Bila kebenaran sudah terkubur

Di sanalah orang menjadi kufur

Halal dan haram sudah bercampur

Rakyat sengsara negeri pun hancur

 

Bila kebenaran tersia-sia

Keadilan lesap hukum pun cedera

Banyaklah tumbuh silang sengketa

Tuah bertukar aib dan nista

Last modified on Wednesday, 02 January 2019 04:03
Read 65 times
Rate this item
(0 votes)