Minda Presiden

Published in Minda Presiden

Ramadhan Bentuk Perwatakkan Rabbani Featured

Jul 11, 2016 Hit: 196 Written by 
Ramadhan Bentuk Perwatakkan Rabbani

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! WalilLah al Hamd! TaqabalLahu Minna Wa Min Kum!

1. Mewakili barisan pimpinan dan seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saya ingin menyampaikanucapan Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitri bagi tahun 1437 Hijrah kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang berada di dalam mahupun luar negara. Minal ‘A_idin wal fAizin!

2. Sesungguhnya hari kegembiraan yang dinantikan oleh umat Islam telah kembali lagi menemui kita kali ini. ‘Eidul Fitri merupakan hari kejayaan dan hari kemenangan bagi umat Islam setelah menempuh tarbiah keruhanian yang getir sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak.Melalui ibadah berpuasa, solat sunat Tawarikh, penghayatan al Quran, bersedekah dan melaksanakan amal kebajikan, setiap penganut agama Islam dituntut untuk melawan belenggu hawa nafsi dan kebiasaan harian yang condong kepada perilaku mungkar , kemaksiatan dan gejala fasad.

3. Madrasah pendidikan Ramadhan hadir saban tahu dengan bermatlamat melahirkan manusia beperwatakan danberperibadi serba baru – Insan bertaqwa yang telah melalui proses penyucian spiritual, lantas kembali kepada fitrah asal kejadiannya - yakni fitrah yang suci dari palitan dosa dan noda. Insan bertaqwa inilah yang menjadi pra-syarat ciri-ciri khayra ummah (umat terbaik) dan manusia yang paling bermanfaat untuk sekalian manusia dan alam seluruhnya.

 

4. Ramadhan juga bermatlamat membentuk Generasi al Quran yang berakhlak yang mulia lagi terpuji. Jelas bahawa Al Quran bukan sekadar untuk dibaca, bahkan hendaklah diamalkan Penghayatan al Quran yang dibudayakan melalui tilawah, tadarus, tafsir dan tadabbur sepanjang bulan penuruan al Quran sememangnya menuntut setiap umat Islam untuk menterjemahkan nilai, ajaran dan tuntutan al Quran dalam kehidupan seharian, baik secara individu, keluarga mahupun dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Umat Islam dituntut menterjemahkan ajaran al Quran dan semangat Ramadhan dalam setial dimensi kehidupannya sepanjang tahun, bahkan sepanjang kehidupan, bukan sekadar terbatas pada bulan Ramadhan seperti yang diperingatkan oleh Syekh Yusuf Qaradhawi – Rabbaniyyin la Ramadhaniyyin!

5. Maka antara bahagian terpenting dari intipati ajaran al Quran ialah penterjemahan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian. Lemahnya aspek amalan akhlak merupakan sebab utama yang diakui melebarkan jurang moral di antara keindahan ajaran Islam dan kebobrokan peribadi penganutnya. Di kesempatan terbaik ini, ABIM menyeru agar seluruh umat Islam meningkatkan iltizam untuk berakhlak dengan akhlak al Quran sepertimana yang tergambar dalam peribadi baginda Rasulullah SallalLahu‘alaihi wasallam ; bahawa “Akhlaknya merupakan akhlak al Quran”.

6. Seruan ini dirasakan amat penting taktala api kebencian kian marak dan angin perkauman serta permusuhan semakin bertiup kencang melanda rakyat Malaysia. Sebagai umat yang dipandu dengan al Quran dan suri taudalan Nabi Muhammad SAW, umat Islam haruslah sentiasa berfikiran waras, berlapang dada, berkasih sayang dan hormat-menghormati dalam menangani perbedaan pandangan yang timbul rentetan ikhtilaf melibatkan isu agama dan politik, dalam keluarga danmasyarakat. Marilah kita berakhlak danbersikap dengan akhlak Rasulullah SAW, sebaik-baik contoh tauladankemanusiaan. Janganlah hendaknyasemangat ukhuwwah dan maafbermaafan sewaktu sambutan Hari Raya ini dicemari dengan adu domba, silangsengketa dan perbalahan.

7. Sifat belas ihsan, kasih sayang dankeprihatihan sosial yang dibina melaluiamalan sedekah dan kebajikan yang digerakkan secara intensif sepanjang bulan Ramadhan haruslah terus dipupuk subur melewati batas Ramadhan. Sesungguhnya Islam mengajar kita agar berbuat ihsan dan menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, golongan gelandangan, pelarian dan kelompok yang memerlukan tanpamengira latar belakang agama, ras atau warna kulit. Sifat berkasih sayang inimerupakan mesej penting dari ajaranagama; bahawa Islam itu sebagai Rahmat buat sekalian alam.

8. Ramadhan menyerlahkan hakikat bahawa begitu ramai lagi umat Islam dan saudara setanah air dari kalangan bukan Islam yang perlu dibantu mendapatkanmakanan dan keperluan harian lantarankedaifan mereka. Pada masa yang sama, Ramadhan tahun ini sekali lagi membuktikab bahawa sememangnya rakyat Malaysia ialah rakyat yang perihatin dan penyumbang yang budiman. Bukan hanya rakyat Malaysia, bahkan pelarian-pelarian Syria, Palestin, etnik Rohingya dan fakir miskin di Afrika telah mendapat manfaat kejayaan projek Infaq Ramadhan ABIM dan Kempen Seorang Sekampit Beras(KSSB) yang telah berjalan untuk tahun ke-10. Terima kasih rakyat Malaysia!

9. ABIM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan khususnya kepada generasi muda, mahasiswa dan belia yang tampil sebagai sukarelawan dan aktivis sosial melalui ABIM dan pelbagai NGO lain yang berhempas pulas siang dan malam bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Terbukti melalui pengalaman aktivis di lapangan peranan NGO Islam dan sinerginya dengan institusi zakat amatlah penting dalam menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf di akar umbi.

10. ABIM mengucapkan selamat menempuh perjalanan dan pemusafiran sewaktu pulang ke kampung halaman dan ziarah menziarahi sanak saudara. Marilah kita tanamkan sifat sabar yang dibaja dan dipupuk sepanjang bulan Ramadhan lalu di atas jalan rayadengan pemanduan berhemah. Kemalangan jalanraya di musim lebaran telahmengorbankan begitu ramai insan-insan yang kita kasihi dan sayangi. Semoga Allah melindungi dan merahmati seluruh umat Islam di Malaysia dan menjadikan negara ini negara yang lebih baik dan sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah al Hamd! ​

Mohamad Raimi Ab.Rahim ​Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Monday, 11 July 2016 04:00
Read 196 times
Rate this item
(0 votes)